Giveaway Blog Celoteh Muna * UPDATE PEMENANG *

Saturday 31 March 2012 | 0 comments


Assalammualaikum..
Lepas tulis ENTRI YANG INI, terus Muna check top referral dan buka random.org. Muna terjah balik satu persatu entri untuk check syarat2 dah ikut ke belum. Berikut merupakan peserta yang layak diundi:
  1. Wanni
  2. Syasya Johan
  3. Eza Boom Boom
  4. Lin
  5. Cweet Pinky
  6. Fatma Fazira
Sebenarnya kalau ikut SYARAT2 GA, GA ni terpaksa dibatalkan. Tapi, hadiah Muna dah beli cuma tak tahu bila nak post. So, Muna akan gunakan khidmat random.org untuk undi seorang saja pemenang. Adil okay? Jangan nak kata Muna ni mengada2 pula. Siapa suruh tak ikut syarat yang telah ditetapkan -_-"
Yang sudah menyumbang trafik. Terima kasih :)

Fatma Fazira sila hantar nama, no telefon, alamat ke e-mel Muna : munamunie91@gmail.com. Kalau lambat Muna bagi orang lain hadiah ni.

Sekian, salam.


Giveaway Blog Celoteh Muna * TAMAT *

| 0 comments



Assalammualaikum..
Alhamdulillah. Giveaway Blog Celoteh Muna dah tamat. Muna saja tak hebahkan giveaway ni sebab Muna saja je buat GA ni. Muna akan umumkan pemenang nya nanti. Hadiah dah ada, cuma tak tahu bila nak post. Mungkin lambat sikit tarikh post nya sebab Muna busy nak pindah ke Semenanjung.. cewah! <- Ayat tak boleh blah!!

Ok, hari ini Muna akan list kan je senarai peserta yang telah join. Terima kasih banyak pada yang join. Kepada yang tak join.. Muna sedih sangat! :'( Hahaha.. Sokay2..
  1. FYAPELANG!
  2. [wanni ]
  3. SuhaiylAlias
  4. syasyajohan
  5. EzaBoom Boom
  6. lin~
  7. CikAngah Humaira
  8. dyabunga
  9. cweetpinky
  10. FatmaFazira
  11. Kawaii_Gurlzz
Hadiah akan diberi pada top referral, review terbaik dan entri terbaik. Nanti Muna update lagi okay? :) Sekian, salam.


Atkins Diet - Ongoing weight loss

Friday 30 March 2012 | 0 comments


Assalammualaikum..
Seperti yang dijanjikan dalam entri lepas, Muna nak cerita pasal Ongoing Weight Loss (OWL). OWL akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda (Critical Carbohydrate Level for Losing/CCLL).

Apa pulak lah CCLL tu? hee.. Had toleransi karbohidrat adalah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan korang boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan (equilibrium state). Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. Kaum lelaki, terutamanya yang muda akan lebih mudah membakar karbohidrat dan lemak daripada kaum wanita. Patut lah lelaki cepat je nak kurus! kan3??
So, apa je yang korang boleh makan masa OWL ni?
*Contoh Menu

Pagi:
  • 1 telur (boiled, goreng, atau scrambled), tambah kicap masin / mayonnaise atau makan begitu sahaja - 0.6 hingga 1 gram karbohidrat
  • 2 keping roti Gardenia Breaktru (dulu Fit & Trim) Wholemeal - kandungan carbo is 10.1gm per 2 slices
  •  Sayur salad dengan serpihan keju mozarella atau olive oil sahaja - 0.5 karbohidrat

Tengahari:
  • Ikan pari panggang (apa2 ikan pun boleh, asalkan sedap) - 0 gram karbohidrat)
  • ATAU ganti ikan dengan ayam (boleh roast, steam, goreng pun tak apa asalkan letak rempah tak berperisa tiruan, tak bergula) - 0 gram karbohidrat
  • Sayur bayam/sawi - boleh masak biasa asalkan tak bersantan, tak bergula, tak bercampur anything berkarbohidrat - 0.2 - 1 gram karbohidrat
  • any kind of sayur kecuali kentang. Kurangkan lobak merah, lebihkan sayur2 hijau dan fresh okay?
  • ATAU makan salad

Malam: (Sebelum pukul 9 malam. Ingat tau!)
Lebih kurang sama macam tengahari, kecuali kalau masak ikan waktu tengahari, malam tukarlah dengan ayam atau daging.
  • Sup daging lembu, sup ayam pun okay asalkan tak bergula. Cukup berempah dan tambah garam.
  • Tomyam pun boleh, tapi jangan letak sotong atau kerang, banyakkan udang, kepingan ikan, dan ketam (ketam yang beli kat pasar tu tau! Bukan crab fingers sebab karbohidratnya tinggi) -> Karbohidrat Udang = 0 gram, Ketam hidup= 0 gram.
  • Daging goreng kering
  • ATAU steak lembu/kambing

Snacks:
  • 1 keping Cheddar cheese
  • atau salad ringan (seperempat / separuh saiz)
  • 2 keping tauhu sumbat..(isikan dgn taugeh dan timun sahaja)..makan pagi, tgh hari, ptg & malam pun takper..

Minuman:
  • Air biasa
  • Green tea/herbal tea boleh tapi jangan tambah gula
Sekian saja entri dari Muna, nanti Muna update pasal Pre-Maintenance pulak okay? Tunggu tau! Salam.

Labels:



I Love Tablet Fair 2012

| 0 comments



Assalammualaikum..
Ada tak sesiapa yang nak beli tablet atau smartphone? Kalau2 korang ada rasa macam tu, boleh lah grab peluang yang ada semasa I Love Tablet Fair 2012 di Low Yat! Walaweh.. Muna tahu ni dari kawan Muna yang dah balik ke Semenanjung dengan selamatnya.

Jom usha2.. sebab Celcom ada jual gadget2 yang ohsem lagi cantik menarik tertarik..! Oh ya!! Bermula dari 26 Mac sehinggalah 1 April 2012! 

And.. you know what!.. Esok (31/3/2012) Celcom ada buat Hourly Lucky Draw. Setiap jam okay! Dari pukul 12.30 tengah hari sampai lah ke 9.30 malam. Pemenang akan dapat Samsung Galaxy Tab 7 Plus @ cuma RM397 + Free 1 Month Celcom Broadband Advance.

Untuk maklumat lanjut korang boleh lah lawat laman web Celcom. Klik SINI. Sekian saja dari Muna, salam.


*Bila lah Muna dapat beli Sony Xperia ni -_-"


Budget trip to Korea

Thursday 29 March 2012 | 1 comments


Assalammualaikum..
Entri kali ni Muna nak cerita pasal budget trip ke Korea. Muna dapat informasi ni dari blog cik Eza Boom Boom. Ada tak sesiapa yang nak pergi Korea? Takkan lah takde kut? Running Man dah femes.. takkan la takde rasa nak pergi Korea kut? hee..

Bumi Sonata (Korea) sangatlah indah (pergi baca entri kak Wawa Abdullah)! Dengan keindahan bumi Korea yang mempunyai 4 jenis musim sepanjang tahun, dan persekitaran alam sekitar yang terjaga bersih, dengan tarikan makanan (fuhh.. terliur tengok gambar sotong besar kat entri kak Wawa) dan budaya, confirm korang rasa teringin sangat nak pergi Korea tu kan? hee..

Hah?! Korang risau pasal bajet? Don't worry! wix.com telah memperkenalkan "Pakej Pelancongan Murah" (Budget Tour and Travel Guide) untuk sesiapa yang ingin bercuti ke Korea Selatan. Niat diorang ni ikhlas nak membantu korang kalau2 korang takut lost ke kat sana. Diorang akan membantu dari segi bantuan untuk komunikasi, makanan dan tempat tinggal ketika tiba di Korea nanti.

Kalau korang berminat untuk guna pakej ni, korang boleh lah emel En. Mohd Farhanudin Abu di e-melnya: giga_force42@yahoo.com. Mana Muna tahu nama dia? hee.. Muna dah e-mel dia dulu sebelum buat entri ni. Tak percaya? Tanya dia. (Lupa nak printscreen bukti!)

Pakej diorang ni takde paksa2 punya. Diorang lebih mengutamakan kebebasan dan keselesaan pengunjung di mana korang diberi pilihan untuk memilih destinasi pelancongan, dan lain-lain lagi. Ejen diorang akan berbincang dengan korang melalui e-mel tentang perkara2 seperti:
  • Jenis makanan yang anda ingin cuba (HALAL!)
  • Jenis tempat penginapan
  • Kemana anda ingin pergi (destinasi perlancongan)
  • Bajet perbelanjaan (diorang akan ikut bajet korang)
  • Lain-lain

Untuk yang beragama Islam, jangan risau. Diorang ni amatlah care pasal soal solat. Kenapa? Sebab diorang akan usahakan tempat solat yang sesuai dan selesa untuk korang.

Antara pengangkutan yang akan digunakan kereta api bawah tanah dan bas. Korang boleh guna T-money. Angan ngirau (jangan risau).. kalau kornag nak minta supaya disediakan kereta sewa, diorang boleh tolong carikan. Driver turut disediakan lagi tU!
T-money (ala-ala Touch n Go)
But, ada pro and cons. Sebagai peringatan, diorang tidak menerima kumpulan yang terdiri dari kawan-kawan yang berlainan jantina. Sedih juga Muna bila tahu yang tu sebab dah plan nak ajak parent, Ainor, Amal + Chinggu dan Idam. Kalau boleh nak ajak Deqna dengan Deqmas sekali! Macam mana ni? hurmm.. akan difikirkan kemudian..!

Berikut adalah balasan e-mel dari En. Mohd Farhanudin Abu:
Pakej untuk SEORANG selama 4h3m adalah RM 1700.00 termasuk penginapan**, pengangkutan, makan*, tiket masuk Everland. Encik bebas untuk memilih kemana encik hendak lawati. Caj tambahan untuk lebih sehari adalah RM350.00 seorang termasuk makanan, tempat tinggal & pengangkutan.

Tetapi jika kumpulan encik melebihi 3 orang, kami akan berikan diskaun, iaitu RM1350.00 untuk seorang selama 4H3M dan RM300 untuk tambahan setiap hari.

*makan adalah 2 kali sehari, dan makanan adalah berupa makanan seafood Korea. Jika terdapat permintaan ingin makanan yang lain, sila maklumkan awal-awal.
** Tempat kediaman adalah di Guest House. (Boleh ditukar mengikut keselesaan anda).

Untuk pengangkutan, kami akan menggunakan pengangkutan awam, untuk mendapatkan kos yang lebih murah. Kami boleh menyediakan kereta, tetapi kos agak mahal, memandangkan kos minyak petrol dan parking di Korea adalah sangat tinggi.

Encik juga dinasihati untuk membeli insurans perjalanan/pelancongan untuk keselamatan encik di Korea nanti. Perlu diingati disini bahawa kami adalah pelajar dan kami hanya melakukan pekerjaan ini sebagai pekerjaan sampingan. Oleh itu, jika bukan pada masa cuti, mungkin terdapat hari-hari yang kami tidak dapat sediakan tour untuk encik.

Kami juga hanya menerima kumpulan yang terdiri daripada keluarga, atau kawan-kawan sesama jantina. Kami tidak akan menerima kumpulan yang terdiri dari kawan-kawan berlainan jantina. 
*Kenapa mesti ENCIK? Muna Munie tu nama lelaki kah?

Jadual perjalanan :

Hari pertama
1.Tiba di Lapangan Terbang Incheon. (Diorang jemput!)
2. Kyongbok Palace

3. Namsan Tower

Hari kedua
1. Nami Island (tempat shooting Winter Sonata!)

2. Myeongdong (tempat shooting Princess Hours dan Boys over Flowers!) -> shopping!

3. Insadong -> souvenir! (boleh baca cerita pasal Insadong kat blog kak Biqque)

Hari ketiga
1. LotteWorld -> taman tema! wee~ (lokasi shooting Running Man episod 9)
2. Chonggye Stream

Hari keempat
1. Itaewon Muslim mosque
2. Korea War Museum

3. Pulang ke Kuala Lumpur

Okay lah, itu saja yang Encik Muna nak share. Sedar tak sedar, untuk menghasilkan entri kali ni Muna dah duduk depan laptop sejam! Untuk menulis entri ni saja! Adoi -_-" Lamanya! Entri pendek je. Ok lah, ada apa2 komen boleh komen kat bawah. Sekian saja dari Muna. Salam. 

*Jangan ragu-ragu untuk kemukakan sebarang pertanyaan di http://www.wix.com/koreabudgettrip/ntg#!


Try the new Triple Chicken Sensation pizza

| 0 comments


Assalammualaikum..
Korang tahu tak hari tu geng outing pergi lepak Pizza Hut? Klik SINI. Ada macam2 yang buat Muna terliur. Contohnya macam:
Seafood marinara.. yummy!!

Iced Chocolate Float.. marvellous!!
Dan yang paling latest adalah TRIPLE CHICKEN SENSATION PIZZA!! Walaweh..

Try the new Triple Chicken Sensation pizza from #PizzaHutMsia. It’s 3D experience for your taste buds!


Syarat - syarat Induction

| 0 comments




Assalammualaikum..
Dah baca ke entri semalam pasal Induction? Sekarang Muna nak cerita pulak pasal syarat-syarat Induction..
  1. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 9.00pm.
  2. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.
  3. Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.
  4. Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.
  5. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.
  6. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.
  7. Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
  8. Jangan sangka makanan tertentu itu berkarbohidrat rendah. Sebiji buah pear bersaiz sederhana ada 25 gram karbohidrat, sebiji telur ayam bersaiz besar cuma ada 0.6 gram karbohidrat! Check dulu!
  9. Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula atau artificial sweteener.
Itu je yang nak share hari ni :) hee.. Semoga berjaya.. Muna!

Labels:



Asal usul panda

| 0 comments


Assalammualaikum..
Muna nak tanya: "Siapa kat sini tahu asal usul PANDA?". Sila jawab ya. Sebab ada satu mitos mengatakan beruang hitam (beruang liar) dan beruang putih (beruang Kutub Utara tu) 'BERGABUNG' menjadi panda. Macam mana? Macam gambar bawah ni:
Bergabung!! Aiyark..
So, untuk dapatkan kepastian, korang boleh lah search banyak2 asal usul kejadian PANDA ni. hehehe.. 
p/s: Entry merapu di kala matahari naik atas kepala~ Layan je la..


BEN ASHAARI DAN RAKAN BLOGGER

Wednesday 28 March 2012 | 2 comments


Soalan Muna pada si DIA:
Weh, makan tak ajak orang!


Makanan yang diharamkan semasa Induction

| 0 comments


Assalammualaikum..
Dah baca ke ENTRI LEPAS Muna? Pasal Induction stage dalam Atkins Diet. Okay, dalam entri ni Muna nak cerita sikit apa MAKANAN YANG DIHARAMKAN SEMASA PERINGKAT INDUCTION.
Klik gambar untuk gambar yang lebih jelas :)
  1. Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dan lain2.
  2. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak -> Sayur pun ada karbohidrat! Baru tahu =.=
  3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji) -> Selalunya orang diet makan buah je. Terbalik pulak kan? hee.. :)
  4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
  5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
  6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.
  7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
  8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.
  9. Mihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni.
  10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.
  11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).
  12. Nasi putih, pulut, brown rice -> Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat.. kalau 3 pinggan?? hee.. Sendiri mau ingat maa!

Ingat! Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan habis dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak. Ooohh... cenggitu rupanya!

Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.

Tengoklah pada label makanan diet, terutamanya yang berbentuk paket. Banyak yang ada 0 gram fat and 0 calorie tapi carbohydrate sampai mencecah 30 gram sepeket! 30 gram karbohidrat tu kalau dimakan akan bertukar menjadi glukosa. Bila anda exercise, glukosa itu yang dibakar sebagai tenaga dan hilang, lemak hilang sedikit sahaja sebab tiap-tiap kali makan, anda minum sepeket. Kalau 3 kali sehari, dah 90 gram karbohidrat. Sedangkan kalau nak kurus betul-betul, anda hanya patut makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja! Buat apa membazir duit membeli makanan diet dalam peket sedangkan anda boleh kuruskan badan dengan hanya menjaga karbohidrat dalam pemakanan.

Okay tak entri kali ni? Kalau tak faham boleh tanya dekat ruangan komen di bawah :) hee.. Sekian saja dari Muna. Nanti Muna update pasal Ongoing Weight Loss pulak okay? See you soon. Salam.

Labels:



Buffered Earnings bukan berdasarkan traffik blog

| 0 comments


Assalammualaikum..
Muna selalu BW ke blog blogger2 yang lain. Dorang selalu cerita pasal BE itu lah, BE ini lah. Adoyai.. I’m so jealous you know! -_-" Muna tak pernah dapat even once until today :'( sobs3.. Ada yang cakap BE ni berdasarkan UV. Betul ke tak? hurm..

Muna ambil langkah selamat untuk menghantar tiket kepada pihak Nuffnang. Tup2.. pagi tadi diorang balas! Korang baca ya :)

Hello Munira,
Sebenarnya, apa yang anda cuba maksudkan ialah kempen CPM, bukan "Buffered Earnings". Buffered Earnings, Metered Earnings, etc sebenarnya hanyalah istilah yang digunakan untuk kempen CPM.

Untuk mendapat ruang "Buffered Earning" pada "Earnings" anda, pertama sekali anda haruslah dipilih oleh Pihak Pengiklan (Advertisers) kami untuk membuat kempen CPM bagi pihak mereka. Terdapat beberapa faktor yang menentukan peluang anda untuk dipilih untuk kempen CPM. Pihak Pengiklan (Advertisers) memilih blog yang mereka ingin iklankan berdasarkan beberapa faktor seperti berikut :

Disebabkan Pihak Pengiklan (Advertiser) senantiasa mempunyai pasaran khusus untuk kempen mereka, maka mereka akan memilih blog yang mempunyai pembaca blog yang berpadanan sebagai sasaran mereka. Jika pembaca blog anda termasuk di dalam kategori itu, maka peluang untuk anda dipilih untuk mereka adalah sangat tinggi. Kebanyakan bloggers yang tidak mengisi ruang 'survey' yang disediakan dengan betul berkemungkinan tinggi mendapati blog mereka tidak terpilih untuk mendapat kempen atau iklan daripada Advertisers. Ini kerana, 'survey' tersebut berfungsi untuk Advertisers kami mengenali isi kandungan blog bloggers kami dengan lebih baik. Mana-mana blog yang tidak mengisi ruang 'survey' selalunya tidak akan diendahkan oleh Advertisers kami kerana mereka tidak akan tahu jika kempen mereka bersesuaian atau tidak dengan isi kandungan blog tersebut. Oleh itu, kami amat menggalakkan anda mengemaskini laman 'survey' anda dari masa ke semasa untuk menaikkan peluang blog anda dipilih oleh Advertisers kami.

Kebersanan penempatan iklan juga sangat penting dalam industri pengiklanan. Pengiklan kami telah menghabiskan banyak wang untuk mencorakkan iklan mereka dan membeli ruang iklan. Mereka perlu memastikan mesej yang ingin mereka sampaikan kepada pasaran khusus mereka sampai dengan efektifnya. Oleh itu, mereka senantiasa akan membeli ruang iklan yang hanya telah dioptimumkan sepenuhnya dan diletakkan pada tempat yang berkesan. Kesimpulannya, anda hanya perlu meletakkan unit iklan anda pada tempat yang sepatutnya dan faktor ini akan memuaskan Pihak Pengiklan.

Sebagai contoh, sesuatu unit iklan "Skyscraper" seharusnya menjadi elemen pertama di sidebar dan bukan di tempat lain. Hal yang sama juga bagi unik iklan "Leaderboard" yang seharusnya menjadi elemen pertama yang dapat dilihat di saat pengunjung masuk ke laman web anda. Manakala, unit iklan "Large Rectangle" pula seharusnya ditempatkan betul-betul di bawah entri pertama anda. Jika unit iklan blog anda tidak mengikut garis panduan yang telah dinyatakan seperti di atas, hal ini akan banar-benar mempengaruhi keputusan Pengiklan untuk memilih blog anda dan berkemungkinan tinggi menyebabkan mereka memilih blog lain.

Selain itu, ruang unit iklan juga memainkan peranan penting bagi Blogger untuk dipilih dalam sesuatu kempen. Semua Pihak Pengiklan kami membuat pembahagian yang sama rata pada ketiga-tiga unit iklan kami iaitu, Leaderboard, Skyscraper, dan Large Rectangle setiap kali mereka beriklan dengan kami. Jika blog anda mempunyai kesemua 3 unit iklan di dalamnya, maka peluang anda untuk terpilih bagi sesuatu kempen adalah amat cerah.

Keahlian eksklusif memainkan peranan dalam kempen iklan kerana Pihak Pengiklan kami lebih cenderung untuk meletakkan iklan mereka pada blog-blog berstatus Glitterati kerana ini merupakan sebahagian daripada program hadiah kami untuk Bloggers kami yang paling setia dengan kami. Ahli biasa masih akan dipilih untuk kempen tetapi dalam angka yang lebih rendah berbanding dengan ahli Glitterati.

Oleh itu, anda perlulah mengambil semua inisiatif untuk meningkatkan peluang blog anda untuk mendapat perhatian daripada Pihak Pengiklan, dengan selalu mengemas kini blog anda, menempatkan unit iklan anda di tempat yang betul, dll. Jika nasib menyebelahi anda, dan Pihak Pengiklan memilih anda untuk kempen CPM mereka, maka peluang untuk anda mendapat beberapa angka di ruang "Buffered Earning" adalah sangat cerah!

Good luck dan selamat berblogging!

Cheers!

Shahzeeq Shahren
Blogger Relations
Nuffnang Sdn Bhd

Okay.. dah habis baca? hee.. Muna dah warna2 kan point2 penting. Kena alert. Muna dah buat semua yang telah dicadangkan tu. hee.. Bertindaklah SEKARANG. 
Kalau tak mahu ubah.. nak juga ikut kepala sendiri? Okay, fine! Lepas ni jangan nak salahkan Nuffnang pula kalau blog anda tak ada CPM ya?!.. Sekian saja dari Muna, salam.


Sayang kat dia sampai terlanjur

| 0 comments


Assalammualaikum..
Korang boring tak? Korang try la buka Google Analytics mahupun Nuffnang.. paling senang Blogger stats. Carian organik takkan pernah mengecewakan korang. hehe.. Muna suka tengok apa yang dicari kat blog Muna ni. Yang latest "MUNA SAYANG DIA TAPI SAMPAI".. sampai apa ya? LOL.
Blogger stats

Saja je Muna buat tajuk entri gempak nak bagi korang tertarik. Ingat tak entri ABANG ANGKAT SAYANG BAWA MASUK KE DALAM BILIK? Ha.. yang tu antara popular entri Muna di busuk.org. Dalam masa sehari 66 hits! Walaweh.. semangat betul orang nak tahu kan2? -_-"


So, korang buat lah entri berdasarkan carian2 di blog korang. Memang takkan mengecewakan korang la! haha.. Sekian saja dari Muna yang sayang korang sampai terlanjur.. menulis entri ni! wakaka.. :D Salam


Senarai biasiswa di Malaysia

| 1 comments



Assalamualaikum..
Hari ni Muna nak kongsi sikit maklumat untuk adik-adik yang sedang / akan melanjutkan pelajaran ke IPTA / IPTS sama ada di dalam negara mahupun luar negara. Tak kira la nak ambil sijil ke (matrikulasi / STAM / STPM), Diploma ke, Ijazah ke, Sarjana ke ataupun phD. (Cuba kira berapa banyak kali ke?.. hehe.. ) Benda nie sangat penting sebab ada yang malas nak cari, asyik nak harapkan PTPTN je (macam Muna la!). Pastu, bila PTPTN hantar surat ke rumah.. mula lah rasa payah. Kenapa? Sebab banyak sangat interest dia.. tambah merunsingkan, kerja tak dapat lagi. ( Status penganggur terhormat macam Muna! hee..) For those yang belajar luar negara pula, tak semestinya JPA / MARA saja yang ada. Rajin2 lah godek2 laman Google tu. hee.. Tapi, jangan risau. Muna dah tolong carikan sikit untuk korang. Muna cari ni untuk Muna bila nak sambung Bachelor nanti. Sharing is caring right?

  1. Biasiswa Tunku Abdul Rahman - www.yayasantar.org.my
  2. Felda Johore Bulker Sdn Bhd - www.feldaholdings.com
  3. Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA ) - www.jpa.gov.my
  4. Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah - www.sabah.gov.my/jpan
  5. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak - www.psc.sarawak.gov.my
  6. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia - www.mohe.gov.my
  7. Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah - www.biasiswa.sabah.gov.my
  8. Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan - www.maiamp.gov.my
  9. Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Perak - biasiswa.perak.gov.my
  10. Majlis Agama Islam Negeri Johor - www.maij.gov.my
  11. Pinjaman Kerajaan Negeri Pulau Pinang - epp.penang.gov.my
  12. Pinjaman Pelajaran kerajaan Negeri Selangor - www.selangor.gov.my
  13. Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka(TAPEN) - tapem.melaka.gov.my
  14. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia - www.frim.gov.my
  15. G.A.B Foundation - www.gabfoundation.org
  16. Gamuda Berhad - www.gamuda.com.my
  17. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia - www.jheoa.gov.my
  18. Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan - www.jkmwpkl.gov.my
  19. Yayasan KLK - www.klk.com.my
  20. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja - www.kwsp.gov.my
  21. Libyan Scholarship - www.shef.ac.uk/libya/scholarships.html
  22. Lembaga Zakat Selangor - www.e-zakat.com.my
  23. Bank Rakyat Malaysia Berhad - www.bankrakyat.com.my
  24. Yayasan Bursa Saham Kuala Lumpur - www.klse.com.my
  25. Majlis Amanah Rakyat - www.mara.gov.my
  26. Pusat Zakat Sabah - www.zakat.sabah.gov.my
  27. Yayasan Negeri Sembilan - www.yns.gov.my
  28. Nestle Manufacturing (Malaysia) Sdn. Bhd - www.nestle.com.my
  29. Skim Biasiswa National Science F - www.masduke.net/download/nsf.doc
  30. Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi Malaysia - www.mosti.gov.my
  31. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO ) - www.perkeso.gov.my
  32. Permodalan Nasional Berhad - www.pnb.com.my
  33. Sarawak Shell Berhad - www.shell.com.my
  34. Sapura Industrial Berhad - www.sapuraindustrial.com.my
  35. Terengganu Advanced Technical Institute - www.tatiuc.edu.my
  36. Yayasan Pendidikan Albukhary Sdn Bhd - bukhary.atspace.com
  37. Yayasan Felcra - esistem.felcra.com.my/yayasan/index.html
  38. Yayasan Pahang - www.yp.org.my
  39. Yayasan Sabah - www.ysnet.org.my
  40. Yayasan Selangor - www.yayasanselangor.org.my
  41. Yayasan Tenaga Nasional Berhad - yayasan.tnb.com.my
  42. Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN ) - www.yakin.kelantan.gov.my
  43. Yayasan Bank Rakyat - www.yayasanbankrakyat.com.my
  44. Embassy Of The Republic Of Yemen - www.yemenembassy.org
  45. Yayasan Terengganu - www.ytrg.terengganu.gov.my
  46. Yayasan Pelajaran Johor (YPJ ) - www.johordt.gov.my/ypj
  47. Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman - yayasansarawak.org.my/form/TAR.pdf
Ha.. amik kau! Banyak kan? Ini semua untuk kemudahan kita sebagai pelajar. Ada sesetengah nya menawarkan biasiswa mengikut bidang-bidang tertentu. For example, Yayasan Bursa Saham tu. Untuk bidang ekonomi ke,sains aktuari ke boleh la. Habis belajar terus kerja dengan diorang. Tak payah la sibuk tanda surat khabar cari kerja lepas habis belajar kan? hee..

Yang penting kita tak boleh putus asa dan terus berusaha. Dah usaha, kita sebagai orang Islam kena la tawakkal dan berdoa. Ingat, doa tu senjata orang-orang mukmin. Kalau tak dapat, mungkin ada yang lebih baik untuk kita dan ada rezeki yang lebih baik untuk kita. Insha Allah! :) Sekian saja dari Muna. Salam
Kawan2.. tolong vote saya boleh tak? klik sini -> http://goo.gl/q1YBZ. S.I.M.P.L.E.. boleh tak?


Day 1: Induction

| 0 comments


Assalammualaikum..
Hari ni hari pertama Muna memulakan diet Atkins Muna. Disebabkan rumet dah ajak mula hari ni, Muna go on je. hee.. Berikut adalah data untuk hari ini. Kita tunggu hujung bulan nanti. Tercapai atau tak target Muna? :)

Nama: Munira Nabila a.k.a Muna Munie
Latest BW: 67kg ( BW = Body Weight )
Target: 60kg hujung bulan April

Penurunan 7kg memang nampak mudah. Tapi, bagi Muna yang tak boleh tak makan ni?.. hehe.. Susah sikit kut! Tapi tak mengapa. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan :) Untuk hari ini Muna terlepas breakfast. haha.. Tunggu lunch nanti baru masak kut.

Alang-alang korang dah baca entri ni, Muna nak minta tolong boleh tak? Tolong VOTE BLOG CELOTEH MUNA please... Cuma klik http://goo.gl/q1YBZ. Korang boleh juga klik gambar atas yang ada kat tepi tu. Boleh tak? Please.. Harap2 korang sudi tolong Muna. Sekian saja dari Muna. Salam.

Labels:



Geng Diet Atkins baru!

| 0 comments


Assalammualaikum..
Setelah dua tiga hari membiasakan perut dengan Diet Akins walaupun ada juga yang kantoi, Muna dah sepakat dengan rumet (Ainor) untuk start esok. Wish me luck okay? Selain itu, Muna ada juga jumpa geng Diet Atkins di Kelab Diet Online. Ada juga kengkawan UPMKB yang Muna ajak join.

Nama geng2 diet Muna :
  1. Shanna Lala
  2. Cyte Ieyza
  3. Nordatul Akmar
  4. Fara Ki
  5. Ainor Hafiza
  6. Amalina
  7. Mak Amal
Itu saja buat masa ni. Ada tak siapa2 lagi yang nak join? hee.. Boleh lah kita bersuai kenal :) Berat latest Muna 67kg. Target 60kg hujung bulan April. Dapat tak agak2nya?? hee.. Oh ya! Boleh tak tolong Muna? Tolong VOTE BLOG CELOTEH MUNA please... Cuma klik http://goo.gl/q1YBZ dan klik gambar di bawah. Boleh tak? Please.. 
Muna harap kawan2 dapat tolong Muna. Terima kasih banyak2. Cuma klik je. Tak susah kan? hee.. Sekian saja dari Muna. Salam.

Labels:



DiGi WWWOW For All Internet Awards

Tuesday 27 March 2012 | 0 comments


Assalammualaikum..
Tadi BW ke blog Amanz. hee.. singgah sat ke entri pasal DIGI WWWOW AWARDS. So, nak juga la main2 daftar kan? hee.. Saja je la. Nama pun belajar! hee.. Korang nak daftar juga ke? Moh le kita mencari pengalaman baru. Kalau kita tak expose diri sendiri, mana orang nak kenal kita kan? Tak menang takpe. Belajar bah!

  1. Pergi ke laman web DiGi WWWOW For All Internet Awards
  2. Register kan diri anda (guna Facebook Account je).. mudah :)
  3. Pilih kategori yang anda nak.
  4. Submit entry di SINI
  5. Done! Simple right?

I choose this category..
how about you? :)
Kenapa Muna pilih kategori ni? Sebab nya.. Muna dah memang kepoh pun. Nak buat macam mana ya? Nama blog pun Blog Celoteh Muna. Nampak sangat kepohnya kan2? hee.. (*masuk lif tekan sendiri = angkat bakul angkat sendiri)

Okay, korang semua jom lah join. Best lah! First time Muna join2 ni. Muna nak juga jumpa blogger2 yang Muna dah lama admirer macam Abg Ilham.. Mama Murai.. Yuyu Zulaikha.. Maria Elena.. Ben Ashaari.. Lyssa Faizureen.. dan lain2. Jeles lah korang dah pernah jumpa diorang kan -_-" Kak Shiema siap update pasal jumpa kak Yuyu lagi! hurm.. :'(

Important dates!
Itu sahaja Muna nak kongsi. Sekian, salam. 
Klik SINI untuk maklumat lanjut.


Atkins Diet - Induction

| 2 comments


Assalammualaikum..
Seperti yang dijanjikan dalam ENTRI LEPAS, petang ni Muna nak cerita pasal Induction. Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction. Erm.. Muna tak tahu pula nak check macam mana kalau kita nak tahu berapa lama kita kena lalui Induction ni. Muna nak try lima bulan. Stage seterusnya Muna nak sambung kat U je. hee..

Semasa 2 Minggu (bergantung pada berat badan anda) Induction:
  1. Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
  2. Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.
  3. Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
  4. Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
  5. Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi/kafein!
  6. Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
  7. Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.
  8. Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
  9. Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

Eish3.. ketat juga diet ni. Tapi, nak buat macam mana kan? Kalau tak kawal makan, macam mana nak kurus ye dak? Dah semua tak boleh makan, apa yang kita BOLEH MAKAN? Batu? Pasir?
Yang paling bawah kena makan BANYAK!
  1. Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
  2. Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
  3. Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai.. asalkan halal.
  4. Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
  5. Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun -> Kalau Muna.. tak sio la.. Muna makan kangkung + pucuk paku je :p hee.. Yang lain2 terpaksa je la teman menelannya. hee..
  6. Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari. -> Yummy! Suka3.. sedap~..
  7. Air kosong, air mineral - minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
  8. Burger - Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je.. hahaha..
  9. Pizza - Makan topping sahaja. -> Sedap apa!
  10. Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum pukul 9 malam tau! Oh ya.. lupa! Jangan ponteng makan tau! Pantang Atkins Diet kalau korang ponteng makan. hee..

Contoh sarapan / Breakfast
  • Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
  • Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
  • Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
  • Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
  • Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
  • Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
  • Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
  • Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
  • Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)

*Carb = Karbohidrat

Kalau nak kurus, korang kena makan maksima 20 grams Carb je sehari.. kalau nak kurus la. hee.. Ok, mesti ada yang tanya kenapa tak boleh makan nasi? Urm.. takde ke? Nak bagitahu juga!

  • Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
  • Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
  • Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
  • Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)
Selamat mengamalkan Atkins Diet.. Muna :) hee.. Sekian, salam. 
* Nanti Muna update apa makanan yang diharamkan masa Induction pula okay?

Labels:



>>Older Post | Newer Posts<<