Atkins Diet

Sunday, 25 March 2012 | 0 comments



Sebelum dan selepas makcik Jung Da Yeon!
47 tahun okay..
Assalammualaikum..
Korang ada tak baca cerita pasal seorang makcik di Korea (Jung Da Yeon) yang berumur 47 tahun yang dapat menguruskan badannya dengan mengamalkan diet ketat dalam masa 3 bulan if i'm not mistake la. Fuhh.. kelas kau jahh!! Muna ni jangan cakap 3 bulan, 3 tahun belum tentu lagi.. tapi dah tekad. Sampai rumah 21 hb ni nak start Atkins Diet. Apa tu?? Ha.. Ni la nak cerita ni.. baca sampai habis okay?

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak di dalam badan. Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula.. badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Means, berat badan anda akan mula menyusut. Oh yeah!!..

Dr Atkins mula mengembangkan idea "karbohidrat rendah dalam pemakanan" semenjak tahun 1970-an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti "low-fat diet" atau diet rendah lemak. Melalui "low-fat diet", ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih  banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama. hee.. Muna pernah try ni.. kejap je la!

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai "low carbohydrate diet" dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup. (Harus cuba ni! hee..)

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 

4 peringkatnya ialah:
  1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
  2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
  3. Pre-maintenance
  4. Lifetime Maintenance
Okay, petang karang dalam pukul 3 lebih Muna update pula apa yang berlaku masa Induction ok? Tak best la cerita serentak.. nanti tak surprise la kan? Tunggu ya Muna update entri pukul 3.. Okay? See you soon. Salam.

Labels:



>>Older Post | Newer Posts<<