FRIENDSHIP never ends..

Saturday, 24 March 2012 | 0 comments


Assalammualaikum..
Petang ni Muna nak buat entri sedih sket~.. Kenapa? Sebab kami student UPM kampus Bintulu semester 6 dah tamat belajar. Yang sedihnya, terpaksa berpisah dengan kawan2. Setiap pertemuan ada perpisahan.. tapi, perpisahan tu terlalu menyedihkan. Kenapa ya? 3 tahun waktu yang lama untuk kami kenal satu sama lain. Bermacam kerenah dan gelagat kawan2 Muna dah jumpa. Aliyah, Ain, Aini, Ainor, Kama.. semua dah balik. Bakal menyusul Amal + chinggunya, Ecah, Farah dan lain2.. erm.. sedihnya. Muna balik last sekali kut dalam DPT tu. hee.. Kitorang habis final 20hb, tapi Muna balik 21hb. Bukan bulan ni.. bulan depan! hee..
Satu per satu teman
Ada di sekelilingmu
Satu per satu lah jua
Tinggalkan diri mu
Cumalah aku saja
Yang masih lagi bertahan
Memendam rasa

Ha.. lirik lagu ni la yang Muna dok ingat.. sobs3.. sedih la plak! Korang! Bila lah kita dapat jumpa lagi? Erm.. back to the main point! Tujuan tulis entri ni sebenarnya nak citer pasal dorang2 ni. Korang nak kenal tak kawan2 Muna yang Muna sayang kat UPM ni?

Syarul Idzham
Haha.. yang ni mestilah paling sayang.. wekk.. (apasal tetiba gedik je ni!) Yang ni tak mau citer banyak2.. hee..

Farah Azmira
Farah dan perut.. dua2 kuat makan!!
First time Muna nangis pasal kawan masa nak baik2 balik dengan dia lepas satu insiden ni. hee.. Hopefully dia tak ingat dah! Malu la kalau dia ingat lagi. Dalam banyak2 kawan, dia je yang paling faham dan sabar dengan perangai dan kerenah Muna.. cuma Muna je tak sabar dengan dia.. haha.. Maaf ya kawan! Dia ni comel, gedik pun ada.. haha.. Yang pasti, ramai student minat kat dia. Kira macam tak payah risau la kalau pakwe dia tak nak kat dia. haha.. tapi, dia ni setia orang  nya.. Kat sape? Yang tu korang tak perlu tahu la.. Dia dok Kg. Pandan. Tak pernah lagi pergi melawat rumah dia. Teringin tu memang ada, tapi nanti2 la.. hee.. Dia ni pandai, aktif dan lain2.. multi tasking la bak kata Dr. Scha.. haha..

Amalina + Chinggu
See.. Amal + Chinggu tak boleh nak dipisahkan..
Haha.. Amal, ko mesti marah kan bila aku + dengan Chinggu ko tu? hee.. Bukan apa, Amal ni tak boleh berenggang dengan Chinggu dia.. hee.. Almaklumlah.. kan nak jadi kawan sampai bila2.. hee.. Pernah juga rasa jeles dengan Chinggu dia tu! Ha.. tak mau taip lebih2.. Nanti benda tak patut keluar, tertaip pula!.. hee.. (p/s: Dalam banyak2 kawan.. ko lah yang paling jual mahal sekali dengan aku tau tak Amal! haha..) Lepas ni sape nak bagi Running Man kat kita? Siapa nak teman makan aiskrim Solero Split tu.. erm.. I'll remember u, VANILLA!
Love this pic! :) hee..
Kenapa? Sebab Amal nampak gemuk dari Muna! haha..

Aliyah Yuyui
Zaman belia.. haha.. cantik sehh baju ko!
Dia ni dah biasa sebut kan dalam blog ni? hee.. Ipoh mali. Tak payah la nak cerita banyak pasal dia ni. Karang dia perasan lebih. haha.. Apa2 pun, dia ni lah tempat aku bertepuk bertampar.. haha.. Sian dia! Dia pun faham aku. Agak2 aku nak lepas marah kat dia, aku lepas je. Cuma dia je jenis tak lepas marah. Pendam la kunun~.. Weh2.. lepas ni takde la orang nak perasan Aliyah Kerna sayang dah.. Ini tidak adil.. Tidak adil.. Penipu.. haha..

Kamalia a.k.a Mak
Mak membebel apa tu mak?.. :)
Dia ni kalau marah, takut Muna. hee.. Dia ni baik. Macam mak gayanya. Amal pun cakap dia ada gaya mak. hee.. Mak, rindunya kat mak! Padahal baru pagi tadi mak balik kan? Erm.. Nasib mak tak jumpa Muna sebelum balik.. Mahu nangis Muna dibuatnya! Ok.. dah nak nangis dah ni :'( Mak2.. lepas ni takde la orang nak sebut SANTEK dah lepas ni :'(

Ainor Hafiza
Sori la.. penat godek2 laptop.. den xdo gambar ekau la!
Ni rumet Muna. Suka 'mengilai' malam2 bak kata Amal.. haha.. Semua gara2 Running Man. haha.. Suka makan juga :) Sama macam rumet dia la.. hahaha.. Best kan masak sama2? Lepas ni boleh lah masak puding trifle macam Muna ajar tu tau? Buat sedap2 ya? Lepas ni takde sape dah nak dengar kita sumpah seranah orang. Uppss.. :p takde dah orang nak pinjam hotplate kita masak megi.. haha..

Ain Nadia

Single but not available. Cantik kan? Dia ni kalau pakai baju + tudung, dia pandai main warna. Cantik! hee.. Muna ingat dia ni pendiam, sopan santun, pemalu.. haha.. Bila dah ngam baru tahu dia macam mana orangnya! Hahaha.. Weh2.. Korang tiga (Ainor+Ain+Idam) dah balik nanti, dengan sape kita nak BERJIMBA ni? Takde dah GENG OUTING.. waa.. Ingat lah kenangan kita last berjimba bersam dekat Pizza Hut ari tu! Dengan tunggu En Rakib dekat sejam nya.. adoyai~

Aini Amkaromi
Comel le tu buat camtu :p
(Kalau mak ada ni mesti dia jawab: Comel ke? hahaha.. )
Muna suka cara dia sebut nama MUNI.. haha.. lawak kan? Rasa macam Muni tu budak2. haha.. Weh2.. agak2nya kan, kalau Aini sambung belajar kat Serdang, ada tak lagi orang panggil dia FARLEY? hee.. Memang takde maksud nama tu. Tapi, bermakna bagi kita :) hee..

Alya a.k.a PERUT
Alya si perut..
Haha.. dia ni minah fesyen ni. Dia ni manja sebenarnya.. betul tak Alya? Gaya dia berkongsi cerita.. gaya dia yang bergantung harap pada orang lain.. dia memang manja la! hee.. Alya2.. Dah besar dah. Tak mau bergantung harap pada orang dah ok? Macam mana Alya nak survive nanti? Takkan nak minta tolong orang je? Kalau 'Syamil' ada everytime takpe juga la.. haha..

Zaimah + Masdah
I miss u Mas!
Ema, xde gambar ko la :'( sobs3..
Ema + Mas.. kawan DPT yang first ngam ngan Muna. Tapi sempat bertahan sekejap je. Sayang kan? Masing2 dengan cara masing2.. Ema, kita paling tak sangka bila ko cerita pasal DIA dekat kita.. Rasa terharu tau! Padahal waktu tu kita dah tak rapat dah. :') Mas, kita suka tidur sebilik ngan ko masa kat Kuching tu! Sebab kita rindu nak tidur dengan ko! Ingat tak, last kita tidur sama masa tamrin tu. Ko panas, tak boleh tidur.. lepas tu kita kipaskan ko.. Kak Syidah cakap: Baiknya tolong kipaskan dia. Dalam hati kita: Sebab saya sayang kawan saya :'( Weh.. tak tahan lah cerita pasal korang! Mas, ko dekat Miri.. macam mana kita nak jumpa lagi ni? :(

Dah la.. sedih dah! Air mata pun dah mula mengalir.. stop takat sini je la. Luahan hati ni ikhlas dari sanubari. Sekian, salam.

(Ain post kat group dak DPT)



You're...
My Friend,
my companion,
through good times and bad
my friend, my buddy,
through happy and sad,
beside me you stand,
beside me you walk,
you're there to listen,
you're there to talk,
with happiness, with smiles,
with pain and tears,
I know you'll be there,
throughout the years!
(Ain send message kat Facebook)



>>Older Post | Newer Posts<<