Atkins Diet - Detox

Sunday, 25 March 2012 | 2 comments


Assalammualaikum..
Mula2 Muna nak minta maaf sebab tak dapat tunaikan apa yang dikata seperti dalam ENTRI LEPAS. Muna nak kongsi benda lain la.. Muna dapat maklumat ni masa blogwalking di blog2 diet. hee.. Muna jumpa satu cara yang best before apply Atkins Diet. Kenapa? Sebab akak ni menyahtoksinkan badan dia dulu, baru ikut Atkins Diet. Muna ingat nak cuba la juga! Korang nak tahu macam mana proses detox tu? Jom baca..
  • 3 DAY DIET (3DD)
  • MASTER CLEANSE DETOX (MC)
  • PEMULIHAN
  • Atkins Phase 1: INDUCTION
  • Atkins Phase 2: ONGOING WEIGHT LOSS
  • Atkins Phase 3: PRE MAINTENANCE
  • Atkins Phase 4: LIFE-TIME MAINTENANCE
Faham tak yang atas tu? 3DD? MC? PEMULIHAN? What's that? hee..

3 DAY DIET (3DD)
3DD a.k.a "Lose 10 pounds in 3 days" diet sangat sesuai untuk perempuan yang nak nampak gorjess secara drastik!! hee..

Warning! Diet ni sangat drastik dan untuk limited period usage only okay! Kalau ada masalah kesihatan, sila rujuk doktor anda dulu.. tak pasal2 Muna pulak yang kena saman nanti!

Prinsip utama "Lose 10 pounds in 3 days" diet adalah korang bukan saja kena kehilangan berat, tapi korang kena bersihkan badan2 korang dari toksin. So, kulit korang akan nampak *shining* dan lembut je!

Hari pertama
Sediakan 2liter teh detox. Kenapa? Sebab korang akan minum semua air tu untuk sehari tu! Korang boleh lah tambah madu untuk menyedapkan rasa. Oh ya! Kena minum masa panas2 tau! sebab.. hot liquids foolish your cravings.. yee haa!
  • Breakfast: Fresh juice made from carrots and apples – 10 oz (app. 250 ml) -> Boleh minum as much as you want from your detox tea! hee.. 
  • After breakfast: An apple -> An apple a day keeps the doctor away! hee..
  • Lunch: Cucumber & avocado salad, for dressing use balsamic vinegar and salt. Drink hot detox tea.
  • After lunch: An apple, drink detox tea.
  • Dinner: Salad of grated carrots (you chose the quantity), fresh lemon juice on taste, salt and a spoon of olive oil. Drink detox tea.
Hari kedua
  • Breakfast: Fresh juice made from carrots and apples – 10 oz (app. 250 ml) -> You can drink as much as you want from your detox tea.
  • After breakfast: An banana
  • Lunch: Tomato and avocado salad, for dressing use only balsamic vinegar and salt. Drink hot detox tea.
  • After lunch: A banana, drink detox tea.
  • Dinner: Cabbage salad (you chose the quantity), vinegar, salt and a spoon of olive oil. Drink detox tea. -> Potong kobis, lepas tu letak garam sikit, lepas tu smash dia! hahaha.. Yummy okay!~ Lebih juicy dan senang nak kunyah
Hari ketiga
  • Breakfast: Fresh juice made from carrots and apples – 10 oz (app. 250 ml) -> You can drink as much as you want from your detox tea.
  • After breakfast: Grapes – 5 oz (app. 150 grams)
  • Lunch: Salmon steak and cucumber salad.
  • After lunch: Grapes – 5 oz (app. 150 grams), drink detox tea.
  • Dinner: Sweet salad, grated carrots, apple, raisins and 1 oz (25 grams) walnuts. Drink detox tea.
Apa yang korang dapat hari keempat selepas mengamalkan "Lose 10 pounds in 3 days" diet ni? Ha.. berat badan berkurang, kulit korang glowing2.. shining2.. hee.. Ohsem kan? Mesti korang tak sabar nak mula kan diet ni kan? Haa! Lagi satu.. disebabkan korang tak banyak makan makanan yang berkalori, korang tak digalakkan bersenam semasa 3 hari tu.. okay?

*There are some unpleasant feelings because of this diet: you start to clean toxins and this cause headache. Because of low calories you will feel weakness. At the third day you will start to feel the benefits of the diet – you will experience mood improvement and your clothes will look lose :)

MASTER CLEANSE DETOX
The Master Cleanse atau dikenali juga dengan nama The Lemonade Diet, adalah satu plan Detox yang menggunakan bahan2 organik, iaitu:
  1. Lemon
  2. Maple Syrup Grade B / AIR TEBU
  3. Cayenne Pepper Powder
  4. Sea Salt (Uniodized)
  5. Laxative Tea

Kesemua bahan2 di atas adalah ramuan yang diperlukan untuk membuat The Master Cleanse plan. Plan ini berjalan selama 10 hari. Dan selama 10 hari ini, kita tak boleh makan APA-APA makanan walau sedikit pun, kecuali minum Lemonade water. Nampak ekstrim kan? Sebenarnya, ada sebab kenapa kita tak boleh makan sewaktu proses MC ni.

Resepi guna Maple Syrup
Pertama, kita perlukan 12 sudu besar perahan Lemon utk bekalan sehari. Kita juga perlukan 12 sudu besar Maple Syrup Grade B, kira2 setengah sudu kecil cayenne pepper powder, dan kira2 1.7 Liter pure water.

Kesemua bahan2 ini dimasukkan ke dalam botol besar yang berisi pure water tadi (boleh guna Distilled water, spring water, atau air mcm RO water - tapi jangan sesekali guna TAP WATER!). Lepas tu, goncangkan supaya ia sebati, dan selepas tu bolehlah air ini diminum sepanjang hari. Untuk yang nak kurangkan berat badan, bolehlah kurangkan Maple Syrup ke 6-8 sudu besar sehari.

Bagaimana menggunakan? Senang jer.. Lepas semua bahan2 dah ada, 3 hari (kalau boleh la) sebelum nak buat MC ni, try berpuasa, minum fresh Orang Juice jer setiap hari.. tak pun korang makan sikit je! VERY LIGHT MEAL okay!! Tujuannya, untuk menyediakan perut kita dgn MC ni.

Kemudian, esok nak start MC, malam tu minum Laxative Tea (lax tea). Lax tea ni maksudnya sebarang teh yg boleh menyebabkan perut kita meragam, supaya kita ke tandas utk membuang, agar dapat membersihkan apa yang ada dalam perut. 
ClenX Tea contoh lax tea yang ada senna
(boleh dapat dari farmasi)
Esok pagi, ambil 1 Liter air suam dan campur dengan 2 sudu kecil Sea Salt (organik dan bukan iodize). Goncangkan, dan minum air ni sampai habis (kalau boleh, sekali minum). Ini dipanggil Salt Water Flushing (SWF). Dalam masa beberapa minit atau setengah jam lepas tu, kita akan ke tandas untuk membuang / membersihkan apa yang ada dalam perut (ini dikira hari pertama MC). Klu tak berjaya membuang, tambahkan ukuran garam atau kurangkan (buat eksperimen sampai dapat membuang - tapi biasanya kalau ambil 1 sudu besar garam, memang dah boleh membuang, cuma kena pastikan garam yang diambil ialah jenis Organik dan BUKAN Iodize). Kalau tak boleh telan air garam nie, buleh minum lax tea jer..

Apabila terasa lapar, minum Lemonade Water yg kita dah sediakan. Sepanjang hari tu, buatlah apa2 light movement (kalau dapat buat senaman, lagi bagus). Kalau tak, banyakkan berjalan). Kalau kita ni jenis yang memang suka ambil makanan bergula (seperti suka minum kopi yg bergula), semasa proses detox, kita akan mengalami simtom sakit kepala. Ini menunjukkan yg badan kita sedang mengeluarkan gula berlebihan dari dalam darah (menyembuhkan sugar-addiction kita).

Mereka yg ada high-colestrol pun blh buat MC ni. Begitu juga yg ada penyakit2 lain macam diabetes. MC ni akan bersihkan sistem/organ2 dalaman tubuh seperti kolon, yang mana mengeluarkan bakteria/parasit dari badan, dan mengembalikan sistem imunisasi badan yang baik, juga membantu kita mengamalkan cara pemakanan yang sihat.

Kenapa kita tak boleh makan apa2 pun sepanjang tempoh MC? Ini adalah kerana, MC sedang membersihkan bakteria/parasit yg ada dlm badan. Jika ada makanan, bakteria akan terus hidup di dalam makanan yg kita makan tadi, jadi proses detoksifikasi akan menjadi sia-sia. Ala.. macam kita nak bilas kain guna air bersih la.. tapi, masa mencuci kita masukkan sabun. Macam mana kain nak bersih dari sabun?

Mungkin anda fikir, kalau tak makan apa2, dari mana nak dpt mineral/vitamin/sumber tenaga? Mineral/vitamin ada di dalam Lemonade water yg kita ambil. Maple Syrup tu sendiri (Grade B yer) penuh dengan mineral/vitamin (sila Google). Cayenne pepper tu pula lancarkan peredaran darah. Lemon pula mendetoksifikasi dan memecahkan lemak.

Jika anda tak dapat buat SWF, bolehlah gantikan dgn Lax tea, malam dan pagi. Kalau perut rasa cramp selepas minum lax tea, nanti bolehlah gunakan 2 mug air dgn 1 sachet lax tea klu nak minum lagi, sebab mungkin lax tea terlalu kuat bagi sesetengah orang. So, boleh tambahkan air.

Hari yg sukar, adalah hari 1-4. Kadang2 hari 6-7 pun sukar juga. Pada waktu inilah, kita terbayang bermacam2 makanan.. cium bau jer pun dah rasa lapar.. tapi semua ni normal. Selepas hari ke 10, jangan pula terus makan. Hari ke 11 dan 12, minum fresh orang juice (FOJ). Hari ke 13, pagi minum FOJ, tengahari ambil sup sayur2, dan malam boleh makan apa saja makanan yang berasaskan sayur-sayuran, atau buah-buahan SAHAJA.. No bread, milk, coffee, meat atau sebagainya.. promise? hee..

Pada hari ke 14, anda bolehlah pegi timbang berat badan, dan anda PASTI akan terkejut! Lebih gemuk seseorang tu, lebih banyak berat akan turun. Kalau berat tak turun, inci pinggang turun. Boleh pakai jeans yang tak ketat! Baju pun dah longgar! Perut pun semakin slim! Kawan2 akan tegur: "Eh, apasal awak dah kurus??"

Resepi guna air tebu
Untuk sesiapa yang nak gunakan air tebu pula (kalau guna air tebu, tak perlu lagi guna pure water sebab air tebu tu menggantikan pure water tadi), sukatan adalah sama seperti sukatan bagi mereka yg menggunakan MS, AN atau BSM.

Sukatan Bahan2:
  • Air tebu - 10 oz utk 1 gelas
  • Lemon - 2 sudu besar setiap 1 gelas
  • Cayenne pepper powder - 1/10 sudu teh atau secubit / ikut rasa untuk setiap 1 gelas (kalau banyk sangat, nanti minuman jadi pedas, tak best pula )
  • Laxative Tea - 1 cup/gelas (air jgn bnyk sgt, nanti xde efek pula)
  • Sea Salt - 2 sudu teh dicampur dgn 1 liter air (suam atau sejuk, tapi biasanya lebih baik la suam, senang sikit nak minum) - minuman ini dipanggil Salt Water Flush (SWF)

Macam mana nak buat? Malam sebelum melakukan MC (esok pagi) buat kali pertama, ambil 1 cup Lax Tea tadi sebelum tidur. Tujuannya utk membuatkan perut menjadi lawas supaya senang membuang pagi esok. Hari pertama, sebaik saja bangun dari tidur, minum SWF tadi dengan perut kosong. Kita akan ke tandas utk membuang selepas kira2 30 minit -1 jam kemudian. Sekiranya selepas ambil SWF, perut kita tidak meragam (ni tandanya perut anda kebal), sila tambahkan atau kurangkan sukatan Sea Salt. Ini anda sendiri kena buat eksperimen la sebab setiap org mengalami efek yg berbeza oleh SWF.
Sekiranya kekerapan ke tandas memberi satu masalah buat anda, atau tekak anda tak boleh terima SWF ni, bolehlah gantikan SWF ni dengan Lax tea. Bermakna, anda kena ambil Lax tea ni siang malam.

Setelah kira2 30 minit - 1 jam anda ambil SWF atau Lax tea, maka bolehlah anda ambil Lemonade atau air tebu tadi. Ingat, 1 gelas adalah bersamaan dengan 10 oz air tebu/Lemonade. Kesemuanya ada 60 oz, maka ada 6 gelas dalam sehari. Boleh juga kalau nak tambah sampai 8 gelas atau lebih.

p/s: SWF ni dilakukan tak kiralah jika anda guna air tebu ataupun MS, AN, BSM. Dan boleh gantikan ke Lax tea jika tak nak guna SWF (tak kira anda guna air tebu, AN, MS atau BSM).

PEMULIHAN
Pemulihan pulak bermaksud korang kena biasakan perut mengenal makanan pejal semula. Penerangan ada di atas, selepas detox perut, kita tak boleh makan terus makanan pejal, nanti terkejut. Perlu perkenalkan secara perlahan2. Okay tak? hee..

Kesimpulannya: Malam minum Lax tea, pagi minum Lax tea, sehari minum 6-8 gelas air tebu yang dah dimasukkan 2 sudu lemon juice dan secubit cayenne powder bagi setiap gelas, selama sepuluh hari. Boleh minum air kosong sebagai minuman tambahan hari2 tersebut. That's all.. baru boleh sambung Atkins Diet! hee.. Nanti Muna cerita pasal Induction phase okay? Sekian, salam.

Labels:



>>Older Post | Newer Posts<<