Senarai biasiswa di Malaysia

Wednesday 28 March 2012 | 1 comments



Assalamualaikum..
Hari ni Muna nak kongsi sikit maklumat untuk adik-adik yang sedang / akan melanjutkan pelajaran ke IPTA / IPTS sama ada di dalam negara mahupun luar negara. Tak kira la nak ambil sijil ke (matrikulasi / STAM / STPM), Diploma ke, Ijazah ke, Sarjana ke ataupun phD. (Cuba kira berapa banyak kali ke?.. hehe.. ) Benda nie sangat penting sebab ada yang malas nak cari, asyik nak harapkan PTPTN je (macam Muna la!). Pastu, bila PTPTN hantar surat ke rumah.. mula lah rasa payah. Kenapa? Sebab banyak sangat interest dia.. tambah merunsingkan, kerja tak dapat lagi. ( Status penganggur terhormat macam Muna! hee..) For those yang belajar luar negara pula, tak semestinya JPA / MARA saja yang ada. Rajin2 lah godek2 laman Google tu. hee.. Tapi, jangan risau. Muna dah tolong carikan sikit untuk korang. Muna cari ni untuk Muna bila nak sambung Bachelor nanti. Sharing is caring right?

  1. Biasiswa Tunku Abdul Rahman - www.yayasantar.org.my
  2. Felda Johore Bulker Sdn Bhd - www.feldaholdings.com
  3. Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA ) - www.jpa.gov.my
  4. Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah - www.sabah.gov.my/jpan
  5. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak - www.psc.sarawak.gov.my
  6. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia - www.mohe.gov.my
  7. Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah - www.biasiswa.sabah.gov.my
  8. Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan - www.maiamp.gov.my
  9. Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Perak - biasiswa.perak.gov.my
  10. Majlis Agama Islam Negeri Johor - www.maij.gov.my
  11. Pinjaman Kerajaan Negeri Pulau Pinang - epp.penang.gov.my
  12. Pinjaman Pelajaran kerajaan Negeri Selangor - www.selangor.gov.my
  13. Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka(TAPEN) - tapem.melaka.gov.my
  14. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia - www.frim.gov.my
  15. G.A.B Foundation - www.gabfoundation.org
  16. Gamuda Berhad - www.gamuda.com.my
  17. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia - www.jheoa.gov.my
  18. Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan - www.jkmwpkl.gov.my
  19. Yayasan KLK - www.klk.com.my
  20. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja - www.kwsp.gov.my
  21. Libyan Scholarship - www.shef.ac.uk/libya/scholarships.html
  22. Lembaga Zakat Selangor - www.e-zakat.com.my
  23. Bank Rakyat Malaysia Berhad - www.bankrakyat.com.my
  24. Yayasan Bursa Saham Kuala Lumpur - www.klse.com.my
  25. Majlis Amanah Rakyat - www.mara.gov.my
  26. Pusat Zakat Sabah - www.zakat.sabah.gov.my
  27. Yayasan Negeri Sembilan - www.yns.gov.my
  28. Nestle Manufacturing (Malaysia) Sdn. Bhd - www.nestle.com.my
  29. Skim Biasiswa National Science F - www.masduke.net/download/nsf.doc
  30. Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi Malaysia - www.mosti.gov.my
  31. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO ) - www.perkeso.gov.my
  32. Permodalan Nasional Berhad - www.pnb.com.my
  33. Sarawak Shell Berhad - www.shell.com.my
  34. Sapura Industrial Berhad - www.sapuraindustrial.com.my
  35. Terengganu Advanced Technical Institute - www.tatiuc.edu.my
  36. Yayasan Pendidikan Albukhary Sdn Bhd - bukhary.atspace.com
  37. Yayasan Felcra - esistem.felcra.com.my/yayasan/index.html
  38. Yayasan Pahang - www.yp.org.my
  39. Yayasan Sabah - www.ysnet.org.my
  40. Yayasan Selangor - www.yayasanselangor.org.my
  41. Yayasan Tenaga Nasional Berhad - yayasan.tnb.com.my
  42. Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN ) - www.yakin.kelantan.gov.my
  43. Yayasan Bank Rakyat - www.yayasanbankrakyat.com.my
  44. Embassy Of The Republic Of Yemen - www.yemenembassy.org
  45. Yayasan Terengganu - www.ytrg.terengganu.gov.my
  46. Yayasan Pelajaran Johor (YPJ ) - www.johordt.gov.my/ypj
  47. Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman - yayasansarawak.org.my/form/TAR.pdf
Ha.. amik kau! Banyak kan? Ini semua untuk kemudahan kita sebagai pelajar. Ada sesetengah nya menawarkan biasiswa mengikut bidang-bidang tertentu. For example, Yayasan Bursa Saham tu. Untuk bidang ekonomi ke,sains aktuari ke boleh la. Habis belajar terus kerja dengan diorang. Tak payah la sibuk tanda surat khabar cari kerja lepas habis belajar kan? hee..

Yang penting kita tak boleh putus asa dan terus berusaha. Dah usaha, kita sebagai orang Islam kena la tawakkal dan berdoa. Ingat, doa tu senjata orang-orang mukmin. Kalau tak dapat, mungkin ada yang lebih baik untuk kita dan ada rezeki yang lebih baik untuk kita. Insha Allah! :) Sekian saja dari Muna. Salam
Kawan2.. tolong vote saya boleh tak? klik sini -> http://goo.gl/q1YBZ. S.I.M.P.L.E.. boleh tak?


>>Older Post | Newer Posts<<