Atkins Diet - Seminggu dah!

Monday, 2 April 2012 | 3 comments


Assalammualaikum..
Alhamdulillah setelah genap seminggu Muna menjalani Atkins diet. Ada juga kantoi. (Matilah kalau Abg. Bici baca entri ni! Mesti gelak guling2 dia tU!..) Ada banyak sebab Muna kantoi. Antaranya:
  • Selalu skip makan -_-" (syarat PERTAMA dah langgar! Apedaa~)
  • Disebabkan tak banyak duit nak keluar pergi beli telur, terpaksa makan maggi. Inilah kehidupan pelajar yang tak indah harinya tanpa maggi! 22 carb lorh.. sama dengan 1/4 pinggan nasi! (MAKANAN YG DIHARAMKAN SEMASA INDUCTION)
  • HARI PERTAMA INDUCTION okay, kedua ketiga dan seterusnya? Haha.. toksah tanya!
Apa2 pun Muna gembira dengan teguran pertama dari Mr. S yang katanya Muna dah kurus. Siap cakap macam ni: "Suka la tu?" hahaha.. Malu nak cakap ya, tapi SUKA SANGAT2!!.. hahah :)

Kepada GENG DIET ATKINS Muna, korang apa cerita? Muna tak timbang lagi berat ni. Esok Muna timbang, Muna terus update kat facebook ok? hee.. Tak sabar -_-"

Oh ya! Buat yang masih ragu2 sama ada nak cuba Atkins ke tak tu.. korang boleh lah cuba interactive tools di SINI. Yang baru lagi tu boleh lah download PDF Carb Counter di SINI. Senang sikit kalau nak kira berapa carb kita dah consume sehari. hee.. Jaga2 carb tu jangan lebih 20 carb okay? Ada juga yang tak tahu nak plan masak apa kan? Boleh guna INI untuk plan meal korang.. cuma ganti dengan yang sepatutnya kalau tak ada okay? 

Tadi kira BMI di SINI. Betullah target Muna untuk turun ke 60kg. Maksima berat normal untuk Muna adalah 60kg dan minima 46kg. Haha.. tak terfikir pun akan sampai ke angka 4 tu. Angka 5 tu ada juga lah berangan sikit2.. hehe.. Oh ya! Cuba tengok gambar sebelah ni. Semakin banyak carb yang korang ambil, semakin obses obess la korang! So, sekali lagi diingatkan supaya berhati2 dengan carb yang korang ambil. Jangan jadi obes sudah!.. Kalau dah obes jangan pulak korang melalak tanya Muna kenapa okay? hee.. Sekian saja celoteh Muna untuk malam ni. Nak tidur. Ngantuk pula dengar suara comel Cleopatra Stratan ni menyanyi! Kalau tengok video klip lagi comel! Soo cutee.. ^^

Labels:



>>Older Post | Newer Posts<<