Contest: Blog paling comel! by dina and zati

Friday 27 January 2012 | 0 comments



Assalammualaikum..
Selamat pagi! Muna masih tak tidur lagi.. baru lepas tengok cerita Mr. Brain. Itu pun tak habis lagi. Blogging is one of my daily routine. Jadi, Muna mesti kena buka juga blog ni macam mana sekalipun (except takde line internet). hee.. Muna approve segala komen yang ada, follow semua follower, tengok stats dan check  chatbox. Bila tengok chatbox, Muna tengok Cik Bam tulis yang Muna ditag. Muna ditag untuk join contest ni. 


Kenapa ya? hee.. disebabkan Cik Bam merasakan yang blog Muna sangat comel, Cik Bam pun tag la Muna. Ye tak Cik Bam? Betul.. tak percaya ke? Blog INI pun tak secomel blog Muna tau! Tak percaya? Cuba korang klik link INI tu. Ok, pastu korang bandingkan kecomelan blog tu dengan blog Muna. Siapa lagi comel? Blog Celoteh Muna la lagi comel! hee.. Ada lagi bukti. Kali ni bukti ni korang tak boleh tolak. Kena terima juga walaupun korang tak nak. Yela, korang kan dengki blog Muna sangat comel!
Terima kasih Mak Usu sebab cakap blog Muna comel!
Malu Muna :) hee..
Ok, sekarang korang percaya tak yang blog Muna comel? Hah? Tak percaya? Aish.. korang nak bukti apa lagi?.. ok! ni last la..
Header blog ni pun comel :)
Sila jeles ok!
Cuba tekan SINI. Apa benda pertama yang korang nampak? Header kan? Ok, disebabkan kecomelan header blog ni la follower Muna telah bertambah dari 3 orang kepada 40 orang dalam masa 2 hari! hee.. Tak percaya header blog ni comel? Nak bukti?
See.. apa Qma tulis tu?
Tambahlah jeles korang tu kan?
Blog Muna sangat comel dan patut mesti menang contest ni kerana blog Muna sangat comel la di mata Muna :) Tengok owner la! Owner pun comel apa!~ hee.. Bukan saja comel, blog Muna juga sangat best dan kemas.. tak percaya jugak? Baca SINI. Puas hati?

Ok la, Muna nak sambung review blog orang. Muna publish entri esok pagi ya? Ok, selamat malam tidur! Salam.

Labels:



>>Older Post | Newer Posts<<