Tips Mengeratkan Persahabatan

Wednesday, 7 March 2012 | 0 comments



Assalammualaikum..

 
Dalam menjalinkan persahabatan dengan teman sebaya ataupun tidak, kita perlu tahu tatacara yang betul dan jga tips mengeratkan persahabatan agar persahabatan yang terjalin akan kekal erat sampai bila-bila. Pernah tak korang bergaduh dengan kawan2 korang? Sekejap je? Lama? Terus putus persahabatan? Berat nanang tu bak kata kawan Muna. Entri kali ni Muna nak kongsi 8 tips mengeratkan persahabatan sesama teman.

Bagaimana Tips Mengeratkan Persahabatan  ini?
  • Kesabaran

Belajarlah bersabar sekiranya sikap teman baik kamu itu ada kalanya menyinggung perasan, mungkin dengan sikap kesabaran yang kamu tonjolkan itu dapat memberi hidayah kepada teman kamu itu untuk berubah dan mula berfikir tentang hati dan perasaan.
-> Muna pernah gaduh kejap dengan sorang kawan yang Muna anggap macam kawan baik Muna. Dia tak pernah anggap Muna macam tu :( Masa gaduh tu, Muna buat muka tak tahu malu la tegur2 dia.. tidur kat bahu dia.. tapi dia diam je. Last2 ok juga :)
  • Berterus- Terang

Jangan sesekali kamu memendam perasaan sekiranya kamu tidak menyukai sikap teman-teman di sekeliling kamu. Cuba berbincang dan berterus-terang agar masalah tersebut dapat diselesaikan bersama-sama.
-> Muna selalu buat yang ni. Tapi Muna belajar something! Terlalu berterus terang juga mendatangkan masalah! Hurm.. how to do huh?
  • Ikhlas

Anda hendaklah sentiasa bersikap ikhlas terhadap teman anda. Jangan memandang rendah pada darjat dan juga rupa paras teman anda sekiranya mereka berasal dari keluarga yang susah. Iklaslah dalam berkawan dan pastinya persahabatan yang terjalin akan kekal selamanya.
-> Tak pernah berkawan dengan orang kerana ada sebab2 lain. Kalau dia sudi kawan dengan Muna, Muna terima dia seadanya :)
  • Saling Memahami

Saling memahami masalah satu sama lain. Jangan pentingkan diri sendiri kerana masalah tidak akan selesai sekiranya persefahaman antara kedua-dua pihak tidak tercapai.
-> Kadang2 kita cuba untuk faham masalah dia, tapi dia tak memahami kita.. macam mana ek? Sampai dia menipu kawan sendiri! Perlu ke macam tu?! Adoyai~
  • Saling memaafkan

Jika teman anda ada melakukan kesalahan yang mengguris perasaan anda, cuma memaafkan teman anda kerana kemaafan adalah jalan terbaik bagi menghilangkan perasaan marah dan dendam. Elakkan diri anda daripada mempnyai sifat dendam terhadap teman anda sendiri.
-> Haa.. sampai point ni! Ok, Muna maafkan semuanya :) Muna sayang semua kawan2 Muna.

  • Jaga Tutur Kata

Jangan terlalu celupar dalam berbicara dengan teman-teman anda. Sifat lepas kata beginilah yang akan mengundang perselisihan faham antara satu sama lain.
-> Yeah! I admit it.. because I'm one of that person! buahahaha..
  • Nasihat Menasihati

Teguran hendaklah secara baik dan bukannya melulu. Tegur teman anda dengan lembut dan pastikan anda dapat mengawal emosi anda semasa menegurnya.
-> Muna suka orang tegur Muna, tapi cara penerimaan Muna tu ada lain macam sikit. So, sesiapa yang tak kenal Muna pasti tersinggung! Erm.. maaf ya?
  • Saling Berhubung

Jauh di mata, dekat di hati. Slogan tersebut betul-betul sesuai untuk tips ini. Walau di mana pun anda berada pastikan anda tidak terputus hubungan dengan teman anda. Walaupun anda terpisah disebabkan jarak dan masa, anda masih boleh mengeratkan persahabatan dengan bertanya khabar teman anda. Cukup memadai sekali sebulan anda bertanyakan khabar teman anda.
-> Ok, untuk point ni Muna tuju khas pada geng Y.O.U.T.U.B.E yang Muna sayangi :) love all of you!

Sekian saja dari Muna. Salam.

p/s : jangan la anda lupakan persahabatan anda dengan teman anda lebih-lebih lagi merekalah yang akan membantu anda di waktu senang dan susah. Jangan tersalah pilih kawan dan diharap tips mengeratkan persahabatan ini dapat membantu.

Labels:



Di mana cantiknya seorang wanita?

Tuesday, 14 February 2012 | 2 comments


Di mana cantiknya seorang wanita?
Mungkin pada matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang-kala malu-malu memberikan kerlingan manja.
Boleh jadi pada bibirnya yang tidak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.
Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta amalh berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. KItalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana menjadikan kita perempuan dan memberi keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Anda ingin lebih cantik dan menarik?
  1. Jadikan "Ghadhdul Bashar" (menundukkan pandangan) sebagai hiasan mata anda. Nescaya anda akan semakin bening dan bersih.
  2. Oleskan "lipstick kejujuran" pada bibir anda. Nescaya anda akan semakin manis.
  3. Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang diperbuat daripada rasa malu dan dibuat oleh salon Iman.
  4. Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
  5. Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.
  6. Hiasilah kedua-dua tangan anda dengan "gelang Tawaduk" dan jari-jari anda dengan "cincin Ukhuwwah".
*dipetik dari Diari Muslimah 2012 keluaran Bumi Restu Creative Sdn. Bhd.

Labels:



5 perkara yang perlu dilakukan ketika bangun tidur

Saturday, 4 February 2012 | 0 comments



Assalammualaikum..
Selamat pagi semua. Ketika bangun tidur apa yang anda sering lakukan? Adakah terus mencapai tuala dan terus ke bilik air? Ataupun duduk dahulu sambil termenung memikirkan apa yang dimimpikan ketika tidur.

Muna yakin dan pasti, bila bangun tidur je mesti ada perkara rutin yang sering dilakukan ketika bangun tidur. Tak kira lah budak2 mahupun dewasa.. tak ketinggalan yang dah berusia :) Hari ini Muna nak kongsikan satu artikel yang Muna baca dari satu blog ni.

Beberapa amalan yang baik untuk diamalkan ketika bangun tidur.

Sumber: Mohd Isa

Begitulah amalan yang perlu dilakukan ketika bangun tidur, insyaAllah hidup kita akan lebih diberkati oleh-Nya.

Labels:



Bercinta Sampai ke Syurga

Sunday, 29 January 2012 | 2 comments


Assalamualaikum..  
Bacalah pesananan ini :-

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.

2. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja. Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.

Labels: ,



Tips Hari Ini

Saturday, 28 January 2012 | 0 comments


*Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan. 
*Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
*Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
*Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
*Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan,
Read more »

Labels:



Tips2 untuk kulit muka

Tuesday, 17 January 2012 | 0 comments


Assalammualaikum..
Malam ni Muna nak share tips. Muna ni kan suka simpan artikel. Muna nak share la.. daripada blog Muna kosong je takde entry kan? :) Baca lah.. Muna tak ingat dari mana Muna ambil..

Tips-1: Bersihkan kulit dengan lembut
Angin semilir menerpa wajah, membuat kita merasa nyaman, tapi menyebabkan debu dan kotoran menyumpat pori-pori kulit kita, menambah tebal tumpukan sel-sel kulit mati serta kotoran di kulit kita. Oleh sebab itu perawatan kulit yang paling utama adalah bersihkan kulit .

Read more »

Labels:



>>Older Post |