5 perkara yang perlu dilakukan ketika bangun tidur
Saturday, 4 February 2012 | 0 comments
Assalammualaikum.. Selamat pagi semua. Ketika bangun tidur apa yang anda sering lakukan? Adakah terus mencapai tuala dan terus ke bilik air? Ataupun duduk dahulu sambil termenung memikirkan apa yang dimimpikan ketika tidur.
Muna yakin dan pasti, bila bangun tidur je mesti ada perkara rutin yang sering dilakukan ketika bangun tidur. Tak kira lah budak2 mahupun dewasa.. tak ketinggalan yang dah berusia :) Hari ini Muna nak kongsikan satu artikel yang Muna baca dari satu blog ni.
Beberapa amalan yang baik untuk diamalkan ketika bangun tidur.- Usap wajah yang terkesan bekas tidur dengan telapak tangan. Menurut Imam Nawawi dan al-Hafiz Ibnu Hajar, perbuatan ini dianjurkan berdasar hadis riwayat Muslim: “Rasulullah s.a.w. bangun tidur kemudian duduk sambil mengusap bekas tidur dari wajah dengan tangannya.”
- Berdoa ketika bangun tidur: “Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah Dia menidurkan kami, dan kepada-Nya kami dibangkitkan.” (Riwayat al-Bukhari) -> Muna selalu buat ok!
- Bersiwak. “Apabila Rasulullah s.a.w. bangun malam, Baginda membersihkan mulutnya dengan bersiwak.” (Muttafaq ‘alaih) -> Of course!
- Mengeluarkan atau menyemburkan air dari hidung setelah menyedutnya (tidak terlalu dalam). Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang di antara kamu bangun daripada tidur, maka berbuatlah demikian tiga kali, kerana sesungguhnya syaitan bermalam di hujung (rongga) hidungnya.” (Muttafaq ‘alaih) -> Insya Allah akan dibiasakan & diamalkan.
- Mencuci tangan tiga kali. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Apabila sala seorang daripada kamu bangun tidur, janganlah memasukkan tangan (keseluruhan) ke dalam bekas air sebelum mencucinya tiga kali.” (Muttafaq ‘alaih)
Sumber: Mohd Isa
Begitulah amalan yang perlu dilakukan ketika bangun tidur, insyaAllah hidup kita akan lebih diberkati oleh-Nya.Labels: TIPS
>>Older Post | Newer Posts<<
Assalammualaikum..
Selamat pagi semua. Ketika bangun tidur apa yang anda sering lakukan? Adakah terus mencapai tuala dan terus ke bilik air? Ataupun duduk dahulu sambil termenung memikirkan apa yang dimimpikan ketika tidur.
Muna yakin dan pasti, bila bangun tidur je mesti ada perkara rutin yang sering dilakukan ketika bangun tidur. Tak kira lah budak2 mahupun dewasa.. tak ketinggalan yang dah berusia :) Hari ini Muna nak kongsikan satu artikel yang Muna baca dari satu blog ni.
Beberapa amalan yang baik untuk diamalkan ketika bangun tidur.
- Usap wajah yang terkesan bekas tidur dengan telapak tangan. Menurut Imam Nawawi dan al-Hafiz Ibnu Hajar, perbuatan ini dianjurkan berdasar hadis riwayat Muslim: “Rasulullah s.a.w. bangun tidur kemudian duduk sambil mengusap bekas tidur dari wajah dengan tangannya.”
- Berdoa ketika bangun tidur: “Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah Dia menidurkan kami, dan kepada-Nya kami dibangkitkan.” (Riwayat al-Bukhari) -> Muna selalu buat ok!
- Bersiwak. “Apabila Rasulullah s.a.w. bangun malam, Baginda membersihkan mulutnya dengan bersiwak.” (Muttafaq ‘alaih) -> Of course!
- Mengeluarkan atau menyemburkan air dari hidung setelah menyedutnya (tidak terlalu dalam). Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang di antara kamu bangun daripada tidur, maka berbuatlah demikian tiga kali, kerana sesungguhnya syaitan bermalam di hujung (rongga) hidungnya.” (Muttafaq ‘alaih) -> Insya Allah akan dibiasakan & diamalkan.
- Mencuci tangan tiga kali. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Apabila sala seorang daripada kamu bangun tidur, janganlah memasukkan tangan (keseluruhan) ke dalam bekas air sebelum mencucinya tiga kali.” (Muttafaq ‘alaih)
Sumber: Mohd Isa
Begitulah amalan yang perlu dilakukan ketika bangun tidur, insyaAllah hidup kita akan lebih diberkati oleh-Nya.
Labels: TIPS