Tips Mengeratkan Persahabatan

Wednesday, 7 March 2012 | 0 comments



Assalammualaikum..

 
Dalam menjalinkan persahabatan dengan teman sebaya ataupun tidak, kita perlu tahu tatacara yang betul dan jga tips mengeratkan persahabatan agar persahabatan yang terjalin akan kekal erat sampai bila-bila. Pernah tak korang bergaduh dengan kawan2 korang? Sekejap je? Lama? Terus putus persahabatan? Berat nanang tu bak kata kawan Muna. Entri kali ni Muna nak kongsi 8 tips mengeratkan persahabatan sesama teman.

Bagaimana Tips Mengeratkan Persahabatan  ini?
  • Kesabaran

Belajarlah bersabar sekiranya sikap teman baik kamu itu ada kalanya menyinggung perasan, mungkin dengan sikap kesabaran yang kamu tonjolkan itu dapat memberi hidayah kepada teman kamu itu untuk berubah dan mula berfikir tentang hati dan perasaan.
-> Muna pernah gaduh kejap dengan sorang kawan yang Muna anggap macam kawan baik Muna. Dia tak pernah anggap Muna macam tu :( Masa gaduh tu, Muna buat muka tak tahu malu la tegur2 dia.. tidur kat bahu dia.. tapi dia diam je. Last2 ok juga :)
  • Berterus- Terang

Jangan sesekali kamu memendam perasaan sekiranya kamu tidak menyukai sikap teman-teman di sekeliling kamu. Cuba berbincang dan berterus-terang agar masalah tersebut dapat diselesaikan bersama-sama.
-> Muna selalu buat yang ni. Tapi Muna belajar something! Terlalu berterus terang juga mendatangkan masalah! Hurm.. how to do huh?
  • Ikhlas

Anda hendaklah sentiasa bersikap ikhlas terhadap teman anda. Jangan memandang rendah pada darjat dan juga rupa paras teman anda sekiranya mereka berasal dari keluarga yang susah. Iklaslah dalam berkawan dan pastinya persahabatan yang terjalin akan kekal selamanya.
-> Tak pernah berkawan dengan orang kerana ada sebab2 lain. Kalau dia sudi kawan dengan Muna, Muna terima dia seadanya :)
  • Saling Memahami

Saling memahami masalah satu sama lain. Jangan pentingkan diri sendiri kerana masalah tidak akan selesai sekiranya persefahaman antara kedua-dua pihak tidak tercapai.
-> Kadang2 kita cuba untuk faham masalah dia, tapi dia tak memahami kita.. macam mana ek? Sampai dia menipu kawan sendiri! Perlu ke macam tu?! Adoyai~
  • Saling memaafkan

Jika teman anda ada melakukan kesalahan yang mengguris perasaan anda, cuma memaafkan teman anda kerana kemaafan adalah jalan terbaik bagi menghilangkan perasaan marah dan dendam. Elakkan diri anda daripada mempnyai sifat dendam terhadap teman anda sendiri.
-> Haa.. sampai point ni! Ok, Muna maafkan semuanya :) Muna sayang semua kawan2 Muna.

  • Jaga Tutur Kata

Jangan terlalu celupar dalam berbicara dengan teman-teman anda. Sifat lepas kata beginilah yang akan mengundang perselisihan faham antara satu sama lain.
-> Yeah! I admit it.. because I'm one of that person! buahahaha..
  • Nasihat Menasihati

Teguran hendaklah secara baik dan bukannya melulu. Tegur teman anda dengan lembut dan pastikan anda dapat mengawal emosi anda semasa menegurnya.
-> Muna suka orang tegur Muna, tapi cara penerimaan Muna tu ada lain macam sikit. So, sesiapa yang tak kenal Muna pasti tersinggung! Erm.. maaf ya?
  • Saling Berhubung

Jauh di mata, dekat di hati. Slogan tersebut betul-betul sesuai untuk tips ini. Walau di mana pun anda berada pastikan anda tidak terputus hubungan dengan teman anda. Walaupun anda terpisah disebabkan jarak dan masa, anda masih boleh mengeratkan persahabatan dengan bertanya khabar teman anda. Cukup memadai sekali sebulan anda bertanyakan khabar teman anda.
-> Ok, untuk point ni Muna tuju khas pada geng Y.O.U.T.U.B.E yang Muna sayangi :) love all of you!

Sekian saja dari Muna. Salam.

p/s : jangan la anda lupakan persahabatan anda dengan teman anda lebih-lebih lagi merekalah yang akan membantu anda di waktu senang dan susah. Jangan tersalah pilih kawan dan diharap tips mengeratkan persahabatan ini dapat membantu.

Labels:



>>Older Post | Newer Posts<<