10 PENYAKIT YANG PALING POPULAR MENYERANG KAUM LELAKI
Sunday, 24 March 2013 | 0 comments
Sakit jantung
- Info : Digambarkan sebagai rasa sakit yang
amat sangat di bahagian dada secara berterusan sehingga setengah jam, menjalar
ke arah tangan kiri dan rahang. Pesakit akan mengalami kesukaran bernafas dan
perasaan takut yang keterlaluan. Apabila saluran darah pada otot jantung tersumbat, risiko kematian boleh berlaku.
- Penyebab : Asap rokok, tekanan
perasaan, kandungan lemak yang tinggi, kurang bersenam,darah tinggi & kencing
manis
Penyakit sekatan pernafasan kronik (COPD)
- Info: COPD adalah gangguan pernafasan kronik
yang secara beransur-ansur menjejaskan fungsi paru-paru dan menghadkan aliran
udara.
- Penyebab: Merokok
Kencing manis
- Info : Juga dikenali sebagai diabetes
mellitus. ia disebabkan ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin (suatu
hormon yang dihasilkan oleh pankreas). Insulin berfungsi untuk meningkatkan
penyimpanan karbohidrat, lemak dan protein. la bertanggungjawab untuk proses glikogenesis, iaitu penukaran glukosa kepada
glikogen dalam hati dan otot.
- Penyebab : Genetik, obesiti, kerap mengambil
makanan atau minuman yang mempunyai kadar gula yang tinggi dan yang mempunyai
radang pada pancreas
Strok
- Info : merupakan sejenis penyakit otak yang
sering berlaku secara tiba-tiba. biasanya disebabkan oleh saluran darah yang
tersumbat atau pecah
- Penyebab : faktor usia terutamanya melebihi 55
tahun, jantina (lelaki lebih cenderung mendapat strok),diabetes,genetik,darah
tinggi,penyakit jantung,kiraan sel darah merah yang tinggi dan merokok
Kanser pankreas
- Info : Pankreas adalah kelenjar yang
menghasilkan insulin, hormon dan jus-jus penghadam makanan. Kanser pankreas
bermula dari lapisan duktus kemudian merebak ke limpa, hati, paru-paru dan
peritoneum
- Penyebab : Faktor pemakanan seperti
pengambilan gula dan kopi yang sering dan banyak, diabetes dan merokok
Kanser prostat
- Info : Merupakan ketumbuhan sel-sel tidak
normal yang berlaku di dalam kelenjar prostat (kelenjar yang mengelilingi
uretra dan terletak di bawah pundi kencing lelaki).
- Penyebab : Kebanyakannya disebabkan oleh
hormon lelaki iaitu testosteron
Tekanan darah tinggi
- Info : Juga dikenali sebagai hipertensi yang
merupakan tekanan yang dihasilkan oleh darah ke atas dinding arteri semasa
jantung mengepam darah
- Penyebab : Pengambilan makanan yang
tinggi,lemak dan garam, merokok, minuman beralkohol kurang bersenam dan tekanan
perasaan
Batu karang
- Info : Air kencing mengandungi garam galian
yang telah hancur jika garam ini terialu pekat,garam berlebihan bertulkar
menjadi keras dan dinamakan batu karang atau gallstone.
- Penyebab : Kurang minum air, suka menahan dari
membuang air kecil, genetik, faktor umur,kesan sampingan ubat, kurang bersenam,
dan tabiat pemakanan yang kurang sihat
Obesiti
- Info : Dsebagai jumlah berat badan
yang berlebihan akibat kandungan lemak.
- Penyebab : Genetik, kurang bersenam, tidak
mengamalkan pemakanan yang sihat,pengambilan makanan yang berlebihan,
penyakit-penyakit metabolisme endokrin dan sindrom metabolic
Gout
- Info : Gout disebabkan oleh peningkatan paras
darah beku di dalam arteri, kimia yang dikenali sebagai asid urik di dalam
darah yang boleh membentuk hablur atau kristal.
- Penyebab : Pengambilan makanan yang
mengandungi banyak nukleus (daging, ginjal,limpa, jantung), kekacang dan
makanan laut (kerang, udang, sotong dan sebagainya), mengalami penyakit kulit
yang sentiasa meriggelupas dan kering, menghidap penyakit darah yang berlebihan
>>Older Post | Newer Posts<<
Shout here!
TAGBOARD PLEASE!
Admin
STORY ABOUT YOU! AT HERE...