Ajis oh Ajis!

Saturday 20 October 2012 | 0 comments


Mr. Gold Digger (Part II)

Salam.
Atas permintaan ramai, dan atas sebab I takut u olls akan terpedaya dengan Mr. Gold Digger a.k.a Ajis Lobey (Rujuk ENTRI INI) saya diberi kepercayaan sepenuhnya untuk membuat entri tambahan di mana pada entri kali ini saya akan memperkenalkan Ajis Lobey kepada anda. 


Tadaa!! Inilah dia Mr. Gold Digger tu. Hensem tak?.. (Puih!!! Huduh!!) Seriously, nak muntah aku tengok muka dia ni lama2. Kalau depan aku ni, mau aku sepak terajang dia ni. (Uppss.. sorry! Terguna AKU)
 
Kepada siapa2 yang berminat, boleh PM facebook Muna, nanti Muna bagi no fon dia. Yela, mana lah tahu kut2 ada antara korang yang dah penat menabur duit di jalanan, lantas nak mencuba hobi baru, membuang duit kat si Ajis ni. Silakan berkenalan.
Pembakar semangat 'SI DIA'
Kau letak kat meja belajar ko lagi ke??..
Kalau aku, aku buang.. silap2 tong sampah jatuh tiba2 sebab tak nak dia ada dalam tu! :p
Kalau korang kawan dengan dia, dia akan bahasakan diri Wan. Wan, in case lah ko tersesat masuk ke Blog Celoteh Muna ni, dan baca entri ni, aku harap satu je. Aku harap kau ubah perangai kau. Cukup-cukuplah kau mainkan hati dan perasaan insan yang lemah bergelar perempuan. Mungkin satu hari nanti bila kau dah jumpa cinta sejati, dia akan buat kau macam ni. Waktu tu janganlah kau nak menyesal sambil guling2 sebab kau rasa bersalah buat macam ni kat RAMAI perempuan!.. Ingat! Allah tu Maha Kuasa dan doa orang yang teraniaya tu makbul. Jangan sampai ada yang doa bukan2 kat kau. Okay, peace! Aku minta maaf dari hujung kon tudung ke hujung kasut. 

Oh ya!.. Buat yang berminat nak tahu rasa dikikis duit, boleh lah add AJIS LOBEY di Facebook nye pung~~.. tapi MAKE SURE duit korang dalam bank tu mencecah ribuan ringgit sebab dalam masa sebulan, korang akan berhabis ratusan ringgit untuk UBAT-UBATAN dia, DUIT MINYAK MOTOR dia, DUIT MAKAN MINUM dia dan lain-lain lagi. Yelah, korang kan sumber pendapatan dia. Agaknya kan, dalam resume kerja dia, pengalaman bekerja mesti dia tulis majikan dia NAMA KORANG, jawatan CASHIER/BENDAHARI/KEWANGAN (Dia terima duit je kan?), tempoh bekerja SELAMA MANA DIA KIKIS DUIT KORANG! Haha.. Joke! sorry!

Melalut sudah!.. Nak tidur dah, nanti bila2 Muna update entri lagi. Sekian, adios! Salam.


Mr. Gold Digger

Friday 19 October 2012 | 0 comments


Lelaki oh lelaki!

Salam. Hari ni nak celoteh sikit pasal seorang insan bernama LELAKI :)

As a human being, tambah-tambah lagi korang ni PEREMPUAN, WANITA, dan seerti dengannya.. for sure korang akan rasa sangat excited bila mana korang bertemu dengan seorang LELAKI yang memiliki sifat yang baik. Mungkin juga korang mengharapkan lelaki tersebut akan mengakhiri perhubungan itu dengan sebuah ikatan. Kan kan kan?

Tapi ikatan perhubungan bukan main point entri hari ini. Hari ni Muna nak cerita pasal seorang lelaki yang bernama AJIS LOBEY yang sudah melobey lobey!!!.. Hahahaha.. Mesti korang tertanya-tanya siapakah dia tu sampai dijadikan tajuk entri kali ini?? hee.. Kalau tengok dari segi penampilannya, oh mak aiii... Bukan main bergaya, kemas, segak, dan ada kalanya mengaku yang dia mempunyai karier yang bagus dan stabil. Cakap pung pang pung pang.. apa pun tak boleh!! Tapi sayang, semakin lama kehidupannya, lelaki ini hanya bergantung hidup berbekalkan sumber kewangan wanita yang menjadi pasangannya. Lelaki yang termasuk dalam kategori ini dikenali sebagai GOLD DIGGER atau PISAU CUKUR. (Apa kau ingat perempuan je pisau cukur! Ciss!!)

Bukan mudah untuk mengenal pasti lelaki yang dianggap sebagai pengikis duit wanita. Lebih-lebih lagi, ketika di awal perkenalan. Kebanyakan lelaki sering tampil dengan keadaan yang sempurna di awal perkenalan dan mereka seolah-olah sudah memahami akan perasaan anda. Sehinggakan diri anda sendiri terbuai dengan kesempurnaan yang ditonjolkan itu. Serius ni yang terjadi. Setelah jatuh cinta antara satu sama lain, maka secara perlahan-lahan lelaki tersebut akan mula mengatur strateginya untuk mengambil kesempatan dan mengikis duit anda.  Ini yang terjadi pada kawan Muna. (Cerita benar ok!)

Di sini ada lima tanda-tanda lelaki yang anda dampingi itu seorang pengikis duit wanita.

BISNESS atau KARIER tanpa bukti

Si dia mengakui memiliki perniagaan sendiri, namun tidak bersedia untuk memberitahu anda lokasi perniagannya atau pejabatnya dan ini merupakan salah satu tandanya yang amat jelas sekali. Ditambah lagi, karekter pasangan anda itu langsung tidak tampak seperti seorang ahli perniagaan atau individu berjawatan tinggi.

Dalam masa yang sama, dia tidak pernah langsung kelihatan sibuk dengan pekerjaannya. Sebaliknya, lelaki ini lebih banyak menghabiskan masa terluang dengan melepak atau berhibur bersama kawan-kawannya.

Memanfaatkan KELEMAHAN perempuan

Lelaki dalam kategori ini hanya fokus atau berminat pada kekayaan yang dimiliki perempuan. Mereka tidak pernah memikirkan soal kecantikan yang dimiliki wanita itu, mahupun umur wanita.

Kecenderungannya, lelaki pengikis duit wanita ini hanya mencari pasangan yang kurang keyakinan diri namun memiliki banyak harta. Oleh itu, lelaki tersebut akan cuba mengambil kesempatan di atas kelemahan wanita yang sering kurang keyakinan diri untuk menjalin hubungan cinta tanpa menyimpan sebarang syak wasangka buruk pada pasangannya.

BOROS belanja

Cuba ajak lelaki yang anda curigai sebagai kaki pengikis pergi membeli-belah. Bagitahu padanya, anda baru sahaja mendapat bonus dan bermaksud untuk membelanjakannya. Biasanya, lelaki materialistik ini akan tampak lebih bersemangat untuk mencuba berbagai jenis barangan berjenama, terutama yang menjadi kegemarannya.

Antara dialog yang korang akan dengar:
BF: Okay tak ni sayang?
GF: Okay, hensem pakwe saya pakai ni.
BF: Alamak! Macam mana ni sayang, dompet tertinggal la (Sambil buat muka serba salah)
GF: Hah? Takpe lah, abang ambil lah. Saya belanja.
BF: Eh, tak payah la sayang.
GF: Eh abang ni. Ambil lah. Takpe, saya belanja.
BF: Okay, lainkali abang belanja sayang pulak ya? (Masuk jerat dah koranG!)

EGOIS dan PEMALAS

Lelaki kaki pengikis ini tidak pernah atau jarang memikirkan perasaan pasangannya. Dia tidak boleh menjadi teman untuk anda berkongsi masalah walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Kerana dalam fikirinnya yang ada hanyalah cara untuk dia memujuk anda mengeluarkan wang demi keperluannya.

KEDEKUT

Cubalah sesekali anda meminta bantuan kewangan dari lelaki dalam kategori ini. Atau anda berpura-pura kekurangan wang untuk membeli satu barangan penting dan minta dia membayarnya terlebih dahulu. Pasti lelaki kaki pengikis ini akan memberi pelbagai alasan agar dia tidak perlu mengeluarkan wangnya untuk anda walau apa jua alasan pun.

That's all. Mengimpikan lelaki ideal yang begitu mencintaimu adalah lumrah, tetapi janganlah hanya kamu sahaja yang lebih-lebih sedangkan si dia biasa-biasa sahaja kerana jika kamu mengabaikan kenyataan dari perilakunya yang cukup menyakitkan itu, ini bermakna kamu akan berisiko untuk disingkirkan dan terus disakiti pada bila-bila masa sahaja.


* Andai kata 'KO' terbaca entri ni, sorry sangat-sangat kawan. Cerita ni biarlah dijadikan pengajaran supaya tidak tertipu dah :) Masa bercinta, tengah mabuk cinta kan.. Orang cakap apa pun tak dipedulinya! Walaupun si kekasih berlaku tidak jujur. Sebenarnya kita tahu, ko ada naluri nak tahu perkara sebenar, tapi ko tak pernah mendengar kata hati ko kan kan kan?. (Pandai-pandai aku je!)


The Reason

Thursday 18 October 2012 | 1 comments


Salam. Hai Blog Celoteh Muna :) Sorry dah lama tak update entry. Sangat ZERO IDEA! Haha.. Nak bagi alasan busy, sangatlah tak relevan sebab semester ni ambil 12 kredit je! Sangatlah bersenang-lenang kat bilik tu. Hehe,, sampai ambil part time.. private tutor! Hari ni nak update lirik lagu je. One of my favourite lyric's song :) Jom, hayati liriknya.
 

The Reason - Hoobastank

I'm not a perfect person
There's many things I wish I didn't do
But I continue learning
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know

I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
and the reason is you

I'm sorry that I hurt you
It's something I must live with everyday
And all the pain I put you through
I wish that I could take it all away
And be the one who catches all your tears
Thats why i need you to hear

I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
and the reason is you

and the reason is you [x3]


I'm not a perfect person
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know

I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
and the reason is you

I've found a reason to show
A side of me you didn't know
A reason for all that I do
And the reason is you


* Nota kaki: Thanks to YOU!



Bodymate Juice

Wednesday 3 October 2012 | 1 comments


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Fuhh.. lama nya tak menulis kat blog; rindunya! So, what's your 'celoteh' today Muna??

BODYMATE COLLAGEN JUICE 

Apa itu BODYMATE COLLAGEN JUICE? Ia merupakan satu minuman tambahan (supplement) yang terbaik buat mereka yang sibuk. Hah, yang tak sibuk pun boleh juga minum. Kenapa? Sebab jus ni diformulasi dari rumpai laut organik yang sememangnya terbukti mempunyai terlalu banyak kebaikan yang boleh kita dapat untuk badan kita. Setiap botol jus mempunyai kandungan serat yang tinggi yang terhasil dari bahan asas jus ini sendiri iaitu rumpai laut.


Rumpai Laut di dalam Bodymate Collagen Juice

Kenapa rumpai laut dipilih sebagai bahan asas Bodymate Collagen Juice? Rumpai laut terdapat dalam pelbagai bentuk dan warna, setiap satu mempunyai kelebihan masing-masing. Rumpai laut yang telah dipilih adalah jenis EUCHEUMA CONTTONII


Kenapa Eucheuma cottonii?

Ia merupakan spesis rumpai laut, samada warna Hijau atau Emas, dari perairan Semporna, Sabah, Malaysia, diiktiraf oleh pakar pemakanan sebagai MAKANAN TERBAIK DAN SEIMBANG UNTUK TUBUH BADAN MANUSIA! Kenapa?.. sebab ia mengandungi banyak vitamin dan mineral seperti serat tinggi, kalsium, magnesium, potasium, Vitamin B6, B12, C, A, iodin, omega 3 dan anti oksidan. Selain itu, banyak lagi fungsi2 dan kelebihan2 yang lain. Antaranya:
  • Mencantikkan, melembab dan menganjalkan kulit dan juga kulit nampak berseri
  • Kulit lebih cerah bermaya.
  • Menghilangkan kedut (anti-kedut)
  • Membantu menstabilkan hormon.
  • Antibakteria
  • Membuang toksik.
  • Mengawal / Melambat proses Menopause
  • Baik untuk sesiapa yang alah pada makanan laut (Alergic) dan gatal gatal kulit.
  • Mempercepat proses penyebuhan luka luaran dan dalaman seperti pembedahan dan sebagainya.
  • Membantu merawat resedung.
  • Membantu mengurangi berat badan dan membantu mengurangkan kolestrol
  • Mengatasi masalah sembelit dan Buasir (Disarankan minum sebelum tidur)
  • Membantu mengawal tekanan darah tinggi dan tekanan darah rendah.
  • Membantu merawat masalah kencing manis.
  • Merawat masalah tyroid
  • Membantu meningkatkan metabolisma.
  • Merawat gastrik, sakit perut, dan luka dalam perut, cirit birit, asid yang berlebihan
  • Merawat masah penghadaman.
  • Membantu merawat sakit otot, sakit tulang sendi.
  • Merawat masalah lebihan lendir dalam tisu badan (edema ) yang menyebabkan kesakitan sendi seperti sakit lutut.
  • Membantu merawat gout.
  • Berkesan untuk sesiapa yang mengalami masalah ketumbuhan (tumor)
  • Membantu merawat masalah keletihan (Enemia), pucat dan menambah tenaga.
  • Mengembalikan keanjalan tisu dan otot, menguatkan tulang dan otot serta membantu merawat masalah berkaitan sendi dan otot

Kesan tindakbalas pemulihan (Healing Crisis)

Kesan tindakbalas pemulihan berkemungkinan akan dialami oleh pengguna seperti:
  • Mengantuk
  • Sedikit keletihan
  • Sakit kepala
  • Sedikit rasa sakit-sakit di tempat tertentu (selalunya di organ yang pernah bermasalah dan sedang mengalami masalah. 
Keadaan ini berlaku kerana badan bertindakbalas dalam proses detox (badan membuang toksid). Bagi yang masalah resdung, pengguna kemungkinan akan berasa gatal mata, hidung berair dan berhingus, ini terjadi kerana kesan tindakbalas positif dan ia hanya bersifat sementara. Ia bukanlah kesan sampingan. Pengguna juga kemungkinan akan kerap membuang air kecil untuk minggu pertama. Bagi yang mempunyai asthma, alah pada makanan sejuk tidak digalakkan mengambil setiap hari atau boleh diambil 3-4 hari sekali.


Collagen di dalam Bodymate Collagen Juice

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protein di dalam badan. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini. Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi, dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti buah pinggang,jantung serta sistem limfatik. (Serius boring baca part ni!.. Main plagiat jek kau Muna!! Hamboi2..)

Terdapat 29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III, IV dan V.
  • Kolagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi
  • Kolagen II tulang rawan (komponen utama tulang rawan), mata
  • Kolagen III reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati, jantung, tulang sumsum, arteri, kulit, usus, rahim
  • Kolagen IV membentuk asas kepada sel membran dasar (serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.
  • Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.

Fungsi collagen

  1. memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  2. memelihara kelembapan kulit
  3. menyokong baik pulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  4. menguatkan otot dan tulang
  5. membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
  6. memelihara kelenturan sendi
  7. mengurangkan keradangan (inflammation)
  8. memberi tenaga
  9. membantu pola tidur
  10. memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf

Kesan kekurangan collagen dalam badan

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan. Oleh itu, kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis (sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.

Testimoni Bodymate Collagen Juice

"Kepada yang dah biasa makan banyak..jus ni boleh membantu korang untuk control makanan korang..macam biasanya korang makan sepinggan nasik..lepas minum ni..korang makan setengah pon dah kenyang..and apa yang korang makan..akan cepat di hadam and benda yang tak perlu akan di "buang" tiap-tiap hari..hehe..so bila dah biasa makan sikit..perot pon akan biasa dengan keadaan macam tu.. automatic nya korang boleh sendri control makan korang tanpa susah payah..perot kenyang..badan sihat..badan pon kurus =) rasa sedap sangat!"

Salma. Kilang Lama Kulim (019 4753019)
"Saya mempunyai masalah tyroid, setahun lebih berulang alik ke Hospital KPJ untuk mengambil ubat. Saya akan cepat berdebar-debar, penat walau menaiki beberapa anak tangga di rumah. Bila ada kawan perkenal Bodymate Juice ni, cuba minum sebab ada tulis baik untuk masalah tyirod. Alhamdulillah, bila pergi hospital doctor cakap sudah kecut..Sekarang saya semangkin sihat, badan pun rasa ringan, tak rasa cepat penat dan berdebar2 lagi."

TINI. Nibong Tebal. (013 4885780)
"Suami saya telah retak tengkorak sebelah kiri akibat terjatuh dari ceiling rumah, dan di dapati telah ada jangkitan di sebelah kanan dan terpaksa dibedah kerana ada nanah. Selepas pembedahan, nanah masih tidak kering walau mengambil ubat dari doctor dan badan suami agak lemah tambahan dia juga ada masalah darah tinggi, kencing manis dan jantung. Seorang jururawat telah memperkenalkan BODYMATE COLLAGEN JUICE kepada saya, selepas pengambilan jus ini secara teratur nanah di kepala terus kering dan keadaan suami semakin sihat, dia berasa badan semakin ringan, malahan masalah tekanan darah tinggi, kencing manis dan jantung sudah menjadi normal."

So, apa tunggu lagi!!

Harga sebotol RM30

Postage RM10

Berat 1 LITER/1KG

Kandungan collagen 800mg/botol


Nota kaki tangan :)
Sesuai untuk Ibu Mengandung-Minum 3 kali seminggu
Sesuai untuk kanak-kanak
Sesuai untuk yg alergik collagen marine karana rumpai laut adalah tumbuh-tumbuhan
Tiada bahan kimia
Pengawet/perasa yg selamat dan dibenarkan
Diminum 2,3 sudu waku pagi ketika perut kosong dan 2.3 sudu mlm sebelum tidur.




>>Older Post | Newer Posts<<