Mr. Gold Digger

Friday, 19 October 2012 | 0 comments


Lelaki oh lelaki!

Salam. Hari ni nak celoteh sikit pasal seorang insan bernama LELAKI :)

As a human being, tambah-tambah lagi korang ni PEREMPUAN, WANITA, dan seerti dengannya.. for sure korang akan rasa sangat excited bila mana korang bertemu dengan seorang LELAKI yang memiliki sifat yang baik. Mungkin juga korang mengharapkan lelaki tersebut akan mengakhiri perhubungan itu dengan sebuah ikatan. Kan kan kan?

Tapi ikatan perhubungan bukan main point entri hari ini. Hari ni Muna nak cerita pasal seorang lelaki yang bernama AJIS LOBEY yang sudah melobey lobey!!!.. Hahahaha.. Mesti korang tertanya-tanya siapakah dia tu sampai dijadikan tajuk entri kali ini?? hee.. Kalau tengok dari segi penampilannya, oh mak aiii... Bukan main bergaya, kemas, segak, dan ada kalanya mengaku yang dia mempunyai karier yang bagus dan stabil. Cakap pung pang pung pang.. apa pun tak boleh!! Tapi sayang, semakin lama kehidupannya, lelaki ini hanya bergantung hidup berbekalkan sumber kewangan wanita yang menjadi pasangannya. Lelaki yang termasuk dalam kategori ini dikenali sebagai GOLD DIGGER atau PISAU CUKUR. (Apa kau ingat perempuan je pisau cukur! Ciss!!)

Bukan mudah untuk mengenal pasti lelaki yang dianggap sebagai pengikis duit wanita. Lebih-lebih lagi, ketika di awal perkenalan. Kebanyakan lelaki sering tampil dengan keadaan yang sempurna di awal perkenalan dan mereka seolah-olah sudah memahami akan perasaan anda. Sehinggakan diri anda sendiri terbuai dengan kesempurnaan yang ditonjolkan itu. Serius ni yang terjadi. Setelah jatuh cinta antara satu sama lain, maka secara perlahan-lahan lelaki tersebut akan mula mengatur strateginya untuk mengambil kesempatan dan mengikis duit anda.  Ini yang terjadi pada kawan Muna. (Cerita benar ok!)

Di sini ada lima tanda-tanda lelaki yang anda dampingi itu seorang pengikis duit wanita.

BISNESS atau KARIER tanpa bukti

Si dia mengakui memiliki perniagaan sendiri, namun tidak bersedia untuk memberitahu anda lokasi perniagannya atau pejabatnya dan ini merupakan salah satu tandanya yang amat jelas sekali. Ditambah lagi, karekter pasangan anda itu langsung tidak tampak seperti seorang ahli perniagaan atau individu berjawatan tinggi.

Dalam masa yang sama, dia tidak pernah langsung kelihatan sibuk dengan pekerjaannya. Sebaliknya, lelaki ini lebih banyak menghabiskan masa terluang dengan melepak atau berhibur bersama kawan-kawannya.

Memanfaatkan KELEMAHAN perempuan

Lelaki dalam kategori ini hanya fokus atau berminat pada kekayaan yang dimiliki perempuan. Mereka tidak pernah memikirkan soal kecantikan yang dimiliki wanita itu, mahupun umur wanita.

Kecenderungannya, lelaki pengikis duit wanita ini hanya mencari pasangan yang kurang keyakinan diri namun memiliki banyak harta. Oleh itu, lelaki tersebut akan cuba mengambil kesempatan di atas kelemahan wanita yang sering kurang keyakinan diri untuk menjalin hubungan cinta tanpa menyimpan sebarang syak wasangka buruk pada pasangannya.

BOROS belanja

Cuba ajak lelaki yang anda curigai sebagai kaki pengikis pergi membeli-belah. Bagitahu padanya, anda baru sahaja mendapat bonus dan bermaksud untuk membelanjakannya. Biasanya, lelaki materialistik ini akan tampak lebih bersemangat untuk mencuba berbagai jenis barangan berjenama, terutama yang menjadi kegemarannya.

Antara dialog yang korang akan dengar:
BF: Okay tak ni sayang?
GF: Okay, hensem pakwe saya pakai ni.
BF: Alamak! Macam mana ni sayang, dompet tertinggal la (Sambil buat muka serba salah)
GF: Hah? Takpe lah, abang ambil lah. Saya belanja.
BF: Eh, tak payah la sayang.
GF: Eh abang ni. Ambil lah. Takpe, saya belanja.
BF: Okay, lainkali abang belanja sayang pulak ya? (Masuk jerat dah koranG!)

EGOIS dan PEMALAS

Lelaki kaki pengikis ini tidak pernah atau jarang memikirkan perasaan pasangannya. Dia tidak boleh menjadi teman untuk anda berkongsi masalah walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Kerana dalam fikirinnya yang ada hanyalah cara untuk dia memujuk anda mengeluarkan wang demi keperluannya.

KEDEKUT

Cubalah sesekali anda meminta bantuan kewangan dari lelaki dalam kategori ini. Atau anda berpura-pura kekurangan wang untuk membeli satu barangan penting dan minta dia membayarnya terlebih dahulu. Pasti lelaki kaki pengikis ini akan memberi pelbagai alasan agar dia tidak perlu mengeluarkan wangnya untuk anda walau apa jua alasan pun.

That's all. Mengimpikan lelaki ideal yang begitu mencintaimu adalah lumrah, tetapi janganlah hanya kamu sahaja yang lebih-lebih sedangkan si dia biasa-biasa sahaja kerana jika kamu mengabaikan kenyataan dari perilakunya yang cukup menyakitkan itu, ini bermakna kamu akan berisiko untuk disingkirkan dan terus disakiti pada bila-bila masa sahaja.


* Andai kata 'KO' terbaca entri ni, sorry sangat-sangat kawan. Cerita ni biarlah dijadikan pengajaran supaya tidak tertipu dah :) Masa bercinta, tengah mabuk cinta kan.. Orang cakap apa pun tak dipedulinya! Walaupun si kekasih berlaku tidak jujur. Sebenarnya kita tahu, ko ada naluri nak tahu perkara sebenar, tapi ko tak pernah mendengar kata hati ko kan kan kan?. (Pandai-pandai aku je!)


>>Older Post | Newer Posts<<