Manipulasi kes sihir
Saturday, 28 April 2012 | 2 comments
Berdosa besar manipulasi kes sihir!
Terdapat sesetengah pihak yang mempergunakan kes-kes sihir bagi tujuan mendapatkan keuntungan. Cuba anda lihat di panggung-panggung wayang berdekatan dengan rumah, apakah cerita yang sedang rancak ditayangkan dan mendapat sambutan? Bukankah cerita yang sedang hangat itu berkisar tentang perbuatan sihir dan ilmu ghaib?
Walaupun
cerita seperti itu memberi banyak pengajaran kepada masyarakat kita, tetapi ia
juga mampu mempengaruhi seseorang untuk mempelajari dan mengamalkan ilmu-ilmu sihir
yang syirik ini. Oleh itu, sekiranya anda bercadang untuk menonton cerita
berkaitan sihir dan ilmu ghaib, tetapkan minda anda untuk menjadikan cerita itu
sebagai tauladan.
Bukan itu sahaja, terdapat juga individu yang sanggup menggunakan
kes makhluk halus bagi meraih publisiti. Pada penghujung tahun 2010 yang lepas,
negara kita digemparkan dengan sebuah berita yang sangat panas apabila sebuah
keluarga daripada Besut,Terengganu mengatakan bahawa anak mereka, seorang
remaja perempuan kerap dibawa lari oleh seekor jin yang mendakwa sebagai
penjaganya. Sehinggakan pelbagai pihak daripada pelbagai agensi datang ke rumah
keluarga tersebut untuk merawat gangguan yang dialami oleh remaja perempuan
berkenaan. Realitinya, berita yang digembar-gemburkan itu sebenarnya adalah
cerita rekaan semata-mata. Remaja perempuan itu hanya mereka-reka cerita untuk
mendapatkan perhatian masyarakat setempat.Anda lihatlah betapa beraninya remaja
perempuan tersebutmempermainkan alam ghaib. Tidakkah beliau sedar bahawa alam
ghaib itu wujud dan seluruh penghuni alam tersebut mengetahui perbuatan beliau?
Walaupun remaja perempuan itu hanya berniat untuk bergurau, tetapi gurauan
seperti itu adalah dilarang dalam ajaran agama Islam kerana melibatkan
unsur-unsur makhluk halus dan sihir.
Rasulullah
S.A.W pernah bersabda yang bermaksud, "Jauhilah tujuh perkara besar yang
merosakkan". Lalu para sahabat bertanya, "Apakah tujuh perkara itu ya
Rasulullah?". Jawab baginda, tujuh perkara itu adalah menyekutukan Allah, sihir,
membunuh jiwa yang Allah haramkan kecuali kerana hak, makan harta riba, makan
harta anak yatim, lari dari peperangan dan menuduh perempuan beriman melakukan
zina.
Jadi, janganlah anda mendekati sihir dan berniat untuk mempelajarinya. Ini
kerana, perbuatan itu hanya memberikan dosa besar dan kesan yang sangat buruk
ke atas diri si penggunanya. Masalahnya sekarang, walaupun banyak firman Allah
S.W.T dan hadis-hadis sahih yang menyebut bahawa perbuatan sihir itu adalah
amalan syirik yang wajib dijauhi, manusia tetap terpengaruh untuk menggunakan
sihir bagi mencapai sesuatu tujuan. Manusia yang terpengaruh ini sebenarnya
telah terjebak dan tergoda dengan bisikan dan hasutan syaitan durjana. Sesungguhnya,
syaitan tidak pernah berputus asa dalam memujuk anak Adam agar terpesong dari
agama Allah. Mereka akan terus berbisik dan menghasut anak adam agar tidak
mengikuti ajaran agama Islam yang sebenar. Akhirnya, manusia yang kerap dipujuk
syaitan itu akan akur dengan bisikan dan hasutan syaitan tersebut. Seterusnya,
manusia itu akan terjebak dengan pelbagai perkara yang memesongkan akidah
termasuklah perbuatan sihir.
# Sama-sama berdoa agar kita dijauhkan dari segala macam perkara yang berkaitan dengan SIHIR ni okay? Sekian. Salam
>>Older Post | Newer Posts<<
Berdosa besar manipulasi kes sihir!
Terdapat sesetengah pihak yang mempergunakan kes-kes sihir bagi tujuan mendapatkan keuntungan. Cuba anda lihat di panggung-panggung wayang berdekatan dengan rumah, apakah cerita yang sedang rancak ditayangkan dan mendapat sambutan? Bukankah cerita yang sedang hangat itu berkisar tentang perbuatan sihir dan ilmu ghaib?
Walaupun
cerita seperti itu memberi banyak pengajaran kepada masyarakat kita, tetapi ia
juga mampu mempengaruhi seseorang untuk mempelajari dan mengamalkan ilmu-ilmu sihir
yang syirik ini. Oleh itu, sekiranya anda bercadang untuk menonton cerita
berkaitan sihir dan ilmu ghaib, tetapkan minda anda untuk menjadikan cerita itu
sebagai tauladan.
Bukan itu sahaja, terdapat juga individu yang sanggup menggunakan kes makhluk halus bagi meraih publisiti. Pada penghujung tahun 2010 yang lepas, negara kita digemparkan dengan sebuah berita yang sangat panas apabila sebuah keluarga daripada Besut,Terengganu mengatakan bahawa anak mereka, seorang remaja perempuan kerap dibawa lari oleh seekor jin yang mendakwa sebagai penjaganya. Sehinggakan pelbagai pihak daripada pelbagai agensi datang ke rumah keluarga tersebut untuk merawat gangguan yang dialami oleh remaja perempuan berkenaan. Realitinya, berita yang digembar-gemburkan itu sebenarnya adalah cerita rekaan semata-mata. Remaja perempuan itu hanya mereka-reka cerita untuk mendapatkan perhatian masyarakat setempat.Anda lihatlah betapa beraninya remaja perempuan tersebutmempermainkan alam ghaib. Tidakkah beliau sedar bahawa alam ghaib itu wujud dan seluruh penghuni alam tersebut mengetahui perbuatan beliau? Walaupun remaja perempuan itu hanya berniat untuk bergurau, tetapi gurauan seperti itu adalah dilarang dalam ajaran agama Islam kerana melibatkan unsur-unsur makhluk halus dan sihir.
Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud, "Jauhilah tujuh perkara besar yang merosakkan". Lalu para sahabat bertanya, "Apakah tujuh perkara itu ya Rasulullah?". Jawab baginda, tujuh perkara itu adalah menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang Allah haramkan kecuali kerana hak, makan harta riba, makan harta anak yatim, lari dari peperangan dan menuduh perempuan beriman melakukan zina.
Jadi, janganlah anda mendekati sihir dan berniat untuk mempelajarinya. Ini kerana, perbuatan itu hanya memberikan dosa besar dan kesan yang sangat buruk ke atas diri si penggunanya. Masalahnya sekarang, walaupun banyak firman Allah S.W.T dan hadis-hadis sahih yang menyebut bahawa perbuatan sihir itu adalah amalan syirik yang wajib dijauhi, manusia tetap terpengaruh untuk menggunakan sihir bagi mencapai sesuatu tujuan. Manusia yang terpengaruh ini sebenarnya telah terjebak dan tergoda dengan bisikan dan hasutan syaitan durjana. Sesungguhnya, syaitan tidak pernah berputus asa dalam memujuk anak Adam agar terpesong dari agama Allah. Mereka akan terus berbisik dan menghasut anak adam agar tidak mengikuti ajaran agama Islam yang sebenar. Akhirnya, manusia yang kerap dipujuk syaitan itu akan akur dengan bisikan dan hasutan syaitan tersebut. Seterusnya, manusia itu akan terjebak dengan pelbagai perkara yang memesongkan akidah termasuklah perbuatan sihir.