Kenapa berat badan naik dan turun?

Tuesday, 10 April 2012 | 6 comments


Dalam ENTRI LEPAS Muna ada terangkan serba sedikit pasal kalori, BMR dan DCR. Korang dah buat ke task yang Muna bagi tu? Buat mereka yang dah berjaya kira tu, tahniah sangat-sangat. Boleh lah teruskan ke chapter seterusnya. Tapi!! Yang belum lagi tu? Apa lagi.. kira lah cepat! Kira dulu baru boleh masuk chapter ni!


Mengapa berat badan kita naik dan turun?

Turun atau naiknya berat badan kita akan dipengaruhi oleh DCR yang telah kita ambil. Ingat je formula ni :

  • MORE THAN DCR : Berat badan NAIK
  • LESS THAN DCR : Berat badan TURUN
  • EQUAL TO DCR : Berat badan TAK NAIK & TAK TURUN ( maintain! )
Kenapa boleh jadi macam ni? Kalau kita makan MELEBIHI had DCR yang ditetapkan, maka kalori yang terlebih itu akan disimpan sebagai LEMAK. Lemak inilah yang akan menyebabkan berat badan kita NAIK. Kalau DCR KURANG pula? Kalori yang diambil tu tak cukup untuk kita nak buat kerja. Am I right? Kenapa? Sebab kalori tu sumber tenaga. Kalau badan kita tak cukup kalori, macam mana badan kita nak dapatkan tenaga? Tenaga akan diambil dari LEMAK (atau otot) supaya persamaan itu dapat diseimbangkan. Bila LEMAK KURANG, berat badan pun TURUN lah! Oh yeah!~..


For example.. Kita anggap DCR tu sebagai JUMLAH PERBELANJAAN kita sebulan. Kita ambil RM 1751.16 (DCR Muna). Sekarang ni kita anggapkan KALORI YANG DIAMBIL KITA sebagai PENDAPATAN (GAJI) kita. Gaji kita pula tak tetap.. almaklumlah, kita ni kerja sendiri.  Contohnya bulan ni kita punya gaji RM 1800.00. Sekarang ni, lebih ke kurang gaji kita?Lebih kan? Maknanya di sini, kita dah ambil KALORI melebihi DCR! Kalau gaji kurang? Macam mana nak bayar semua jumlah perbelanjaan tu? Terpaksa lah kita pinjam kepada ALONG/CETI a.k.a LEMAK! Sekarang faham tak? 

Macam mana nak kira berapa banyak naik atau turun?

Ha.. macam mana kita nak tahu berapa banyak kalori yang harus diambil untuk capai target. For example, berat Muna sekarang 65kg. Dan Muna target nak capai 60kg dalam masa sebulan. Jadi, berapa kalori yang Muna kena ambil sehari?


Untuk NAIK 1lb (0.45kg), kena makan 3500kcal LEBIH dari DCR, kalau nak TURUN 1lb, kena makan 3500kcal KURANG dari DCR. 3500kcal? Waa.. banyaknya!! Kalau macam Muna ni kena ambil 38888.889 kcal KURANG DARI DCR lah maknanya? (Dah kira dah..) Kenapa? Banyak sangat ke? hee.. 


Tak bermaksud korang kena naik atau turun 1lb berat badan dalam masa sehari, kerana itu sangat MERBAHAYA untuk kesihatan. Kan dah target dalam masa sebulan? Pandai-pandai lah kira okay? Kalau korang makan juga 3500kcal melebihi DCR, maka 99% daripada kenaikan berat badan itu adalah terdiri daripada lemak. Untuk makan 3500kcal kurang daripada DCR juga adalah agak mustahil kerana nilai DCR kita secara purata adalah di antara 1500kcal – 2500kcal. Jadi, apa strategi yang kita kena buat?

Strategi yang sihat: Bersederhanalah kamu!

Nasihat sifu tu! Buat perlahan-lahan, tapi ISTIQAMAH!! Apa itu istiqamah? Konsisten okay? Tak tahu juga konsisten tu macam mana? Berterusan.. sekarang faham? Tanya diri korang satu soalan simple pimple dimple ini: 

  • Sejak bila aku jadi gemuk ni? Semalam kah? Minggu lepas?
  • Sejak bila aku berbadan kurus kerempeng macam lempeng ni?
Kalau jawapan korang dalam masa SEHARI, korang memang lah seorang... PENIPU!! Kalau setakat naik 0.5 kg sehari kau dah cakap gemuk aku tak tahu lah. Ada ke orang GEMUK DALAM MASA SEHARI? Naik 50kg dalam masa sehari? Takde rasanya kan? Ke ada? Tinggalkan lah komen anda!


Cuba korang fikir.. Muna ambil diri Muna sebagai contoh. Senang sikit. Takdelah orang cakap Muna ni tangan tu main taip ikut suka hati je (Eh, haruslah! Blog muna kan? :p gurau je). Muna naik berta bdana 20kg dalam masa 3tahun. tapi Muna target nak turunkan 20kg dalam masa 1 bulan. ha.. Realistik tak? Mesti korang cakap: "Agak-agak lah wei!"

Actually, boleh je. Tapi!! Ada syaratnya. Korang kena bermati-matian menahan kelaparan (mencapai defisit kalori setinggi yang mungkin). lepas tu kena gastrik. Padan muka kau! Lepas tu pergi jumpa doktor buat rawatan liposuction (sedut lemak). Tak lupa haruslah try berbagai-bagai jenis teh pelangsing dan pil-pil kimia yang kita belum tahu kesan jangka masa panjangnya. Malah, perbuatan korang tu ibarat menabur duit dalam laut! Rugi kan?


Ada satu produk tu Muna hampir tertipu dengan nya. Katanya kalau nak ambil produk ni kena amalkan diet yang seimbang. Exercise jangan lupa! Untuk apa? Untuk mendapatkan hasil yang maksimum! Aik, kalau dah macam tu, ala-ala iklan amalkan hidup yang sihat gitu.. baik hang toksah jual produk hang tU! Syarikat-syarikat sebegini sengaja mengaut keuntungan atas angin dengan mengambil kesempatan ke atas pengguna yang majoritinya putus asa dengan usaha mereka untuk turun berat badan sebelum ini.

So, macam mana? Fikir dua tiga kali okay sebelum ambil apa-apa tindakan? Ada cara yang lebih selamat untuk "menguruskan" pengambilan kalori korang. Kenapa menguruskan je? menggemukkan nya mana? hee.. Nak gemuk senang je kawan-kawan! Ingat! TIADA YANG MUSTAHIL! Sekian, salam.

Labels:



>>Older Post | Newer Posts<<