Aaron Aziz tak layak menang ABPBH 2011!!


Lupa nak update pasal Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 hari tu. Bukan apa, Muna tak tengok pun kat TV. Buka je facebook ke, twitter ke untuk tahu keputusan.. hee.. Bilik TV (hostel kan?) tu doh hingaq toksah cakap la. Dengan menjerit2 nya. Adoi -_-" Menyesal duduk bilik sebelah bilik TV! Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada 'abang' Muna yang telah berjaya merangkul gelaran Anugerah Bintang Paling Popular kali ini. hee..

Penyanyi lelaki Popular
Hafiz

Penyanyi wanita Popular
Yuna

Artis berkumpulan/Duo Popular
Jaclyn/Shila Amzah/Ning Baizura

Artis baru lelaki Popular
Johan Asaari

Artis baru Wanita Popular
Tasha Shila

Pelakon filem lelaki Popular
Aaron Aziz

Pelakon filem wanita Popular
Maya Karin

Pelakon TV lelaki Popular
Fizz Fairuz

Pelakon TV Wanita Popular
Fasha Sandha

Artis komedi lelaki Popular
Johan Raja Lawak

Artis Komedi Wanita Popular
Didie Alias

Pengacara TV lelaki Popular
Zizan Razak

Pengacara TV wanita Popular
Fara Fauzana

Penyampai Radio Lelaki Popular
Faizal Ismail

Penyampai radio wanita Popular
Fara Fauzana

Anugerah Khas/Anugerah Sepanjang hayat
Dato' Sheila Majid

Anugerah Seri Perak
Dato' Siti Nurhaliza

Bintang Paling Popular ABPBH 25
Aaron Aziz


Aaron Aziz tak layak menang Anugerah Bintang Paling Popular


Tadi ada lah blogwalking sikit.. ingat nak bagi mengantuk. Tapi bila tengok je tajuk kat atas terus tak boleh tidur terus! Kenapa? Sebab ni:
Tahu lah jawatan BESAR, tapi perlukah TULIS GUNA HURUF BESAR WAHAI ZED ZAIDI? Aku Muna dah cukup panas bila dia tunjuk sombong masa kahwin ari tU! Aish.. tahu lah itu hak masing-masing nak tulis apa di Twitter, tapi AWAS!! Banyak mata-mata yang membaca okay!

AKU LEBIH BERBANGGA KALAU RAKYAT MALAYSIA YANG MENANG!!
Terima kasih RAKYAT MALAYSIA kerana menggalakkan artis luar merosakkan industri seni!

Eh, hello!! RAKYAT MALAYSIA?? Kenapa anda tidak mention di situ siapa? Saya juga rakyat Malaysia! Adoi! memang betullah cakap Aaron Aziz yang anda tidak matang! Pangkat saja BESAR, tapi otak TAK BESAR! Tak fikir dulu sebelum taip. Haa? Muna pun tak fikir? Muna fikir apa.. Ini adalah salah satu gosip.. haha.. Kata nak jadi Nuffnang Fave Kay Poh kan?! Haruslah  kasi panas sikit.. hahaha..

Sepatutnya ZED ZAIDI yang berjawatan BESAR tu haruslah berhati-hati sebelum tulis macam tu. Ini bukan Anugerah Bintang Paling Popular di Malaysia. Ini BINTANG PALING POPULAR BERITA HARIAN!! Sudah diwarnakan dengan warna merah. Kalau masih tidak nampak tidak tahu lah pula. Selaku Timbalan Seniman Malaysia (SENIMAN) dia kena lah matang sikit. Ni tak, ikutkan sangat rasa marah tu. Tahu lah patriotik, tapi janganlah over sangat bang oi!

Lepas ni semua penerbit-penerbit filem, drama, movie.. semua lah!! Kena ambil Zed Zaidi berlakon okay? Kalau takde pun, Berita Harian main peranan supaya masukkan nama ZED ZAIDI dalam list finalist tu okay? Kita tengok popular mana dia ni. (Fofular ke?~) Banyak lagi cerita pasal artis MALAYSIA kita yang sorang ni. Boleh baca di SINI. Itulah saja gosip panas di pagi hari ni yang Muna nak kongsikan untuk korang.


Dengar cerita ABPBH kali ni best sangat?! Apa pendapat korang? Komen lah di bawah..

*Alang-alang korang dah baca entri ni, Muna nak minta tolong boleh tak? Tolong VOTE BLOG CELOTEH MUNA please... Cuma klik http://goo.gl/q1YBZ. Korang boleh juga klik gambar atas yang ada kat tepi tu. Boleh tak? Please.. Harap2 korang sudi tolong Muna. Sekian saja dari Muna. Salam.
Ranking: 5

{ 3 comments... read them below or add one }

  1. Best? Okay. ABPBH Kali ni diajarakan oleh Zizan. Hekhek ;) Janji zizan menang anugerah. Tak pandang dah Aaron masa tu. HAHA

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Blog Celoteh Muna | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO