Jom belajar HTML!

Monday, 9 April 2012 | 1 comments


Muna : "Cikgu, boleh ajar saya programkan HTML blog saya tak?"
Cikgu: "HTML ni bukan bahasa programming, dia bahasa mark up!"
Muna : "Bahasa mark up tu apa cikgu?"
Cikgu: "Bahasa mark up ni set mark up tag"
Muna : "Sudah.. apa benda pula ni?!" (pening..)
Cikgu: "Ala..tag mark up ni lah yang buat blog awak tu jadi cantik! Dia describe blog awak!"
Muna : "Oooo... ha! Lepas tu cikgu?" <- Malas nak peningkan kepala!
Cikgu: "Awak tanya-tanya ni, apa itu HTML awak tahu ke?"

Apa itu HTML?

HTML stands for Hyper Text Markup Language. Dengan HTML, anda boleh buat webpage, hias blog dan lain-lain. Tadi Muna baru lepas menghadiri satu kelas belajar HTML versi online. haha.. Siapa cikgunya? Adalah.. rahsia! Jadi, Muna nak kongsikan serba sedikit buat sesiapa yang tak tahu langsung pasal HTML tu. hee.. Sharing is caring right? :)

HTML Tag (HTML Mark up Tags)

HTML tag ni keyword yang ditutup dengan angle brackets. Contohnya macam ni: <html>. Biasa jumpa tak kawan-kawan? Selalunya HTML tag ni 'sepasang'. Contohnya macam <b> mestilah sepasang dengan </b>. First tag tu <b>. 2nd tag </b>. First tag tu pembuka, 2nd tag tu penutup tag. Ia juga dikenali sebagai opening tag and closing tag. Ok, takat ni faham tak kawan-kawan?

HTML Documents = Web Pages

HTML document menerangkan macam mana satu-satu webpage tu diperlihatkan kepada umum. <- (Cewah! Ayat dah macam pensyarah komunikasi dah ni!) HTML document mengandungi HTML tag dan plain text. Faham tak? Macam ni, korang HTML document ni dibuat untuk didisplay sebagai webpages. That's why la kalau korang nak design blog kena edit dekat Edit HTML. Edit HTML tu la HTML document korang. Bila korang edit HTML, web browser (macam Internet Explorer / Firefox / Google Chrome) akan membaca HTML document korang tu. Lepas tu, dia akan display la web page korang tu macam mana, warna apa, line dashed ke, solid ke, et cetera.. Browser akan gunakan segala HTML tag yang ada dalam HTML document tu untuk interpret content page korang tu. Faham ke? Tak faham, pergi ke DESIGN - EDIT HTML. Then, Ctrl + F (untuk FIND). Cari perkataan ini: <!DOCTYPE html> . Jumpa tak? Itulah HTML document.

Hurm.. pening ke? Lepas pening2 tu Cikgu offline tiba-tiba. Lepas tu, Muna sorang-sorang pening depan laptop. Tengah ingat mana yang patut, haruslah update dalam blog kan :p hahaha.. Yo-yo-o je! <- (bahasa lainnya POYO). Oh ya! Ada lagi benda penting!

Text antara <html> dan </html> menerangkan bagaimana satu-satu web page itu didisplaykan oleh web browser. Cuba tengok dekat EDIT HTML tu.. ada tak <html> dekat bawah <!DOCTYPE html> ? Scroll sampai bawah.. korang akan jumpa closing tags </html> . Jumpa tak kawan-kawan? hee.. Kalau text <h1> dan </h1> , heading tu. H for heading. Eh, dah macam belajar ABC pula! kikiki.. Lupa! Heading ni kita boleh set kan sampai <h6> tau! Jangan lupa ditutp dengan </h6> hehe.. <p> dengan </p> pula paragraph. P for paragraph / perenggan!

Sekian saja dari Muna. Ini je yang mampu Muna kongsi dek kerana 'cikgu' dah offline. hehe.. Ada informasi lagi Muna share lagi okay? Sekian. Salam.


Labels:



>>Older Post | Newer Posts<<