Takutkan api neraka


Fuhh.. fuh.. padam ke api tu dek oo??
Assalammualaikum..
Tertarik dengan satu gambar dari satu Facebook page ni. Korang percaya tak kalau saya cakap yang gambar di atas adalah realiti MANUSIA SEKARANG?? Percaya tak?? Cuba korang berfikir di luar kotak.

Nampak bersungguh kartun tu nak padamkan api tu. Bukan apa, maybe sebab dia takut api tu bakar diri dia. Takut dia hangus lenyap dari kertas tu. Sama macam manusia sekarang yang takut api neraka. Takut dengan panasnya neraka tu.. tapi, sifat tu kena ke dengan amal perbuatan kita seharian??

Aurat kita dedahkan saja.. maksiat kita buat hari-hari.. tapi, bila dengar api neraka, kalau boleh semua orang nak tiup api neraka tu kan? Yela.. kalau tak tiup macam mana nak padam.. boleh ke? Tak boleh kan??

Hal ini ditegaskan Allah swt dalam firman-Nya yang bermaksud:
"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan."
(QS At Tahrim [66]:6).

Moh le muhasabah diri kita ni. Kita nilai semula diri kita. Sedangkan kartun pun takutkan api tu bakar dia.. hee.. (^_^) sekian, salam.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Blog Celoteh Muna | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO