Setiap pertemuan ada perpisahan :'(

Assalammualaikum..
Petang ni nak buat entri sedih sikit. BCM dah lama takde yang komen.. bersangka baik.. Mungkin deme baca, tapi malas nak komen.. ye dak? hee..

Okay, straight to the main point. Setiap pertemuan ada perpisahan. hurm.. Korang setuju tak dengan apa yang Muna tulis? Mungkin ada yang tak setuju, maybe sebab korang tak pernah rasa perpisahan tu macam mana. Tapi, trust me.. perpisahan adalah satu benda yang korang bakal jumpa bila korang merentas masa.. Eh?.. apa merapu ni..

Alhamdulillah, sedar tak sedar dah 3 tahun Muna belajar di UPM kampus Bintulu ni. Dah habis belajar dah pun. Tak sangka Muna dah besar! Dah boleh kahwin dah :p hahaha.. gurau je mak! 20hb lepas paper last kami. PRT 2401 Aquaculture Technology. Last word from my favourite lecturer: GOOD LUCK MUNIRA!.. Serius sedih masa tu. Tapi ku tahan kan air mata ini. Yela.. mana nak jumpa dia dah. Lain lah kalau Muna sambung belajar kat sini balik.. ambil BSBI (Bacelor in Science BioIndustry) hee.. tak lalu dah nak minta duit kat parent bila nak beli tiket nak balik rumah. :'( Takkan nak naik kapal tongkang pulak kan? hee..

Sejak 20hb tu, group dak DPT kat Facebook tu penuh dengan post2 yang sedih2. Muna yang membacanya mula rasa sedih. Tambah menyedihkan bila Yuyui gedik (pernah cerita pasal dia kat ENTRI NI) balik petang semalam. Dengan mamai2 nya Muna bangun, buka pintu. Pastu dia cakap dia nak balik.. erm.. okay, dah mula rasa sedih :'( Dia masuk dalam bilik, salam2.. Dalam hati Muna : Oh please.. jangan peluk aku! Kalau dia peluk lama2.. mau nangis mata pompuan Muna ni!.. waa.. Akhirnya dia tinggalkan Muna kat sini sorang2.. :'( Aliyah, ada umur panjang kita jumpa lagi. Nanti Muna turun Ipoh kita jumpa lah okay?

Erm.. tak sabar nak sambung belajar Serdang! Nak jumpa diorang balik!~.. Siapa2 yang dapat sambung belajar kat tempat lain tu, minta maaf sangat2 tak dapat den nak nolong ekau eh. Macam lah dia dapat masuk Serdang! Perasan.. Ha! Lupa!.. malam 20hb tu deme2 berjimba untuk kali terakhir di Chicken Hartz. Muna nak ikut, tapi duit takdo.. Lagipun kan, sedih la kalau ikut.. waa.. 

Dah la.. benda dah jadi. Yuyui takkan balik semula ke sini. Gedik lah kau Ali! Nanti sape nak gaduh2 ngan aku dah? :'( Sobs3.. Untuk jiran.. kau pernah janji nak bagi Cadbury Black Forest kat aku.. haa.. lupa lah tU! hahahaha.. Okay la.. dah merapu meraban dah. Nanti bila Amal dah pindah kat Ipoh, kita lepak sesame okay? Amal, ko boleh bawak CHINGGU ko okay? :) hee.. Dah la.. nak pi cari tisu.. nak lap.. hingus!.. hahaha.. Pengotor la kau ni Muna! Dah2.. bila jari2 ni nak berhenti menaip ni? Sekian, salam.

Jaga diri kawan2 semua. Insya Allah hujung tahun kita jumpa lagi di Serdang okay? :) 
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Blog Celoteh Muna | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO