Gangguan seksual terhadap LELAKI?

Thursday, 22 March 2012 | 0 comments



Assalammualaikum..
Cuba tengok tajuk entri. Gangguan seksual terhadap LELAKI atau dalam Englishnya sexual harassment on male. haa.. Jangan tak tahu, ingat orang pompuan je ke yang kena sexual harassment? Okay, petang ni nak berceloteh sikit pasal aurat wanita. Kenapa wanita je? Sebab.. yang FEMALE la yang banyak buat sexual harassment dekat MALE. hee.. 
Sekarang ni dah bermacam-macam fesyen pakaian yang ada di Malaysia ni.. tak payah cakap Malaysia je, satu dunia okay~.. haha.. Ingat tak entri YANG INI?

Aku ingin bergelar WANITA SOLEHAH,
tetapi menjaga auratku sahaja kini sudah terasa PAYAH..
Aku tertarik dengan FESYEN DUNIA,
tetapi aku lebih tertarik dengan amaran Allah
di mana, wanita solehah itu lebih indah dan lebih bermaruah
apabila menjaga auratnya dari PANDANGAN DUNIA..
Indahnya syariat menutup aurat, bermaruah dan bersopan..
kerana aku ingin bergelar SOLEHAH,
aku akan terus BERMUJAHADAH untuk mendapatkannya..
Insya Allah.


Bila kita tanya pasal aurat, ramai wanita yang memberikan alasan seperti "DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER". Okay, fine.. tapi, cuba kamu tanya sekali lagi.. kalau kamu nampak sebiji buah nangka yang buruk membusuk, adakah kamu masih mahu memakannya? Mestilah tak nak kan??

Ya, sememangnya alasan yang diberikan oleh sis di atas nampak macam bagus.. sebab ada juga hadith yang bermaksud bahawa Allah tidak memandang pada paras rupa tetapi pada taqwa. Tetapi, sedarkah kita bahawa kita telah cuba mengubah atau mencabut hukum yang diperintahkan oleh Allah sendiri iaitu wajib menutup aurat bagi wanita? Menutup aurat dan taqwa adalah dua entiti yang tidak dapat dipisahkan, kerana menutup aurat itu adalah tanda manusia itu bertaqwa, walaupun bukan semua orang yang menutup aurat itu bertaqwa. Bagaimana mahu dikatakan taqwa sedangkan hukum menutup aurat yang wajib itu senang-senang dilanggar dan diperlekehkan? sis mesti faham dan rujuk semula apa erti sebenar taqwa. Okay tak sis? hee..

"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)." Surah Al-A’raaf : Ayat 26 


Okay, macam mana dengan gambar kat atas ni? Memang betul korang bertudung, pakai baju, pakai seluar. Pakai tudung tapi nampak bentuk payu dara. Kira macam korang mendedahkan aurat tu.. tak percaya? Cuba tanya mana2 ustaz atau ustazah. Korang ingat lelaki yang tengok korang tu tak ada sekelumit pun rasa ghairah ke? Apa korang fikir mereka sekadar tengok sahaja bentuk payudara korang tu? Atau korang memang suka mendedahkan asset korang yang korang rasa besar dan cantik tu untuk tatapan para lelaki dan suka bila lelaki puji korang? (Maaf kalau rasa kasar.. tapi ini realiti!).. Hurm.. Marilah sama2 berubah ke arah kebaikan. Muna cakap juga dekat diri Muna ni. Segan seh kalau kena tegur dengan Mr. S. erm.. Labuhkan sikit tudung tu. Kalau tak boleh nak pakai tudung bidang 60, cukuplah yang menutup dada. Okay? Sekian saja entri penuh beremosi dari Muna. Salam


>>Older Post | Newer Posts<<