Lawatan sambil belajar ke Kuching, Sarawak.

Assalammualaikum..
Seperti yang dijanjikan kat ENTRI NI, Muna nak kongsi serba sedikit pasal lawatan course kami ke Kuching hari tu. 

Seawal jam 6.00 pagi (janji Melayu) kami bertolak meninggalkan kampus Bintulu ni dengan menaiki bas Borneo kaler hijau tu. Muna dok sebelah Amal. Kitorang dok bahagian depan. Bukan apa, perjalanan yang jauh tu confirm buat korang mual la kalau korang dok belakang! Pastu, dalam pukul 10 pagi kitorang sampai di TYC and Livestocks Sdn. Bhd... tepi jalan je company ni. Ada macam2 haiwan yang ada dibela di sini! Yang paling comel tu..
Guinea pig ni sangat comel oK!
Then, kitorang bermalam kat satu hotel murah di Sarikei. Master room dia sangat best! Murah pula tu! (maybe sebab suasana pemandangan luar bilik? hehehe..) Haa~ ada apa kat luar bilik tu? Korang nak tahu, bila sampai je bilik tu kitorang terus landing atas katil. Mas je baik hati buka tingkap usha2 pemandangan kat luar. Pastu, dia cakap ada kubur kat belakang! KUBUR? Apa lah diorang ni letak kubur tengah2 pekan Sarikei ni?

Trip 1 Mac tak best sangat sebab jalan2 ke IADA Saratok + Stesen MARDI Sessang. Petang tu terus lah ke Kuching. On my way to Kuching, singgah Serian. Sempatlah Muna jumpa dady Muna yang kat kampung tu. Dia belikan air teh panas dan burger untuk Muna, Amal dan Yuyui gedik! (Saja tambah GEDIK sebab dia nak baca entri ni..). Sedar tak sedar dah sampai Kuching. Kitorang menginap di Longhouse Hotel.
Nur Amalina bt. Nadzir

Nurul Aliyah bt. Sazali a.k.a YUYUI
Disebabkan ada beberapa insiden yang tak berapa nak enak berlaku kat hotel Sarikei tu, hari first di Longhouse Hotel, kami bertiga bangun awal! Rasanya takde sapa yang bangun lagi time tu. After solat Subuh, kami pergi breakfast di SNA Cafeteria. Bakso dia sedap sangat! Suka~ 2 Mac ni pun tak best sangat.. sebab trip ke Pasar Satok dibatalkan last minute.. Last2 kami berjalan2 di sekitar waterfront dan pekena makanan ala tsunami kat Boyan malam tu :)
Dewan ADUN waktu malam.. cantik kan?
 
Astana waktu malam pun ohsem!
3 Mac kitorang melawat ke Sinpiao (Borneo) Sdn. Bhd.. Pastu, ke Kampung Budaya pula. Merasa la Muna pergi Kampung Budaya tu.. yela, dulu dah pernah datang dengan family, tapi tak dapat masuk sebab mahal sangat! Kali ni dengan hanya gunakan kad matrik dapatlah masuk murah sikit :) ngee~ Malam tu kami pergi tengok wayang cerita Adnan Sempit lepas makan McD.. sebab hujan. (cadangnya nak pergi ke Waterfront.. Yuyui nak beli souvenir untuk kengkawan dia kat Semenanjung tu)

Last but not least, 4 Mac kami pergi ke Serikin. Lepas tu dalam pukul 2 kami bertolak pulang. Dalam perjalanan singgah solat di Serian. Sempatlah Muna balik rumah atok kejap. Jumpa Nek Betty dan Atok Bujang :) hee.. Tu pun bergelut gak la.. sebab pak cik bas jeles dady jumpa Muna. Yela, dady dia tak jumpa dia.. haha.. 

Sekian saja dari Muna. tangan dah penat menaip.. Nak sambung tengok cerita Hello! My Lady~.. wee.. Salam
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Blog Celoteh Muna | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO