Tutorial Pasang CommentLuv Di Blogspot

Thursday, 23 February 2012 | 1 comments




Assalammualaikum..
Ingat tak Muna pernah janji nak buat tutorial pasang commentluv di Blogspot (SINI). Selalunya kita tengok Wordpress je yang apply Commentluv ni.. tapi sekarang blogspot pun dah boleh pasang Commentluv ni!

CommentLuv ni banyak membantu kita dalam mendapatkan lebih banyak komen kat blog kita. Kalau dah pasang CommentLuv, sekurang-kurangnya kita dah bagi backlink sebagai ganjaran kepada orang yang komen kat blog kita. Backlink ni penting untuk dapat pagerank yang lagi bagus, dan pagerank penting supaya blog kita akan diindex terlebih dahulu dan diberikan prioriti dalam Google search. Muna pun suka komen kat blog yang ada CommentLuv. hee.. bukan senang tau Muna nak tinggalkan komen kat entri blog anda! Jadi, silalah pasang CommentLuv supaya Muna akan jadi lebih rajin untuk melawat blog korang dan tinggalkan komen. hehe..

Langkah-langkah untuk memasang CommentLuv di Blogspot:
Cara paling senang nak pasang CommentLuv adalah dengan memasang IntenseDebate kat Blogspot korang.
  1. REGISTER kat IntenseDebate.com.
  2. LOGIN > INSTALL IntenseDebate. Dah add tu, jangan continue dengan step dia lagi!
  3. Klik SITES > YOUR BLOG > PLUGINS > ACTIVATE COMMENTLUV. Edit la segala options yang ada, boleh letak Facebook share button sekali kalau nak.
  4. Dah set up, klik TOOLS > REINSTALLSelect installation type. Better pilih Template. Tak susah sangat.
  5. INSTALL only on all new post, kalau tak komen-komen lama akan hilang (hidden).
  6. Buka Blogger.com > DASHBOARD > BLOG ANDA > LAYOUT / DESIGN > EDIT HTML > Download Full TemplatePastikan korang simpan copy .xml file tu seperately, just in case kalau apa-apa terjadi, boleh restore balik.
  7. Browse file .xml tadi, klik UPLOAD FILE and CONTINUE.
  8. Dah upload, copy code (CTRL+A dan CTRL+C) yang telah dimodify.
  9. Pergi semula ke  Blogger.com > DASHBOARD > BLOG ANDA > LAYOUT / DESIGN > EDIT HTML, paste (CTRL+A dan CTRL+V) code baru.
  10. Dah klik Plugins, akan ada senarai keluar kat sebelah kanan, klik Activate CommentLuv
Antara blog yang ada IntenseDebate dan CommentLuv adalah seperti blog Abg Ilham. Dengan adanya IntenseDebate ni, no more word verification kat blog korang dah! (serius annoying gila dengan word verification :p)

Ada banyak lagi options kat IntenseDebate yang korang boleh try. Tapi setiap kali nak buat, kena reupload template balik la. Tu sebab korang kena finalize awal2 masa kat step no.2. Muna harap tutorial pasang CommentLuv di Blogspot ni dapat membantu korang dalam  memantapkan lagi blog korang. Kalau dah pasang CommentLuv tu nanti bagi tau Muna ya? Nanti blog yang ada Commentluv Muna letak dalam page MUST VIEW tu :) hee.. Sekian saja dari blog Muna. Salam

p/s: Sila tukar comment form ke embed below post, baru intense debate boleh jadi.

Labels:



>>Older Post | Newer Posts<<