Nak couple ke nikah?

Monday, 20 February 2012 | 2 comments



Assalammualaikum..

Sweet sangat!
Nak sambung entri YANG INI. Muna tak faham bila seorang ustaz kata: "Sibuk lah nak kahwin. Belajar dulu." Adakah dia support orang yang bercouple? Dia tak tahu macam mana rasanya kita nak memutuskan sesuatu hubungan tu. Bagi Muna, tak elok lah mainkan perasaan orang kan?

Antara pembaca2 yang membaca entri ni mesti akan ada yang cakap: "Eh, kau pun couple nak jadi baik konon!". Ya. Tahu! Dah biasa dah. Kalau Muna heboh2 dah jadi tunangan orang diorang kata: "Tipu lah kau! Dan2 lah dah bertunang". So, korang pilih la.. nak couple ke apa..

A: Couple?? "Boleh la.. kami bukan buat apa pun! Saja suka2.."
B: "Nak bercouple, couple lah, tapi kena dengan cara yang halal.. iaitu bernikah!"
A: "Mana ada duit!", "Nak bagi anak orang makan apa?", "Mak bapak tak kasi!", "Nak tinggal  kat mana?", "Mana ada kerja lagi!", "Diri sendiri pun tidak terjaga!" dan pelbagai alasan lagi.
B: "Nak couple juga? Anda WAJIB berkhitbah! (Nikah Khitbah)"
A: "Khitbah?? Apa tu..?"

Diterjemahan 'khitbah' secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang pula, menurut adat & pgamalan org Melayu adalah perjanjian di antara 2 orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu.

Menurut pengamalan orang Arab moden, 'khitbah' merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenarnya. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah & khitbah ialah kedua2 pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan.

*Islam itu kan mudah, tapi jangan terlalu mudahkannya! Kerana kejahilan & kesombongan manusia itulah menampakkan Islam ini terlalu rumit kerana banyak batasan yang dikenakan, sedangkan kalau manusia itu berilmu pasti dia gembira & senang memilih Islam itu cara hidupnya. Sekian saja dari Muna. Salam.

p/s: Seronok baca entri Mas YANG INI + YANG INI.. Blog BEST tentang CINTA di SINI!


>>Older Post | Newer Posts<<