Saya pilih khitbah dari couple..
Monday, 13 February 2012 | 10 comments
Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia..Hari ni Muna nak kongsi kan 1 artikel mengenai niat bernikah dan berkahwin. Tajuk entri tu saja je.. hee.. Salah ke nak pilih khitbah dari couple? Khitbah tu apa? Baca SINI.
Sweet kan :)
Niatإنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه
Maksudnya: “Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”. Hadis Sahih Bukhari dan Muslim
Dengan hadis inilah Imam Bukhari memulai kitab shahinya dan menempatkannya dalam pengantar kitab tersebut. Sheikh Abdur Rahman b Mahdi berkata: Seandainya aku mengarang sebuah buku yang di dalamnya terdapat beberapa bab,sudah pasti aku menjadikan hadis ini dalam setiap bab.
Kata-kata Ulama mengenai Niat- Yahya b Abi Khatsir berkata: "Pelajarilah niat kerana sesungguhnya niat itu lebih penting dari amal itu sendiri."
- Zaid As-Syaami berkata: "Sesungguhnya aku paling suka berniat dalam segala hal dan urusan, walaupun ketika makan dan minum."
- Imam Daud At-Thoi berkata: "Aku melihat segala kebaikan terkumpul daripada baiknya niat seseorang."
- Imam Habib Abdullah Alawi Al-Haddad berkata: "Carilah niat yang baik, perbanyakkan dengan niat tersebut, nescaya akan menambah pengawasan dan kekhusyukkan."
Para salaf telah mengajarkan kepada anak mereka tentang niat sebagaimana mereka mengajar al-Fatihah kerana memandangkan kepentingan niat tersebut.
Jom nikah khitbah!
hee.. saya tak nak couple lama2 la :'(
Niat Nikah dan berkahwinImam Habib Ali bin Abu Bakar As-Sakran As-Saqqaf Rahimahullah berkata: Aku niat di dalam pernikahan dan perkahwinan ini kerana: - Cinta kepada Allah
- Serta berusaha meramaikan anak untuk mengekalkan makhluk manusia di muka bumi Allah Ta’ala
- Cinta kepada Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam serta banyakkan kebanggaannya sebagaimana sabda beliau: "Berkahwinlah kamu serta perbanyakkan keturunan, kerana sesungguhnya aku bangga dengan banyaknya kamu dari umat yang terdahulu."
Aku berniat berkahwin dan apa sahaja yang berkaitan dengannya dari perkataan dan perbuatan agar:- Mendapat barakat daripada doa anak yang soleh
- Meminta syafaat dari anak yang mati kecil jika anak itu mati sebelumku.
Aku niat berkahwin ini agar:
- Terhindar dari godaan syaitan
- Memecahkan keinginan yang sangat kuat
- Menghindarkan malapetaka yang menimpa
- Memejam mata dari segala hal yang diharamkan oleh Allah Ta’ala dan gangguan was was
- dan menjaga kemaluanku dari perbuatan keji
Aku niat berkahwin ini untuk:- Menenangkan diri dengan menggembirakan isteri didalam pergaulan dengannya
- Memandang dan bercumbu cumbuan dengannya
- Menyenangkan hati dan menambah ketaqwaan dalam ibadah
- Mententeramkan hati dari perkara yang berkatian dengan dapur,memasak,mengemas,menyapu,menghamparkan tikar,membasuh pinggan mangkuk serta menyediakan keperluan kehidupan.
Aku niat bernikah juga untuk:- Melawan hawa nafsu dan melatihnya dengan penjagaan
- Pengawasan supaya dapat melaksanakan kewajipan keluarga
- Sabar terhadap tingkah laku
- Sabar dan menahan diri dari gangguan mereka
- Berusaha memperbaiki dan member petunjuk ke jalan yang baik
- Berusaha mencari rezeki yang halal untuk keluarga
- Melaksanakan perintah Allah dalam mendidik anak serta meminta kekuatan dan penjagaan dari Allah dan memohon taufiqNYA dan penyerahan diri kepada hadhrat Ilahi dan aku berniat untuk kesemua yang disebutkan tadi kerana Allah.
- Aku niat juga seperti ini dan juga selainnya dari perbuatan dan perkataan yang aku lakukan dan katakana di dalam nikah ini kerana Allah
- Aku berniat seperti niat orang-orang yang soleh dari ulama yang mengamalkan ilmunya.
Baitul muslim?
hee..
Doa Imam Habib Ali bin Abu Bakar As-Sakran As-Saqqaf"Ya Allah!Berilah taufiq dan pertolonganMu kepada kami sepertimana kamu memberi taufiq dan pertolonganMU kepada mereka, sempurnakanlah kekurangan yang ada pada kami, dan janganlah Engkau memberati urusan kepada kami walau sekelip mata, dan perbaikilah segala hal untuk kami daripada anugerah dan kemuliaanMU dalam keadaan sihat dan sejahtera."
"Ya Allah! Ampunilah dosa kami, rahmatilah kami, redhailah kami, terimalah apa sahaja yang datang dari kami, masukkan kami di dalam syurga serta selamatkan kami dari azab nerakaMu serta perbaikilah segala hal kami."
"Ya Allah! Berikanlah pertolongan, barakah dan keselamatan untuk kami di dalam perkahwinan ini dan kesemua urusan kami. Selamatkan kami dari segala perkara yang menyibukkan kami dari MengingatiMu serta segala rintangan yang menghalang di antara kami untuk mentaatiMu, dan jadikanlah di dalam perkahwinan ini kesempurnaan dan tidak meminta minta kepada orang lain."
"Ya Allah! Sesungguhnya tingkah lakuku adalah pemberianMu, maka oleh itu jagalah aku dimana sahaja aku berada, dan perhatikan kami dengan kekuasaanMU, yang dengannya Engkau menguasai hamba-hambaMu yang soleh."
"Ya Allah! Bantulah kami, orang tua kami, anak anak kami, isteri isteri kami, guru kami, dan semua saudara-mara kami, begitu juga sahabat yang mempunyai hak terhadap kami dan orang yang mempunyai hak yang paling rendah terhadap kami. Ya Allah! Tolonglah kami dan mereka bagi memudahkan mereka MengingatiMu, mensyukuri nikmatMU dan beribadah kepadaMu dengan baik, wahai Tuhan semesta alam."
"Ya Allah! Berilah taufiq dan hidayat kepada kami dan juga kepada mereka, wahai Tuhan yang menguasai seluruh alam semesta.Ya Allah! Hidupkanlah kami dan mereka di dalam penguasaan Al-QUr’an dan sunnah NabiMu wahai Tuhan yang mempunyai keagungan dan kemuliaan. Ya Allah! Sesungguhnya kami meminta kepadaMu bagi pihak kami dan mereka agar diterima apa jua amalan yang pernah kami lakukan untuk mendekatkan diri kepadaMu. Terimalah dari kami ini. Amin Ya rabbal Alamin."
"Ya Allah! Limpahkan selawat dan salam daripada keagunganMu kepada utusanMu yang paling mulia Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa sallam sebagai nabi yang terakhir diutuskan kepada hamba hambaMu, serta selawat dan salam kepada ahli keluarga baginda beserta para sahabat baginda.. segala puji bagi Allah tuhan semesta Alam."
~Intaha~Dipetik dari Terjemahan Kitab An-Niyyat Karangan Habib Sa'ad rahimahullah. Hadiahkan Al-Fatihah buat Al-Marhum..
Sumber : Sakinah~Mawaddah
Menangis masa baca entri ni. Kenapa? Sebab merasakan tiada guna couple lama2. Baiklah kahwin terus andai dah sayang. Dari berzina membuat maksiat itu ini.. betul tak? Setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza2. Muna tak faham kenapa mak ayah sekarang ni bila anak2 kata nak kahwin untuk elak maksiat, mereka kata anak2 mereka gatal. Yeah! That's true. Sebab gatal lah kena kahwinkan diorang cepat2. hee.. Sanggup ke tanggung dosa anak2 korang buat dosa itu ini? Nak ke tanggung dosa anak korang buang bayi yang tak bersalah tu? Kecewa dengan perangai kebanyakan ibu bapa 'masa kini'. Diorang lebih pentingkan nama diorang daripada dosa diorang bila bertemu Allah nanti.
Anak2 pun toksah la dok pulun hentam mak ayah hangpa sebab tak bagi hangpa kahwin awal. Ada ka macam tu! Aish.. Hormatilah keputusan mak ayah. Kalau ada masalah kot dah terlanjur ke, (simpang malaikat 44) bincanglah secara baik. Nyatakan sebab kenapa nak kahwin awal. Jangan diamkan je, dan terus gugurkan anak tu bila niat anda untuk berkahwin dihalang oleh mak ayah. Ok :) Buat keputusan secara rasional.
Ok lah, malas nak taip banyak2. Yang baik jadi teladan, yang buruk buang jauh2 ya? Semoga berjaya hadapi + tepis segala dugaan dan cubaan dalam perjalanan mendapat redhaNya. Sekian, salam. Salah silap harap dimaafkan.
p/s: Ingatan untuk diri sendiri juga :') Kak Umi yang Muna Munie sayang.. saya nak ucapkan terima kasih banyak2 kat akak sebab sentuh hati ni dari jauh :'(
>>Older Post | Newer Posts<<
Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia..
Hari ni Muna nak kongsi kan 1 artikel mengenai niat bernikah dan berkahwin. Tajuk entri tu saja je.. hee.. Salah ke nak pilih khitbah dari couple? Khitbah tu apa? Baca SINI.
Sweet kan :) |
Niat
إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه
Maksudnya: “Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”. Hadis Sahih Bukhari dan Muslim
Dengan hadis inilah Imam Bukhari memulai kitab shahinya dan menempatkannya dalam pengantar kitab tersebut. Sheikh Abdur Rahman b Mahdi berkata: Seandainya aku mengarang sebuah buku yang di dalamnya terdapat beberapa bab,sudah pasti aku menjadikan hadis ini dalam setiap bab.
Kata-kata Ulama mengenai Niat
- Yahya b Abi Khatsir berkata: "Pelajarilah niat kerana sesungguhnya niat itu lebih penting dari amal itu sendiri."
- Zaid As-Syaami berkata: "Sesungguhnya aku paling suka berniat dalam segala hal dan urusan, walaupun ketika makan dan minum."
- Imam Daud At-Thoi berkata: "Aku melihat segala kebaikan terkumpul daripada baiknya niat seseorang."
- Imam Habib Abdullah Alawi Al-Haddad berkata: "Carilah niat yang baik, perbanyakkan dengan niat tersebut, nescaya akan menambah pengawasan dan kekhusyukkan."
Para salaf telah mengajarkan kepada anak mereka tentang niat sebagaimana mereka mengajar al-Fatihah kerana memandangkan kepentingan niat tersebut.
Jom nikah khitbah! hee.. saya tak nak couple lama2 la :'( |
Niat Nikah dan berkahwin
Imam Habib Ali bin Abu Bakar As-Sakran As-Saqqaf Rahimahullah berkata:
Aku niat di dalam pernikahan dan perkahwinan ini kerana:
- Cinta kepada Allah
- Serta berusaha meramaikan anak untuk mengekalkan makhluk manusia di muka bumi Allah Ta’ala
- Cinta kepada Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam serta banyakkan kebanggaannya sebagaimana sabda beliau: "Berkahwinlah kamu serta perbanyakkan keturunan, kerana sesungguhnya aku bangga dengan banyaknya kamu dari umat yang terdahulu."
Aku berniat berkahwin dan apa sahaja yang berkaitan dengannya dari perkataan dan perbuatan agar:
- Mendapat barakat daripada doa anak yang soleh
- Meminta syafaat dari anak yang mati kecil jika anak itu mati sebelumku.
- Terhindar dari godaan syaitan
- Memecahkan keinginan yang sangat kuat
- Menghindarkan malapetaka yang menimpa
- Memejam mata dari segala hal yang diharamkan oleh Allah Ta’ala dan gangguan was was
- dan menjaga kemaluanku dari perbuatan keji
Aku niat berkahwin ini untuk:
- Menenangkan diri dengan menggembirakan isteri didalam pergaulan dengannya
- Memandang dan bercumbu cumbuan dengannya
- Menyenangkan hati dan menambah ketaqwaan dalam ibadah
- Mententeramkan hati dari perkara yang berkatian dengan dapur,memasak,mengemas,menyapu,menghamparkan tikar,membasuh pinggan mangkuk serta menyediakan keperluan kehidupan.
Aku niat bernikah juga untuk:
- Melawan hawa nafsu dan melatihnya dengan penjagaan
- Pengawasan supaya dapat melaksanakan kewajipan keluarga
- Sabar terhadap tingkah laku
- Sabar dan menahan diri dari gangguan mereka
- Berusaha memperbaiki dan member petunjuk ke jalan yang baik
- Berusaha mencari rezeki yang halal untuk keluarga
- Melaksanakan perintah Allah dalam mendidik anak serta meminta kekuatan dan penjagaan dari Allah dan memohon taufiqNYA dan penyerahan diri kepada hadhrat Ilahi dan aku berniat untuk kesemua yang disebutkan tadi kerana Allah.
- Aku niat juga seperti ini dan juga selainnya dari perbuatan dan perkataan yang aku lakukan dan katakana di dalam nikah ini kerana Allah
- Aku berniat seperti niat orang-orang yang soleh dari ulama yang mengamalkan ilmunya.
Baitul muslim? hee.. |
Doa Imam Habib Ali bin Abu Bakar As-Sakran As-Saqqaf
"Ya Allah!Berilah taufiq dan pertolonganMu kepada kami sepertimana kamu memberi taufiq dan pertolonganMU kepada mereka, sempurnakanlah kekurangan yang ada pada kami, dan janganlah Engkau memberati urusan kepada kami walau sekelip mata, dan perbaikilah segala hal untuk kami daripada anugerah dan kemuliaanMU dalam keadaan sihat dan sejahtera."
"Ya Allah! Ampunilah dosa kami, rahmatilah kami, redhailah kami, terimalah apa sahaja yang datang dari kami, masukkan kami di dalam syurga serta selamatkan kami dari azab nerakaMu serta perbaikilah segala hal kami."
"Ya Allah! Berikanlah pertolongan, barakah dan keselamatan untuk kami di dalam perkahwinan ini dan kesemua urusan kami. Selamatkan kami dari segala perkara yang menyibukkan kami dari MengingatiMu serta segala rintangan yang menghalang di antara kami untuk mentaatiMu, dan jadikanlah di dalam perkahwinan ini kesempurnaan dan tidak meminta minta kepada orang lain."
"Ya Allah! Sesungguhnya tingkah lakuku adalah pemberianMu, maka oleh itu jagalah aku dimana sahaja aku berada, dan perhatikan kami dengan kekuasaanMU, yang dengannya Engkau menguasai hamba-hambaMu yang soleh."
"Ya Allah! Bantulah kami, orang tua kami, anak anak kami, isteri isteri kami, guru kami, dan semua saudara-mara kami, begitu juga sahabat yang mempunyai hak terhadap kami dan orang yang mempunyai hak yang paling rendah terhadap kami. Ya Allah! Tolonglah kami dan mereka bagi memudahkan mereka MengingatiMu, mensyukuri nikmatMU dan beribadah kepadaMu dengan baik, wahai Tuhan semesta alam."
"Ya Allah! Berilah taufiq dan hidayat kepada kami dan juga kepada mereka, wahai Tuhan yang menguasai seluruh alam semesta.Ya Allah! Hidupkanlah kami dan mereka di dalam penguasaan Al-QUr’an dan sunnah NabiMu wahai Tuhan yang mempunyai keagungan dan kemuliaan. Ya Allah! Sesungguhnya kami meminta kepadaMu bagi pihak kami dan mereka agar diterima apa jua amalan yang pernah kami lakukan untuk mendekatkan diri kepadaMu. Terimalah dari kami ini. Amin Ya rabbal Alamin."
"Ya Allah! Limpahkan selawat dan salam daripada keagunganMu kepada utusanMu yang paling mulia Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa sallam sebagai nabi yang terakhir diutuskan kepada hamba hambaMu, serta selawat dan salam kepada ahli keluarga baginda beserta para sahabat baginda.. segala puji bagi Allah tuhan semesta Alam."
~Intaha~
Dipetik dari Terjemahan Kitab An-Niyyat Karangan Habib Sa'ad rahimahullah. Hadiahkan Al-Fatihah buat Al-Marhum..