Takut dengan BEN ASHAARI?

Tuesday, 24 January 2012 | 11 comments


Assalammualaikum..
Pagi tadi Muna dah join Segmen Santai Ben Ashaari.. tapi entry ni Muna nak komen sikit je pasal blogger2 yang ada kat luar tu. Kalau siapa2 yang terasa pedas, maknanya dia makan sambal la tu! (takkan makan donat rasa pedas plak kan?).

Muna pelik lagi hairan.. kenapa la korang takut sangat nak join segmen Ben Ashaari tu? Muna tengok lah komen entri abg Ben yang INI, ramai sangat tak nak join sebab korang rasa blog Ben Ashaari lagi best dari blog korang? Come on la. Belum cuba belum tahu. Segmen tu segmen berani mati. Takde nya abg Ben nak pergi cari korang tumbuk muka korang sampai mati dek kerana korang terlalu berani. Jangan lah takut sangat. Mentang2 badan abg Ben berketul2 korang takut lah?

Ada yang tulis seram.. wait a minute! abg Ben, abg ada bela hantu ke? Mana lah tahu.. sampai seram budak tu dibuatnya..~ hee.. Ada yang tulis, nak join, tapi tak sanggup menipu?  Hello! Abg Ben tak suruh menipu pun. Dia cuma suruh korang ceritakan kelebihan blog korang. Cerita lah apa yang korang rasa blog korang ada, tapi blog abg Ben takde. Itu pun menipu ke? Erm.. Minta maaf lah Muna emo sikit malam2 ni.

Tapi.. ada juga komen yang Muna suka. Contohnya : "Jangan jadi blogger robot. Beranilah mengkritik." Kenapa Muna suka? Sebab, dari kritikan lah kita boleh berjaya. Ambil pengajaran dari kritikan tu. Kalau kritikan tak guna sila buang jauh2, yang berguna ambil dan fikirkan cara untuk ubah kepada yang lebih baik :)

Dan, Muna dah terjah satu2 blog yang join. Muna jumpa satu entri yang Muna rasa memang berani mati! Dia condemn abg Ben itu ini.. macam2 ditulisnya! hahaha.. Muna pun tak seberani dia. Apa2 pun.. kita tunggu lah apa kata Abg Ben Ashaari kita ya? Sekian, salam.

Labels: ,



>>Older Post | Newer Posts<<