Trouble is a FRIEND?

Monday, 6 February 2012 | 0 comments


Pernah tak korang tahan nangis macam gambar atas tu?
Muna pernah! Sampai bilik air basuh baju sambil nangis..
Tak nak bagi orang dengar.. hee.. sobs3...  :'(
Assalammualaikum dan salam 1Malaysia..
Kenapa TROUBLE IS A FRIEND? Dah macam tajuk lagu Lenka dah.. bukan macam, memang! hee.. Siapa dalam hidup ni tak pernah ada masalah, sila angkat kaki! hee.. Muna percaya, setiap orang mesti tak nak ada masalah kan? Tapi.. cuba bayangkan. Kalau hidup di dunia ni tak ada masalah. Hambar kan? Macam minum kopi tanpa gula.. pahit! Pergi beli satu buku Sudoku, (mentang2 En. Syarul bagi satu buku Sudoku..) try buat satu. Apa korang rasa bila dapat siap? Rasa nikmat kan bila dapat selesaikan masalah tu :)

Allah Maha Penyayang.. Allah hanya akan bagi dugaan kepada setiap hambaNya atas kemampuan hambaNya. Tapi, kita tak sedar. Kita keluh kesah, kita membebel itu tak kena, ini tak kena.. padahal, setiap dugaan tu tandanya Allah masih sayangkan kita. Allah nak bagi pahala lebih kat kita. Tu pun tak nak ke? 

Erm.. Muna tulis entri ni sebab Muna rasa serba salah sejak kes semalam. Kes apa tu, tak perlu lah Muna cerita keburukan Muna sendiri dan keburukan orang lain. Cuma yang menyesalnya, benda dah jadi baru nak muhasabah diri. Masa nak jadi dok lepas marah.. En. Syarul juga jadi mangsa keadaan. Asif.. (maaf dalam Bahasa Arab).

Allah tak pernah zalim pada hambaNya. Kita je yang selalu menzalimi diri kita sendiri. Ingat! Masalah tu bukan lah bebanan, tapi peringatan dan tanda sayang Allah kepada hambaNya. Terima dengan ikhlas, redha dan kemaafan. Hidupkan untuk memberi?

Boleh juga baca entri INI.. sebab lebih kurang je.

Labels:



Best of the Best Blog Peluang Terakhir

Sunday, 5 February 2012 | 0 comments


Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia..
Hari ni Muna nak cerita entri menarik dari blogger faveret Muna Abg Ilham dan Abg Ariffshah pasal penganjur World Bloggers Award dah tukar cara menentukan pemenang untuk setiap kategori. Sebelum ni pihak penganjur tulis 50% undian je dikira, 50% lagi markah daripada hakim dan kena buktikan ‘populariti’ blog dengan maklumat trafik dan sebagainya, tapi sekarang takde dah. Pemenang award dipilih berdasarkan undian. Diorang baru umumkan yang pemenang akan dipilih berdasarkan 80% vote dan 20% lagi daripada trafik, content & kualiti.

Attention all MSMW fans every category has only one winner, the blog with the maximum number of votes wins #msmw2012— msmw_2012 (@msmw_2012) February 1, 2012.

Ada masa lagi untuk korang semua tolong blogger faveret Muna ni untuk menang :) hee.. Kepada Rakan Blogger yang sudi nak bantu, silakan.

Cara mengundi
Ok, ni sahaja untuk entri Best of the Best Blog of The Year. Nak join tak layak lagi.. jadi pengundi layak la :) hee.. Tolong vote untuk abg kesayangan Muna ok? :) hee.. Ok. Salam

Labels: ,



>>Older Post |