Kenapa saya tak boleh berpoligami?

Thursday 5 April 2012 | 0 comments


Assalammualaikum..
Tengah asyik tengok cerita Ketika Cinta Bertasbih tadi, Muna asyik terfikir. Kenapa sesetengah wanita meletakkan syarat kepada bakal suami supaya JANGAN BERPOLIGAMI?? Kalau hendak berpoligami, lupakanlah hasrat untuk mengambil saya sebagai isteri. haha..  Lebih kurang begitulah ayat Anna Althafunnisa' kepada bakal suaminya. Syarat ini bagai penentu hidup dan mati, tetapi mengapa tidak ditekankan juga syarat-syarat yang lain macam:

 JANGAN tinggal solat dan puasa..
 JANGAN ada affair dengan perempuan lain..
 JANGAN hisap rokok, membazir duit, malas kerja..
 JANGAN abaikan didikan agama kepada saya dan anak-anak..
 JANGAN besarkan dunia dari akhirat..
 JANGAN lalai dari didik saya dekat kepada Allah..

p/s : Lelaki yang soleh mampu mendidik wanita yang kurang solehah tetapi wanita yang solehah tidak akan mampu mendidik lelaki yang kurang soleh. Kenapa? Kerana asasnya adalah lelaki yang perlu mendidik wanita dan menjadi tunggak utama dalam membina keluarga sakinah ♥♥ 


>>Older Post | Newer Posts<<