5 Senaman Untuk Kecilkan Peha

Friday 6 April 2012 | 0 comments




Assalammualaikum..
Siapa kenal dengan blogger femes amos kat atas tu? Tak kenal? Haa.. ni lah Kak Pen Merah! Blogger ni sebelum ni 'comel' sikit orangnya. Now dah 'cantik menarik'. hee.. Macam mana tu ek Kak Pen Merah boleh jadi cantik macam ni? hee..

Ok, siapa kat sini rasa peha dia besar macam Muna? Sila angkat tangan! 1.. 2.. 3.. 4.. 10!! Waah3.. ramainya! Penat diet, perut kurus, berat turun, tapi bahagian pinggul dan pehaa pula slack! Adoi.. macam mana ni? 

Macam mana cara nak kecilkan peha? Antara cara yang senang tapi 'malas' nak buat adalah seperti berlari atau jogging, berjalan atau 'walkathon', dan berbasikal. Tiga cara ini adalah sangat sinonim untuk mengurangkan lemak di bahagian peha. Adakah anda terfikir cara lain untuk mengecilkan peha anda?
Nak peha macam ni? Jom try cara bawah ni! :)
Berikut merupakan langkah-langkah aktiviti yang boleh anda lakukan untuk mengecilkan bahagian peha anda:

1. 'Kerusi bayangan'
Berikut adalah panduan untuk senaman "kerusi bayangan":

  • Berdiri tegak sambil bersandar pada dinding.
  • Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan perlahan-lahan. Turunkan badan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk. Bayangkan macam korang tengah duduk atas kerusi.
  • Bila dah duduk, cuba tahan selama mana yang korang boleh tahan sebelum korang berdiri tegak semula. Kebanyakan orang hanya boleh bertahan untuk beberapa saat sahaja pada permulaan. Yelah.. penat kan? :p hee.. Kalau dah selalu buat nanti, mesti korang dapat tahan lama!
  • Pastikan badan anda tegak semasa 'duduk'.
  • Cuba capai 10 saat pada permulaan, dan bertahan sehingga 1 minit setelah melakukannya beberapa kali. Lakukan 5 kali setiap hari!
  • Latihan ini agak mencabar kesabaran dan kekuatan mental anda. Mula-mula nampak macam susah, tapi kalau dah biasa buat nanti mesti korang rasa senang je! :)


2. Pergerakan "menggunting"
Yang ni paling senang! Korang baring atas lantai (tangan dekat sisi), lepas tu angkat kaki lebih kurang 45 darjah. Lepas tu bayangkan pergerakan gunting masa potong kertas. Silangkan kaki kanan atas kaki kiri. After that, kaki kiri pula bersilang atas kaki kanan. Ulang2 banyak kali 12 – 15 kali untuk setiap set. Anda akan dapat rasa tekanan di otot-otot bahagian peha anda.

3. Pusingan bulatan
Baring mengiring di atas lantai dengan sebelah tangan anda ke atas (baring berbantalkan lengan anda) dan letakkan tapak tangan sebelah lagi di atas lantai di hadapan perut anda. Angkat sebelah kaki ke atas setinggi yang boleh. Tarik nafas, dan pusingkan kaki yang anda angkat itu mengikut pusingan jam. Gerakkan seluruh kaki tanpa menggerakkan pinggul anda. Buat pusingan jam sebanyak 5 kali sebelum ulang langkah tersebut menggunakan kaki yang sebelah lagi pula. Lakukan sehingga 10 set jika boleh.

4. Pakai kasut tinggi!
Kalau sebelum ini kita memerlukan alasan untuk pakai kasut tinggi, inilah masanya! Memakai kasut tinggi boleh membentuk otot betis dan peha. Walaupun kita kena beringat yang amalan memakai kasut tinggi ini boleh memberi kesan buruk kepada kaki dan postur, oleh itu anda perlulah berhati-hati! Kajian mengatakan bahawa kita tidak sepatutnya menggunakan kasut tumit tinggi yang melebihi 2 inci! <- Kalau Muna pakai, mesti terpelecok kaki.. haha..

5. Melompat di atas trampoline
Melompat di atas trampoline ini sangat baik untuk peredaran darah dalam badan, pembakaran lemak, meningkatkan metabolism, mengurangkan selulit dan membentuk kaki yang cantik. Lakukan aktiviti ini selama setengah jam dapat membakar hampir 200 kalori dalam badan. Ia juga aktiviti yang sangat menarik yang anda boleh lakukan bersama keluarga mahupun rakan-rakan anda!

Aktiviti-aktiviti ini perlu dilakukan dengan sokongan pemakanan yang berkhasiat dan sihat secara konsisten. Semakin konsisten latihan disusuli dengan pemakanan yang sihat, semakin cepat anda boleh melihat hasilnya. :) Sekian saja dari Muna. Salam



>>Older Post | Newer Posts<<