Jom jumpa Lisa Surihani, Heliza Helmi dan Wardina Safiyyah!

Saturday, 17 March 2012 | 0 comments


Assalammualaikum..
Perhatian kepada wanita-wanita di Malaysia, jangan lepaskan peluang ini untuk mencurahkan kasih sayang korang dengan menjadi akak angkat kepada anak-anak yatim perempuan. Muna dah join. Korang bila lagi? Muna kan dah habis belajar, so.. Muna ambil peluang ni untuk isi masa lapang selain berbakti pada diorang. Erm.. kesian pula kalau fikir nasib diorang. Bukan diorang nak jadi anak2 yatim di usia awal remaja ni. Ada yang kecik2 lagi! Tengok gambar budak yang Lisa pegang tu. Agak2 dalam 4 tahun kut.. siannya kat dia!

Bila Muna promote program ni kat kawan2 ada yang tanya "PROGRAM APA PLAK TU?" hee.. Program‘Sinar Cahayaku bersama Garnier Take Care’ merupakan program yang mencetus perubahan. Ia mengalu-alukan wanita serata Malaysia untuk tampil dan meluangkan masa dan pengetahuan mereka ke arah memanfaatkan anak-anak yatim dalam menempuh alam gadis mereka.

Dalam meniti alam remaja dan melangkah ke alam dewasa – masa dan bimbingan yang diluangkan oleh ‘Kakak Angkat’ pasti besar nilainya dalam membantu mereka untuk menangani setiap yang mereka hadapi. Korang boleh tengok video YOUTUBE NI untuk mengetahui lebih lanjut.

Soalan kedua yang ditanya adalah: "SO, KITORANG KENA BUAT APA JE NANTI?" Senang je! Korang cuma perlu jalankan tanggungjawab menjadi ‘Kakak Angkat’ kepada seorang anak yatim. Pelbagai aktiviti akan diatur untuk anda dan ‘adik angkat’ anda yang dianjurkan oleh Garnier untuk sepanjang tahun. Selain itu, Garnier akan turut membantu sebarang komunikasi di antara anda dan adik ‘angkat’ anda, seperti surat-menyurat, kad ucapan dan sebagainya.

Cam best je kan? "MACAM MANA NAK JOIN?" Senang je! Korang cuma perlu daftar menerusi borang e-permohonan yang disediakan (KLIK SINI). Cepat lah daftar! Apa tunggu lagi??

Haa! Lupa nak bagitahu! Ada HADIAH PERCUMA -> Garnier Light Whiten & Even Moisturising Cream. Garnier Light Moisturiser percuma akan diposkan kepada anda, make sure korang isi borang pendaftaran betul2!! Untuk 200 peserta pra pendaftaran, pihak Garnier akan hantar 50ml Garnier Light Moisturiser + Kit Perjalanan Garnier eksklusif bernilai RM10 secara PERCUMA okay!!~

Antara selebriti yang join program ni adalah:
  • Lisa Surihani – Aktres dan Duta Jenama Garnier.
  • Heliza Helmi – Aktres, Model dan Pereka Tudung Wanita.
  • Wardina Safiyyah – Hos Rancangan TV dan ibu kepada 2 cahayamata.
So, apa tunggu lagi?? Jom lah berbuat kebajikan sementara masih bernafas dan ada peluang :) hee.. Untuk maklumat lanjut korang boleh lawat Facebook page Garnier okay? Sekian saja dari saya untuk hari ini. Ada apa2 lagi saya update okay?~.. Salam. ^^

Labels:



>>Older Post | Newer Posts<<