Top Malaysian Blogger yang ingin saya jadikan BFF

Assalammualaikum..
Pagi ni Muna nak join satu segmen yang ditaja khas oleh Mama Murai di mana Muna dikehendaki untuk memilih seorang Top Malaysian Blogger yang ingin Muna jadikan sebagai BFF. hee.. Guess who? Kalau boleh, Muna nak pilih si kecik yang tak pandai berahsia tu. Nama nak SECRET, tapi takde lah secret sangat.. 

Kenapa nak pilih LYSSA SECRET?
  • She is so arrogant! hahaha.. Main lalu je kat blog Muna.. tak follow pun! How dare you Lyssa! Nasib lah kamu tinggalkan komen! Malas lah nak taip nama kamu dah.. haha.. (Mesti dia cakap : gila jahat akak ni!)
  • Banyak sangat tutorial berguna dari dia yang Muna dah gunakan untuk cantikkan blog Muna ni.. sampai ada orang minta tolong Muna designkan template blog untuk dia. hee.. Bangga (^_^)
  • Jarak umur yang tak jauh.. boleh jadi member kamcing. Macam Abg Ben Ashaari dan Abg Ujang :p Boleh tak Lyssa?? :)
  • dan lain-lain..
Kenapa tu je? hee.. sebab blog Lyssa Secret tak tersenarai dalam Top Malaysian Blogger yang telah disenaraikan oleh Mama dalam entri nya YANG INI. Bila tengok Mama linkkan Top Malaysian Blogger, Muna ingat adalah nama Abg Ilham kesayangan Muna tu.. tapi yang menyedihkan Muna, Abg Ilham tak tersenarai :'( Sobs3.. So, bila diminta memilih untuk blogger2 yang telah disenaraikan tu, Muna nak pilih kak Emila Yusof la :) Kenapa ye Muna nak pilih dia untuk dijadikan BFF? hee..
  • Mana lah tahu kalau2 dapat header cantik + FREE dari kak Emila ke?
  • Lukisan yang kak Emila lukis sangat cantik + kreatif! Korang dah pernah tengok ke? Baca entri sampai habis.. Muna tepek sikit nanti :)
  • Pengisian blog yang menarik!
  • Ada ramai follower + yang penting sekali.. follower tu terdiri dari pelbagai negara. Kira macam 1Dunia gitu.. hee.. :)
  • Nak tumpang naik kereta Peugeot 308 VTi yang kak Emila dapat free tu :) hee.. salah3.. Menang contest la! Tak percaya? Baca SINI
  • Nak jugak kalendar free yang comel + cantik dari kak Emila. Made by hand ok! Baca SINI.
  • Lastly, Muna ni kan peminat kak Farihah Iskandar.. ala.. penulis novel remaja Dear Yayah tu! Muna suka sangat ok! Oh ya! Apa kena mengena kak Emila dengan Dear Yayah plak? Kak Emila la yang buat cover diari Dear Yayah tu! Muna ada beli satu. Comel3.. :)
Ok lah, tu saja yang Muna nak bagitahu. Muna list yang penting2 je ya?
Lawa sangat!

Cantik kan?
Ada banyak lagi. Kalau nak tengok, boleh lah korang melawat ke sana. Ok? 

p/s: Artikel ini ditaja oleh Mama Murai
Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

  1. Assalamu`alaikum Muna, pertama sekali akak mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi meringankan jari-jemari kerana menulis entri ini. Sungguh gembira kerana Muna menjadi peserta.

    Pasal list dalam artikel 'Top Malaysian Blogger' yang pernah saya buat tu, saya minta maaf kalau ada di antara nama-nama besar yang saya tak mention dalam artikel itu. Bukan apa, saya juga manusia biasa yang lemah sifatnya dan kadang-kadang sedikit culas untuk mengingat serba-serbi. :(

    Maafkan saya.

    Tapi untuk pengetahuan Muna, abang Ilham Muna memang salah seorang Top Malaysian Blogger. Serius! Bab tu memang saya tak boleh nafikan kerana angka-angka penentu telah menunjukkan. Cuma ianya akan menjadi berbeza bila diambil dari sudut dan perspektif Top Malaysian Blogger mengikut acuan saya.

    Sekadar pendapat saya Muna. Perbetulkan mana yang silap. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..
      Hee.. sayang Mama lebih la! Panjang nya komen Mama. Suka lah :) Muna saja je sedih tu. hee.. Muna tahu, setiap orang mesti suka org lain2.. mana boleh suka org yg sama kan? :) huu.. dulu Muna suka kat Abg Ben. tapi dia macam tak pedulikan Muna pun :p (ayat tak boleh blah)! So, Muna nak beralih minat pada abg Ilham. huhu.. Abg Ilham selalu gak la komen entri Muna, tu yg syg sgt kat abg Ilham tu. hee.. :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Blog Celoteh Muna | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO