Cerita motivasi hari minggu

Monday, 20 February 2012 | 0 comments



Assalammualaikum..
Muna nak kongsi satu artikel luahan rasa salah seorang blogger. Apa yang diluah tu Muna pernah rasa. Bila Muna post entri ni kat blog, belum tentu blogger2 otai macam Abg Ilham + Abg Ben nak baca entri ni.. kan? hee.. Tak pe la.. maybe diorang busy. Abg Ilham ada jugak menyinggah. Abg Ben bila nak singgah? erm.. Ok lah, apa2 pun.. selamat membaca! Yang baik jadikan teladan, yang buruk jangan dilayan :)

Facebook
Dulu Mak Limah pernah pesan pada saya, hujung minggu macam ni, entri tak perlu ganas-ganas, santai je. Sebab time ni mood membaca pembaca tegar kureng katanya. Kalau ada pun yang rajin, amat sedikit bilangannya. Okey roger, nampak point Mak Limah kat situ.

So hari ni Mama Murai tak akan menyembang kencang seperti biasa, sebaliknya menukarkan sembang tersebut kepada cerita pembakar semangat pulak. Kisah yang berlaku 30 tahun yang lepas semasa memula menulis blog.

Time tu sudah menjadi rutin harian saya untuk berblogwalking mencari sahabat. Standard newbies… kena tebalkan muka segala untuk spam sepam dua kekotak komen dan shoutbox pemblog lain.

Suatu hari, secara tak sengaja saya telah terjumpa sebuah blog yang termasuk dalam kategori otai. Apa lagi dengan muka tak malu saya letakkan komen secukup rasa di dalam blog tersebut sambil berangan-angan mengharapkan kunjungan semula daripada blogger otai tu.

Hari pertama dia tak balas komentar daripada saya, saya senyum…

“dia lupa agaknya”

kata saya dalam hati. Saya bubuh lagi komen ke 2 pada entrinya yang lain. Juga tak berbalas, begitulah seterusnya sehingga entri yang keempat.

Agak-agak bagaimana perasaan saya ketika itu? Seperti bercakap dengan bukit rite? Kesudahannya beliau tetap tak berkunjung atau menyapa walau sepatah perkataan pun kepada saya yang beranking Alexa sejuta ketika itu.

Kerana merasa putus asa dengan layanan blogger otai tersebut, saat itu saya berikrar, takpe sekarang kau mungkin memandang sebelah mata pada saya, tapi percayalah suatu masa nanti blog kerdil yang selalu meletakkan komen tanpa perasaan malu inilah yang akan lebih popular dan sukses daripada kamu.

So dipendekkan cerita, saya pun mulalah mengkaji perihal blog dan dunia blog. Segala rahsia penulisan pemblog Mat Salleh saya kutip satu persatu untuk dijadikan ilmu dan bekalan, sehinggalah blog buruk ini menjadi semakin stabil dan kukuh.

Dan kini cuba ‘KAU’ lihat siapa yang di atas dan siapa di bawah? Bukan riak okey, jauh sekali untuk menunjuk. Tapi cuba kau pandang ayat ini sebagai pengajaran. Belajar daripada kesilapan lalu.

Moral daripada pengalaman saya itu mudah, ketika berada di atas jangan lupakan mereka yang baru bertatih. Kalau pun terlalu sibuk dan terpaksa melayan jutaan komen daripada blogger lain, be fair, jangan sesekali melupakan blogger baru yang ingin menyambung tali silaturahim dengan kita. Mereka sebenarnya perlukan pencetus untuk berjaya.

Kalau boleh beri semangat, beri perangsang dan beri motivasi dengan cara membalas kunjungan dan berkomentar dalam blog mereka hatta sekali pun sebagai menunjukkan keprihatinan kita. Jangan sombong. Ingat tanpa mereka siapalah kita.

by MAMA MURAI

Mama ni rajin follow blog picisan macam blog Muna ni :) hee.. Mama sangat baik dan ramah. Hantarlah berapa banyak e-mel pun ke e-mel Mama, Mama tetap membalasnya :) hee..

Ok lah. Got to gO! Ada kelas pagi. Sekian, salam.


>>Older Post | Newer Posts<<