Running Man (TV series)

Saturday 21 January 2012 | 4 comments


Assalammualaikum..
Malam ni Muna nak cerita pasal Korean TV Series yang tengah femes sekarang :) Walaupun ketinggalan sikit dari Amal (jiran sebelah bilik :P hee.. ). Muna ambil cerita ni dari dia la. Dulu asyik dengar dia gelak sorang2 dalam bilik.. sekarang ni, mesti rumet Muna pelik kenapa Muna gelak sorang2. Berjangkit dengan Amal! 

Running Man dengan tema nya : "Don't walk, run!" merupakan satu genre urban action varieti dan komedi. Memang lawak lah! Sape2 yang tak suka gelak tu, tengok lah cerita ni! Mesti gelak gila2.. serius lawak! Tak kering gusi gelak :p Muna baru tengok sampai episod 5.. itu pun sebab episod 4 takde :'( sobs3.. (nak cari nanti!) Ok, biar Muna cerita sikit2 yang Muna tahu setakat episod 5 yang Muna tengok ni :)

Starring
Buat masa ni Muna baru tengok episod 5.. yang lain2 Muna update entry lain ya?

Episod 1
Semua krew yang terlibat termasuk lah peserta dikunci dalam Times Square (landmark) masa closed hour. Diorang dibahagikan pada dua group dan dikehendaki mencari kod2 yang tersembunyi dalm Times Square tu. Diorang akan dilepaskan bila semua group dah jumpa semua kod dan dikehendaki buka lock guna kod2 tu! Kumpulan yang kalah akan dikenakan hukuman. Hukuman nya HaHa kena jadi perempuan tolong tekan lif. haha.. memang lawak la!

Episod 2-5
Mula dari episod dua, kedua2 kumpulan dikehendaki mencari piggy bank (tabung) dalam landmark. Kumpulan yang menang banyak duit akan balik dengan senang hati dan yang kalah akan dihukum! Sama macam episod2 lain kut? Menang balik, kalah hukum! Dalam episod 2 dan 3, landmarknya adalah Suwon World Cup Stadium. Episod 4 dan 5 Gwacheon NAtional Science Museum.

Dan untuk pengetahuan korang, Running Man akan datang ke Malaysia!.. hee.. Tak sabar nak tunggu! Minta2 masa diorang datang tu Muna dah habis belajar :) wee~

Info :


Ok lah. Tu saja dari Muna malam ni. Muna nak sambung tengok Running Man! (City Hunter pun tak habis tengok lagi 1 CD :p hee.. ) Ok, salam..

* Doakan Muna sihat balik. Tak best lah cuti2 sakit :( Tak enjoy cuti)

Labels:



>>Older Post | Newer Posts<<