Pergimu tak kembali

Assalammualaikum..
Tadi baru lepas blogwalking.. Ada satu entri yang sangat menarik hati Muna. Kenapa? Sebab  Muna sedih bila org asyik suruh Muna bersabar je.. bila Muna cakap:
  • Muna rindu dia
  • Muna teringatkan dia
  • Muna terbayang2 kan muka dia
  • Muna rasa mcm mimpi

Ramai orang akan cakap SABAR JE LA.. Aiyoo!!... Memang la Muna sabar.. Kalau tak, dah lama Muna ikut dia :( Tak pun kan.. Muna pergi bunuh pembawa lori yg langgar dia tu.. Baru puas ati kan3??.. Kami sekeluarga TAKKAN PERNAH MELUPAKAN DIA!!.. Wajah dia.. Senyuman dia.. Alamak!! Muna rasa nak menangis la bila terkenang kan dia.. Hatta mendengar nama dia disebut pun air mata Muna dah bergenang menanti masa ditumpahkan!.. Erm.. Kehilangan memang perit.. Bagi siapa2 yang tak pernah rasa tu.. stop la ckp SABAR kat Muna.. Muna tahu korang akan cakap camtu.. Muna cuma nak lepaskan apa yang terbuku di hati Muna je. Tu je. Muna tak minta apa2 pun kat korang. Muna cuma minta sedekahkan Al-fatihah untuk dia.. cukup la. Jangan korang cakap je "al-fatihah"!!... baca la sekali.

Muna bersyukur sangat2 dapat balik sebelum nyawa dia ditarik Allah. Walaupun Muna sempat jumpa beberapa jam je.. at least, ada jugak kenangan terakhir Muna dengan dia.. macam rumah Siti Nurhaliza ke? Erm.. sangat sedih bila Muna teringat ayat yg dia ckp kat Muna masa tu.. Allah je yang tahu sakit yang dia tanggung. Biarlah dia pergi dengan aman daripada dia menanggung sakit itu. Kalau la korang faham perasaan Muna. Muna tak tahu nak cakap apa. Kadang2 Muna rasa yang dia masih hidup. Adess... sebak la. Muna stop sampai sini je ok? Doaku pada Muhammad Muaddib, moga aman di sana.. kami di sini merindui adib. Al-Fatihah
Ranking: 5

{ 6 comments... read them below or add one }

  1. Dik, semua org pernah merasai kehilangan org yg tersayang dan SABAR adalah satu-satunya perkataan yg akan diberikan oleh mereka yang turut bersimpati dan cuba memahami keadaan adik...sepatutnya, adik bersyukur kerana masih ada mereka yg turut cuba memahami adik.
    Akak kehilangan ayah akak baru2 ni dan akak gagal berada di sisi dia di saat akhir nafasnya!Tapi, setiap kali sesiapa pn mengatakan "sabar" buat akak, akak anggap sebagai DOA penguat semangat utk akak meneruskan kehidupan dan bersyukur akak masih punya mereka sebagai sahabat.pengubat kesedihan di hati....banyakkan membaca al-fatihah setiap kali teringat...Allah pasti mendengar rintihan kita, dik.

    ReplyDelete
  2. Salam Muna..
    apa lagi yang boleh dicakapkan melainkan bersabar..akak faham perasaan muna..faham sangat2..kehilangan orang yg kita sayang amat perit..kerana akak juga baru kehilangan orang yang akak sayang..baru jer lagi..baru 30 hari..senangkan nak ingat tarikhnya..dia pergi 1 januari..ayah akak pergi tinggalkan kami..apa pun kita kena redha..banyak2 sedekahkan ayat2 suci al-quran..semoga mereka yang pergi tenang disana..

    ReplyDelete
  3. ok dik.....sentiasa ingat dalam hati tiap2 org mengalami perkara yang sama...mungkin ada yang lebih hebat ujiannya dari ini....semoga Allah merahmati arwah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin :) ni yg syg akak lebih ni~

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Blog Celoteh Muna | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO