Apa itu Churp Churp?

Wednesday, 11 January 2012 | 0 comments


Assalammualaikum.

Hari ni Muna nak celoteh lagi pasal Churp Churp. Dalam entri lepas, Muna ada cakap pasal first kempen Churp Churp yang Muna join kan? Arini Muna nak celoteh serba sedikit pasal Churp Churp.

APA ITU CHURP CHURP?

Kalau anda ni salah seorang yang suka share dengan kawan-kawan anda apa trend terkini dan brand-brand yang anda suka, Churp Churp adalah pilihan yang tepat! Churp Churp adalah satu komuniti yang memberi ganjaran kepada pengaruh media sosial seperti anda untuk berkongsi mesej pada maklumat terkini, kempen dan acara-acara! Sebagai ahli Churp Churp atau juga dikenali sebagai Churpers, anda juga berpeluang untuk menyertai pelbagai contests & events yang telah dianjurkan dari masa ke masa. Anda juga akan mendapat e-mel pemberitahuan mengenai maklumat terkini dan peristiwa-peristiwa dari semasa ke semasa! Ohsem gila kan? :)

BOLEH KE SAYA JOIN CHURP CHURP?
Of courselah boleh! Anda boleh menyertai Churp Churp selagi anda adalah pengguna media sosial! Hah? Sudah.. Apa pula media sosial tu? Media sosial pun tak tahu? 


Media sosial tu macam Facebook, Twitter, Myspace dan macam2 lagi media sosial yang ada sekarang. Tak ada akaun Facebook dan Twitter? Jangan bimbang, jika anda tidak mempunyai akaun Facebook atau Twitter, anda juga boleh berkongsi melalui platform lain, contohnya: Blog, Mesej segera dan banyak lagi! Tetapi, mempunyai lebih banyak platform = lebih banyak cara untuk berkongsi = lebih ganjaran! Lebih ganjaran = lebih DUIT! hehe :)

Tertarik dengan Churp Churp? Daftar di SINI. Sama-samalah kita membuat DUIT bersama-sama dengan Churp Churp :) Sekian saja celoteh Muna pada hari ini. Terima kasih kerana sudi membaca celoteh Muna

Labels:



>>Older Post | Newer Posts<<