Macam mana nak isi UPU 2013?

Macam mana nak isi UPU online?

Aiseh.. sejak dua menjak ni, blog ni dah jadi blog tempat budak2 lepasan SPM cari maklumat kan? Al-maklumlah adik Muna baru habis SPM. Saja je nak share apa yang dia dan kawan-kawan dia tak tahu tu. Ramai yang tak tahu dah boleh isi UPU online.. I mean, dah boleh beli no pin dan isi mana yang patut. Ada kawan Deqna yang 'pandai' kata: " Eh, abang aku kata lepas dapat result SPM baru boleh beli no pin la. " Ok, fine! Ko jangan nak hasut adik aku isi lambat-lambat eh? Nanti dia lupa terus!..

Sambung pada tajuk utama. Macam mana nak isi UPU? Boleh tak Muna nak buat entri budak-budak? hee.. Ok, kita buat step by step tau!.. Tak leh langkau-langkau ya adik-adik.
  1. Pergi ke laman web rasmi permohonan kemasukan ke IPTA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA di http://upu.mohe.gov.my/
  2. Lepas tu boleh la pilih korang nak masuk mana, lepasan apa.. Faham tak? Yang ni macam gambar tu. Klik untuk lebih jelas
  3. Lepas tu, korang isi la jenis permohonan, program pengajian.
  4. Untuk lebih mudah dan senang, TOLONG BACA panduan permohonan di https://online.mohe.gov.my/upu/onlineupu/ipta/index.php. Ada panduan sebelum, semasa dan selepas permohonan. Tolong baca ya adik-adik!
  5. Dah habis baca boleh lah mula mengisi. Tekan kotak PERMOHONAN warna kuning kat atas tu.
  6. Ok, isi, isi dan terus mengisi. Last nanti jangan lupa print okay?! Senang. Hehe..
Okaylah, sekian sahaja dari kak Muna.. Kak muna?? Pun boleh!! Nanti bila-bila update entri lagi. Salam.

* Nanti korang kena isi CGPA kokurikulum. Boleh baca entri ni untuk check CGPA korang,

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

  1. thanks kak muna .. sgt membantu .. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Blog Celoteh Muna | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO