Pudarnya cinta

Sunday, 13 May 2012 | 2 comments



Lumrah kehidupan berpasangan apabila adanya masalah, bergaduh dan bermasam muka. Tapi, orang cakap itu semua normal. Tanda sayang katanya! hee.. Kalau tak gaduh, tak best la. Masa gaduh2 ni lah kita dapat memahami pasangan kita dengan lebih baik. Macam mana dia handle semua ni. Adakah dia panas baran (macam Muna) atau dia cool je menyelesaikan masalah (macam Idam) hee..

Jikalau perasaan kasih dan sayang tu tak dapat juga disemai walau telah dicuba berkali kali, sebenarnya adalah lebih baik untuk putus dan memberi ruang kepada diri sendiri dan pasangan. Kenapa? Sebab.. tak semua perkara kita dapat selesaikan walau macam mana usaha sekali pun. That's what we called LIFE. Inilah kehidupan.

Masih banyak yang perlu dipelajari dalam mengharungi sesuatu hubungan. Tambahan pula, lagi ramai calon di luar sana menanti apabila kita semakin matang dan semakin besar. Matrikulasi, kolej, universiti, alam pekerjaan, sebenarnya semua tu ada memberi peluang kepada kita. hee.. trust me!

Itu saja celoteh hari ini. Stay tune. Salam




>>Older Post | Newer Posts<<