Cintai diri sendiri

Friday, 11 May 2012 | 0 comments



A: Aku sayangkan dia melebihi nyawa ku sendiri
B: ?? pfft!!

Petang tadi tengok tv3.. ada la satu cerita ni, seorang kawan tu sayangkan kawan dia sangat2 sampai kawan dia jadi madu dia pun dia tak tahu. Sayang punya pasal.. Pelik lah! Pernah tak korang rasa macam ni? hee.. Muna rasa Muna tak pernah. kalau bercinta, kalau kita sayang kan seseorang tu melebihi nyawa kita sendiri, bila putus.. hurm.. tu yang jadi kes bunuh diri tu! Sayang melampau kan.. meLEBIHi nyawa sendiri. Bunuh diri. Sedangkan bekas kekasih tu takde rasa apa pun kalau kau mati.. uuuppss..

Langkah mencintai diri sendiri


Terima diri anda seadanya

Sebelum anda boleh mencintai diri sendiri, anda perlu belajar menerima diri sendiri dengan seadanya. Bersyukur dengan fizikal dan paras rupa anda. Belajar untuk menerima kelemahan & kekurangan diri. Jangan mengharapkan anda sempurna kerana tiada manusia yang sempurna dalam dunia.

Keyakinan terhadap pencipta membuatkan membuatkan kita yakin bahawa Dia mengurniakan kelemahan untuk kita mempelajari bagaimana untuk menukar kelemahan itu menjadi kekuatan. Dalam masa yg sama, ianya akan menjadikan anda manusia yg lebih tabah.


Menyediakan jurnal kejayaan

Mengapa sestengah itu mmpunyai keyakinan sedangkan sesetengah lagi tidak?? Hakikatnya, Allah mengurniakan manusia kebolehan untuk memilih fokus pemikiran mereka.

Orang yang kurang keyakinan hanya akan memberi fokus kepada kekurangan yang mereka miliki. Mereka mengabaikan dalam minda mereka pencapaian-pencapaian dan kekuatan dalam diri mereka. Sebaliknya org yang berkeyakinan diri akan memberi fokus pada kejayaan & kekuatan diri, dan dalam masa yang sama melihat kekurangan diri untuk diperbaiki.

Caranya, tulis samada kecil mahupun besar dalam 'jurnal kejayaan' anda. Apabila anda berada didalam kesedihan, kemurungan, kejatuhan, teliti semula 'jurnal kejayaan', insyaAllah anda akan kembali bersemangat.

Tulis "Surat Kepada Aku"

Apa perasaan anda apabila anda diberi penghargaan oleh orang lain?? Sudah tentu anda semua gembira kan. Apa kata anda sendiri yang memberi pujian terhadap diri sendiri. Ini adalah 1 latihan yang amat berkuasa dan patik yakin ada diantaranya yang akan menitiskan air mata apabila melakukan latihan ini.

Anda hanya perlu 15 minit saja untuk menulis 'Surat Kepada Aku'. Tiada format tertentu untuk surat ini. Yang hanya adalah luahan dari lubuk hati anda. Anda juga bole cuba menggunakan perkataan seperti "Saya berbangga dengan anda kerana........" , "Terima kasih kerana......". Jika anda dihantui dengan kesilapan lampau, anda bole menggunakan ayat seperti ini "Tolong maafkan saya kerana....." . Perbaiki kesilapan tersebut & belajar untuk memaafkan diri sendiri.

Naahhh demikian lah info yang sempat patik kongsikan untuk tatapan kita bersama. Mana yang baik jadikan pengajaran & mana yang salah tu jadikan teladan.





>>Older Post | Newer Posts<<