Projek Amal Blogger

Thursday 5 April 2012 | 0 comments



Assalammualaikum..
Attention to all of the rakan blogger dan my blog reader! hee.. Siapa nak join PROJEK AMAL BLOGGER? Projek ini adalah bertujuan untuk para blogger berkhidmat kepada masyarakat secara tak langsung. Kenapa? Kalau dalam aktiviti jual beli ada petani -> orang tengah -> pembeli, dalam dunia blogging ada pengiklan -> blogger -> para pembaca blog (silent reader pun termasuk sekali!). Para blogger adalah orang tengah a.k.a agent tanpa mereka sedari. That's why Mah@mahu plan projek ni untuk kita sebagai para blogger.. supaya kita menggunakan kuasa kita yang tak seberapa ini untuk beberapa kerja amal.

Selalunya, lumrah dunia.. bila sebut je kerja amal(benda baik!) mesti ramai yang tunduk dan diam kan? Kenapa? Sebab selalunya kerja amal tak menjanjikan pulangan dalam bentuk wang ringgit atau penghargaan. Apa je yang kita akan dapat bila buat kerja amal ni? Insya Allah, jika ikhlas niat kita beramal tu.. kita akan dapat ganjaran nya bila kita dah takde nanti(meninggal).. dapat pahala la. Dapat penat.. hee.. tapi at least kita dah menggembirakan orang yang memerlukan kan? 
Logo Projek Amal Blogger
Ha.. cantik kan? hee.. Korang nak join ke? Senang je cara nak joinnya!
  1. Semua yg ada blog dan juga blog mesti aktif. (tidak di ambil kira alexa atau pun trafik tetapi mesti rajin update blog anda)
  2. Blogger tempatan sahaja (blogger atau blog Malaysia sahaja yg boleh sertai)
  3. Tidak kira latar belakang blog anda. (tak kira anda adalah blog politik, blog hiburan, blog travel semua boleh sertai)
  4. Membuat sukarela tanpa mengharap apa2 bayaran. (Tiada bayaran akan diberikan kepada anda dalam membuat kerja amal ini)

Itu je syarat2 untuk korang kalau korang nak join projek ni. Tiada paksaan! Kalau nak join, korang boleh tinggalkan maklumat korang di ruang komen ENTRI INI. Tapi sebabkan Muna tak jumpa mana kotak komen dia, Muna hantar emel je terus. hee.. Senang! 
  • Link blog anda :
  • Nama blog :
  • Nama Blogger :
  • Email anda :

Cara kerja amal ini adalah sangat mudah seperti dibawah :
  • Mah@mahu ada beberapa agensi NGO atau badan berkanun atau badan organisasi swasta yg mahukan hebahan daripada blogger. Mah@mahu akan dapatkan beberapa program aktiviti yang telah dirancang oleh mereka untuk dihebahkan kepada semua rakyat Malaysia.
  • Tugas anda adalah hanya membuat entry untuk hebahan tentang program amal yang telah mereka rancangkan tidak kira bila2 masa sahaja.
  • Segala bahan dan juga perkara yang diperlukan akan disediakan oleh pihak Mah@mahu dan akan di-email terus kepada anda. Jika anda ada sumber lain untuk dimasukakan boleh dan digalakkan.
  • Tiada sebarang had masa atau tempoh yg di tetapkan dalam membuat entry mahupun mengepost entry anda selagi tidak tamat tarikh program tersebut.
  • Jika anda minat untuk sertai program mereka secara langsung iaitu turun padang bersama mereka di dalam memberi bantuan adalah digalakkan.

Projek Amal Blogger
Jika anda rasa bertanggungjawab dalam memberi hebahan kepada masyarakat tentang kesedaran program amal ini anda adalah peserta yang kami cari. Sebarang persoalan boleh terus hubungi Mah@mahu di emel akustika83@gmail.com. Mah@mahu akan menyenaraikan semua blog yg menyertai program ini di side bar blog Mah@mahu nanti. Sekian saja entri dari Muna. hee.. Terima kasih sudi baca, datang lagi ya! hee.. salam. :)

Labels:



>>Older Post | Newer Posts<<