Adaptasi Novel

Assalammualaikum + Salam 1 Malaysia..
Siapa kat sini minat baca novel? hee.. Mesti ramai kan? Muna dulu minat la. Lepas habis PMR dulu.. sampai lah ke tingkatan 5. Lepas masuk UPM ni rasa macam malas pula nak baca tebal2 tu. hee.. 

Korang perasan tak dah banyak cerita movie dan drama diadaptasi daripada novel2 yang best2.. macam Ombak Rindu, Bicara Hati, Dingin Lavenda, Gemersik Kalbu dan lain-lain lagi. Ada 1 cerita kat TV1 tu Muna suka tengok ceritanya.. tapi Muna lupa tajuknya! Ala.. yang ada watak Jihan, Razif.. Ingat tak? hee..

Tujuan entri kali ni Muna nak cerita pasal hasil BW Muna semalam. Muna jumpa BLOG INI. Blog ni update entri pasal drama Adam Hawa yang ditulis oleh Aisya Sofea. Best tau cerita ni! Muna dah dua tiga kali baca. hee.. Yang Muna tak puas hati sangat, watak tu macam tak best je? (except watak Adam Mukhriz yang dilakonkan oleh Aaron Aziz) :) Mungkin pengarah tahu apa yang lebih baik untuk drama arahannya itu. Moga semua berjalan lancar. Kalau drama yang keluar nanti tak best!! Siap la.. hahaha.. main je! 

Korang boleh ke Facebook Aisya Sofea untuk segala update tentang drama ni. Tak sabar nak tengok drama ni! hee.. Ok lah, itu saja dari Muna kali ni. Sekian, salam.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Blog Celoteh Muna | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO