Semakan Tawaran Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2011

Assalammualaikum..
Pagi tadi Muna buka dashboard dan tengok la entry2 baru dari blog2 yang Muna dah follow. Muna nampak satu entry tu pasal Semakan Tawaran Kemasukan ke SBP. Muna pun excited la buka dan baca! Yelar.. adik bongsu Muna baru habis PMR 2011. Dia dapat straight A's (Alhamdulillah).. Muna tumpang gembira. Muna pun buka la laman web untuk SEMAKAN

Keluarlah macam gambar atas tu. Dengan berhati-hati Muna masukkan no i/c Deqmas. Lepas tu tekan butang semakan. Muna agak hampa bila tengok adik Muna tak dapat tawaran kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh tu :(  So sad.. sebab adik Muna nak sangat masuk ke SBP. Muna ingat lagi masa Muna balik cuti Krismas tahun lepas, adik Muna asyik tanya je kalau masuk teknik (sebab dia dpt twrn ke teknik) dapat ke sambung belajar bidang Veterinar? Yela.. dia memang nak jadi doktor Veterinar sejak dari kecik lagi! Muna cakap, belajar lah mana2 pun. Sama juga :) 

Tapi, bila Muna check tawaran ke SBP ni dan Muna tengok dia tak dapat.. Muna yang rasa sedih! Erm.. cepat2 Muna tekan butang e-Rayuan. Muna harap rayuan adik Muna diterima. Insya Allah. Sama2 berdoa yang terbaik untuk adik Muna. Muna akan usahakan print borang rayuan tu dan hantar surat ke SBP yang adik Muna nak tu. Muna harap sangat2.. rayuan adik Muna diterima. Itu saja dari Muna. Muna nak check tawaran ke MRSM pulak! Minta2 dapat. Nanti Muna buat entry ya? Salam.
Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Blog Celoteh Muna | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO