10 PENYAKIT YANG PALING POPULAR MENYERANG KAUM LELAKI

Sunday 24 March 2013 | 0 comments


Sakit jantung


  • Info : Digambarkan sebagai rasa sakit yang amat sangat di bahagian dada secara berterusan sehingga setengah jam, menjalar ke arah tangan kiri dan rahang. Pesakit akan mengalami kesukaran bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan. Apabila saluran darah pada otot jantung tersumbat, risiko kematian boleh berlaku.
  • Penyebab : Asap rokok, tekanan perasaan, kandungan lemak yang tinggi, kurang bersenam,darah tinggi & kencing manis

Penyakit sekatan pernafasan kronik (COPD)

  • Info: COPD adalah gangguan pernafasan kronik yang secara beransur-ansur menjejaskan fungsi paru-paru dan menghadkan aliran udara.
  • Penyebab: Merokok




Kencing manis

  • Info : Juga dikenali sebagai diabetes mellitus. ia disebabkan ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin (suatu hormon yang dihasilkan oleh pankreas). Insulin berfungsi untuk meningkatkan penyimpanan karbohidrat, lemak dan protein. la bertanggungjawab untuk proses glikogenesis, iaitu penukaran glukosa kepada glikogen dalam hati dan otot.
  • Penyebab : Genetik, obesiti, kerap mengambil makanan atau minuman yang mempunyai kadar gula yang tinggi dan yang mempunyai radang pada pancreas

Strok

  • Info : merupakan sejenis penyakit otak yang sering berlaku secara tiba-tiba. biasanya disebabkan oleh saluran darah yang tersumbat atau pecah
  • Penyebab : faktor usia terutamanya melebihi 55 tahun, jantina (lelaki lebih cenderung mendapat strok),diabetes,genetik,darah tinggi,penyakit jantung,kiraan sel darah merah yang tinggi dan merokok

Kanser pankreas

  • Info : Pankreas adalah kelenjar yang menghasilkan insulin, hormon dan jus-jus penghadam makanan. Kanser pankreas bermula dari lapisan duktus kemudian merebak ke limpa, hati, paru-paru dan peritoneum
  • Penyebab : Faktor pemakanan seperti pengambilan gula dan kopi yang sering dan banyak, diabetes dan merokok

Kanser prostat

  • Info : Merupakan ketumbuhan sel-sel tidak normal yang berlaku di dalam kelenjar prostat (kelenjar yang mengelilingi uretra dan terletak di bawah pundi kencing lelaki).
  • Penyebab : Kebanyakannya disebabkan oleh hormon lelaki iaitu testosteron


Tekanan darah tinggi

  • Info : Juga dikenali sebagai hipertensi yang merupakan tekanan yang dihasilkan oleh darah ke atas dinding arteri semasa jantung mengepam darah
  • Penyebab : Pengambilan makanan yang tinggi,lemak dan garam, merokok, minuman beralkohol kurang bersenam dan tekanan perasaan

Batu karang

  • Info : Air kencing mengandungi garam galian yang telah hancur jika garam ini terialu pekat,garam berlebihan bertulkar menjadi keras dan dinamakan batu karang atau gallstone.
  • Penyebab : Kurang minum air, suka menahan dari membuang air kecil, genetik, faktor umur,kesan sampingan ubat, kurang bersenam, dan tabiat pemakanan yang kurang sihat

Obesiti

  • Info : Dsebagai jumlah berat badan yang berlebihan akibat kandungan lemak.
  • Penyebab : Genetik, kurang bersenam, tidak mengamalkan pemakanan yang sihat,pengambilan makanan yang berlebihan, penyakit-penyakit metabolisme endokrin dan sindrom metabolic

Gout

  • Info : Gout disebabkan oleh peningkatan paras darah beku di dalam arteri, kimia yang dikenali sebagai asid urik di dalam darah yang boleh membentuk hablur atau kristal.
  • Penyebab : Pengambilan makanan yang mengandungi banyak nukleus (daging, ginjal,limpa, jantung), kekacang dan makanan laut (kerang, udang, sotong dan sebagainya), mengalami penyakit kulit yang sentiasa meriggelupas dan kering, menghidap penyakit darah yang berlebihan



>>Older Post | Newer Posts<<