"Segmen Blogwalking Sampai Muntah by ReX"

Wednesday 30 January 2013 | 1 comments



Syarat2 penyertaan

1. Letak banner di atas dan link kan ke entri ni.

2. Buat satu entri pasal entri ni dengan tajuk "Segmen Blogwalking Sampai Muntah by ReX".

3. Blogwalking ke setiap blog peserta yang join segmen ni dan tinggalkan message "blogwalking dari blog ReX" kat shoutbox diorang.

4. Nak follow ke tak blog aku ngan peserta laen, ikut sker hati korang. Tiada paksaan mahupun penderaan yang akan dilakukan ke atas korang.

5. Tinggalkan link korang kat ruangan komen.

6. Tarikh tutup sampai 31 Januari 2012.

Baca syarat2 macam panjang je. Tapi simple je pun. Korang takkan pening nyer lah. Aku akan mula start blogwalking lepas tarikh tutup. Senang aku nak terjah sumer blog sekali harung. Jom join ramai2. Pening pun tak pening. Trafik pun naek. Follower insyaAllah naek gak.

Jom ramai-ramai join! :) Kat SINI


Macam mana nak check result?

| 1 comments


Result UPM 2012/2013

Dua tiga hari ni kecoh cakap result student UPM sesi 2012/2013 dah keluar. Muna tak ketinggalan terbabit sama. Semangat gila nak tahu result! Ikut step by step gambar yang Chin Ming Fei upload kat Facebook.. akhirnya dapat juga tahu result Muna :) Tapi, tak tahu lah boleh percaya ke tak.. Hurm..

Macam mana nak check result UPM sesi 2012/2013?

Ramai coursemate mesej + call.. tanya macam mana nak check result? So, here I am. Amik inisiatif untuk buat entri. Supaya korang faham. Tak faham boleh mesej/call ok? Tapi sebelum call better mesej dulu, takut tengah kerja.. nanti mengganggu pula. Back to the main point, setelah printscreen step by step tadi, Muna harap korang ikut lah step by step agar berjaya dengan cemerlang dan terbilang.

Step 1:
Pergi ke laman web e-SMP. Masukkan user id dan password korang.

Step 2:
Lepas tu, pergi ke MyDaftar
Step 3:
Pergi dekat STRUKTUR KURIKULUM, right click.. pilih INSPECT ELEMENT.
Klik untuk lebih jelas.
Step 4:
Make sure ada keluar kotak ELEMENTS kat bawah tu.
Klik untuk lebih jelas.

Step 5:

Click dekat tabs 10 (birukan dia). Tak tahu nak tulis macam mana.

Step 6:
Pergi kat kotak STYLES kat belah kanan korang, unclick tanda right kat kotak DISPLAY tu. (bagi tanda tu hilang)

Step 7:
Pastikan kotak SIMULASI keluar dekat bahagian atas tu!

Step 8:
Klik dekat kotak SIMULASI tu. PNGK Semasa adalah pointer korang.


Ok, tu saja dari saya buat masa ni. Good Luck UPMians semua! and.. tahniah kepada sesiapa yang dapat Dean and Vice-chancellor Award tu. Me as a first year junior tak tahu la kalau senior boleh guna cara ni ke tak. Sekian, Salam.



XOXO


Apa erti NILAI?

Monday 28 January 2013 | 1 comments


Tahu tak kenapa penyelok saku sanggup mencopet dompet dan pemecah rumah sanggup masuk walaupun penghuninya berada di rumah untuk mengambil handphone, laptop dan pelbagai gadget elektrik yang kecil. Tahu tak kenapa pencuri kenderaan sanggup mencuri motosikal, kereta dan kadang-kadang basikal walaupun di depan Pasar Raya yang sememangnya sentiasa ramai orang.

Sebabnya mudah sahaja kerana barang-barang yang mereka curi itu samada dompet, handphone, laptop, PSP, kereta, motor dan basikal tu ada NILAI. Kalau tak ada NILAI seperti daun kering, sampah, kertas pasti Sang Pencuri ni tak akan mengambil risiko untuk mencuri.

NILAI ini tak semua orang akan rasa dan menghargai-Nya walaupun benda-benda ini bersama kita setiap masa setiap saat. Yang kita cuma tahu NILAI 3 kat Negri Sembilan sebab banyak barang-barang murah. NILAI ini hanya kita rasa apabila kita kehilangan-Nya.

Kita tidak akan merasa NILAI kesihatan semasa kita sihat tetapi apabila Doktor diagnos kita sakit barulah kita merasa kehilangan dan menyesal kerana tak jaga kesihatan semasa sihat. Kita tak pernah NILAI kasih sayang dan pengorbanan IBUBAPA semasa hidup kerana kita sudah bersama mereka mungkin puluhan tahun bah pepatah “alah teggal jadi biasa”. Tetapi rasa kesunyian dan kehilangan serta menyesal kerana tidak BERHIMAT dengan terbaik kepada IBUBAPA akan dirasai setelah mereka masuk ke lianglahat meninggalkan kita selama-lamanya.

Kita hanya dapat merasa NILAI kekayaan apabila kita jatuh miskin setelah membelanjakan duit kita secara tidak terurus. Kita juga merasa NILAI kuasa apabila kuasa kita diambil orang atau tewas dalam pilihanraya seperti tewasnya BN KEDAH, SELANGOR dan PENANG kepada PAKATAN.

Dan lebih besar lagi NILAI iman. Syaitan telah berjanji kepada ALLAH yang mereka tidak akan tidur dan berusaha mencuri IMAN dari manusia dari mula manusia dicipta sehinggalah hari kiamat. Pencuri IMAN ini lagi hebat dari pencuri dompet, handphone, laptop dan segala harta di dunia. NILAI iman hanya kita boleh rasai di akhirat dan seandainya kita biarkan IMAN kita dicuri oleh Pencuri Iman tiada jalan kembali untuk mendapatkan IMAN yang telah hilang.

MAKA marilah kita JAGA IMAN kita lebih hebat dari kita menjaga kuasa, kekayaan, dompet, handphone, laptop, PSP dan segala harta dunia dan menyayangi IBUBAPA dan KELUARGA selagi mereka masih hidup bersama kita.


Macam mana nak isi UPU 2013?

Saturday 26 January 2013 | 1 comments


Macam mana nak isi UPU online?

Aiseh.. sejak dua menjak ni, blog ni dah jadi blog tempat budak2 lepasan SPM cari maklumat kan? Al-maklumlah adik Muna baru habis SPM. Saja je nak share apa yang dia dan kawan-kawan dia tak tahu tu. Ramai yang tak tahu dah boleh isi UPU online.. I mean, dah boleh beli no pin dan isi mana yang patut. Ada kawan Deqna yang 'pandai' kata: " Eh, abang aku kata lepas dapat result SPM baru boleh beli no pin la. " Ok, fine! Ko jangan nak hasut adik aku isi lambat-lambat eh? Nanti dia lupa terus!..

Sambung pada tajuk utama. Macam mana nak isi UPU? Boleh tak Muna nak buat entri budak-budak? hee.. Ok, kita buat step by step tau!.. Tak leh langkau-langkau ya adik-adik.
  1. Pergi ke laman web rasmi permohonan kemasukan ke IPTA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA di http://upu.mohe.gov.my/
  2. Lepas tu boleh la pilih korang nak masuk mana, lepasan apa.. Faham tak? Yang ni macam gambar tu. Klik untuk lebih jelas
  3. Lepas tu, korang isi la jenis permohonan, program pengajian.
  4. Untuk lebih mudah dan senang, TOLONG BACA panduan permohonan di https://online.mohe.gov.my/upu/onlineupu/ipta/index.php. Ada panduan sebelum, semasa dan selepas permohonan. Tolong baca ya adik-adik!
  5. Dah habis baca boleh lah mula mengisi. Tekan kotak PERMOHONAN warna kuning kat atas tu.
  6. Ok, isi, isi dan terus mengisi. Last nanti jangan lupa print okay?! Senang. Hehe..
Okaylah, sekian sahaja dari kak Muna.. Kak muna?? Pun boleh!! Nanti bila-bila update entri lagi. Salam.

* Nanti korang kena isi CGPA kokurikulum. Boleh baca entri ni untuk check CGPA korang,



Macam mana nak check CGPA markah kokurikulum?

Tuesday 22 January 2013 | 2 comments


Permohonan kemasukan ke IPTA, politeknik, Kolej komuniti & ILKA

Hari tu masa isi UPU online untuk Deqna, ada dia minta supaya isikan CGPA Kokurikulum kita. Muna tanya adik dan dia kata tak tahu. Nanti dia tanya cikgu dia. Keesokkan harinya, dia bagitahu Muna yang markah CGPA Kokurikulum tu boleh semak online. Wah, wah, wah.. Dunia semakin maju. Zaman sekarang ni kalau ada yang tak tahu guna online, habis lah! Kerana semuanya dah online. Bayar bil api, bil air, bil letrik.. semua online. Ibu bapa yang nak semak markah exam anak-anak pun dah boleh semak sendiri secara online di Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah


Aplikasi Mengumpul Markah Kokurikulum


So, macam mana nak check markah CGPA Kokurikulum korang? Ada tiga cara:
  1. Semakan Markah Kokurikulum Online
  2. Pergi ke sekolah adik-adik dan tanya pada guru yang terbabit
  3. Kira sendiri.

Semakan Markah Kokurikulum Online

Untuk semakan markah kokurikulum secara online, adik-adik boleh lah layari http://apps.moe.gov.my/emkoko/papar_mark.cfm. Masukkan no. kad pengenalan adik-adik dan tekan button SEMAK. Dalam masa beberapa saat akan keluar markah kokurikulum beserta angka giliran SPM sekali :) hee..

Tanya guru yang berkaitan


Untuk cara yang kedua ni, adik-adik boleh lah pergi sendiri ke sekolah adik-adik dan jumpa dengan guru yang berkaitan. Guru kelas adik-adik ke, PK Kokurikulum ke, Pengetua terus ke.. Jangan pulak tanya pada guru Matematik adik-adik pula. Ok? Tapi, kalau cikgu Matematik adik-adik tu ialah PK Kokurikulum, boleh lah tanya :)

Kira sendiri


Yang ni kelas Muna ada belajar masa kelas Dr. Chee FCE 3000 Kokurikulum. Muna malas nak taip panjang2. Adik-adik boleh lah google Buku Panduan Penilaian Aktiviti Kokurikulum oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Semoga entry kali ni dapat membantu adik-adik sedikit sebanyak dalam mendapatkan CGPA Kokurikulum adik-adik. Sekian sahaja dari Muna. Salam.



The Chosen One

Sunday 6 January 2013 | 0 comments


The Chosen One

In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
Muhammad Ya Rasool Allah

You were so caring and kind
Your soul was full of light
You are the best of mankind
Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
Muhammad Ya Rasul Allah

Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by none

You are Allah’s Chosen One
Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

I will try to follow your way
And do my best to live my life
As you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me
Sallu ‘ala Rasulillah, Habibil Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

Sallu ‘ala Rasulillah, Habibi Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One


>>Older Post | Newer Posts<<