Macam mana nak check result?

Wednesday 30 January 2013 | 1 comments


Result UPM 2012/2013

Dua tiga hari ni kecoh cakap result student UPM sesi 2012/2013 dah keluar. Muna tak ketinggalan terbabit sama. Semangat gila nak tahu result! Ikut step by step gambar yang Chin Ming Fei upload kat Facebook.. akhirnya dapat juga tahu result Muna :) Tapi, tak tahu lah boleh percaya ke tak.. Hurm..

Macam mana nak check result UPM sesi 2012/2013?

Ramai coursemate mesej + call.. tanya macam mana nak check result? So, here I am. Amik inisiatif untuk buat entri. Supaya korang faham. Tak faham boleh mesej/call ok? Tapi sebelum call better mesej dulu, takut tengah kerja.. nanti mengganggu pula. Back to the main point, setelah printscreen step by step tadi, Muna harap korang ikut lah step by step agar berjaya dengan cemerlang dan terbilang.

Step 1:
Pergi ke laman web e-SMP. Masukkan user id dan password korang.

Step 2:
Lepas tu, pergi ke MyDaftar
Step 3:
Pergi dekat STRUKTUR KURIKULUM, right click.. pilih INSPECT ELEMENT.
Klik untuk lebih jelas.
Step 4:
Make sure ada keluar kotak ELEMENTS kat bawah tu.
Klik untuk lebih jelas.

Step 5:

Click dekat tabs 10 (birukan dia). Tak tahu nak tulis macam mana.

Step 6:
Pergi kat kotak STYLES kat belah kanan korang, unclick tanda right kat kotak DISPLAY tu. (bagi tanda tu hilang)

Step 7:
Pastikan kotak SIMULASI keluar dekat bahagian atas tu!

Step 8:
Klik dekat kotak SIMULASI tu. PNGK Semasa adalah pointer korang.


Ok, tu saja dari saya buat masa ni. Good Luck UPMians semua! and.. tahniah kepada sesiapa yang dapat Dean and Vice-chancellor Award tu. Me as a first year junior tak tahu la kalau senior boleh guna cara ni ke tak. Sekian, Salam.



XOXO


>>Older Post | Newer Posts<<