Macam mana nak check CGPA markah kokurikulum?

Tuesday 22 January 2013 | 2 comments


Permohonan kemasukan ke IPTA, politeknik, Kolej komuniti & ILKA

Hari tu masa isi UPU online untuk Deqna, ada dia minta supaya isikan CGPA Kokurikulum kita. Muna tanya adik dan dia kata tak tahu. Nanti dia tanya cikgu dia. Keesokkan harinya, dia bagitahu Muna yang markah CGPA Kokurikulum tu boleh semak online. Wah, wah, wah.. Dunia semakin maju. Zaman sekarang ni kalau ada yang tak tahu guna online, habis lah! Kerana semuanya dah online. Bayar bil api, bil air, bil letrik.. semua online. Ibu bapa yang nak semak markah exam anak-anak pun dah boleh semak sendiri secara online di Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah


Aplikasi Mengumpul Markah Kokurikulum


So, macam mana nak check markah CGPA Kokurikulum korang? Ada tiga cara:
  1. Semakan Markah Kokurikulum Online
  2. Pergi ke sekolah adik-adik dan tanya pada guru yang terbabit
  3. Kira sendiri.

Semakan Markah Kokurikulum Online

Untuk semakan markah kokurikulum secara online, adik-adik boleh lah layari http://apps.moe.gov.my/emkoko/papar_mark.cfm. Masukkan no. kad pengenalan adik-adik dan tekan button SEMAK. Dalam masa beberapa saat akan keluar markah kokurikulum beserta angka giliran SPM sekali :) hee..

Tanya guru yang berkaitan


Untuk cara yang kedua ni, adik-adik boleh lah pergi sendiri ke sekolah adik-adik dan jumpa dengan guru yang berkaitan. Guru kelas adik-adik ke, PK Kokurikulum ke, Pengetua terus ke.. Jangan pulak tanya pada guru Matematik adik-adik pula. Ok? Tapi, kalau cikgu Matematik adik-adik tu ialah PK Kokurikulum, boleh lah tanya :)

Kira sendiri


Yang ni kelas Muna ada belajar masa kelas Dr. Chee FCE 3000 Kokurikulum. Muna malas nak taip panjang2. Adik-adik boleh lah google Buku Panduan Penilaian Aktiviti Kokurikulum oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Semoga entry kali ni dapat membantu adik-adik sedikit sebanyak dalam mendapatkan CGPA Kokurikulum adik-adik. Sekian sahaja dari Muna. Salam.



>>Older Post | Newer Posts<<