INTERVIEW CIKGU

Tuesday 29 May 2012 | 1 comments


TEMUDUGA PROGRAM PENDIDIKAN 2012/2013

Bacelor Pendidikan Sains Pertanian

Hari bermula :
Seawal 5.30 pagi ( awal ke??) saya bangun dan mandi. Sebenarnya janji dengan Chu Yunos (tumpang Chu) pukul 6.10 pagi. Agak cuak di situ sebab lagi berapa minit je lagi. Sempat ke ni. Solat sat, siap2.. pastu mak bangun. Mak terjah bilik saya jap. Then, dah siap.. pi dapur minum susu HiGoat je! Sebab cuak punya pasal. Takut sakit perut. Dalam pukul 7 lebih baru Chu sampai. hee.. Still tenang. Sepanjang perjalanan tu dok selawat banyak2. Sebab ramai mesej suruh selawat banyak. Alhamdulillah. Selawat tu menghilangkan takut ni. Dalam pukul 8.50 pagi, masih di Highway! Alamak! Macam mana ni???... dalam surat tulis 30 minit sebelum pukul 9.00 pagi dah kena daftar. Pi je la.. Sampai2 terus pi bilik 1. Jumpa akak tu suruh daftarkan. 


Precious moments start! :
Pendaftar : Nama siapa?
Saya : Munira Nabila bt. Mustapher
Pendaftar : Eh, mana nama awak ni? Takde pun?
Saya : Erm.. (blur di situ!)
Pendaftar : Eh, tarikh interview awak 26 Mei la! (sambil tunjuk ke surat temuduga!)
Saya : Eh!!!! macam mana ni.. erm.. tak perasan la kak!
Pendaftar : Takpela. Duduk dulu ya? (bangun dan pi masuk ke bilik Panel)
Pendaftar keluar sambil tersenyum. Okay, boleh masuk. Tapi yang last sekali ya?


Soalan2 yang dibocorkan oleh my lovely adik dorm dan my cousin :
Rabie Rafie : What is the speciality of Gerik?
Lailatol Atiqah : Siapakah nama Perdana Menteri yang pertama..

Soalan2 lain :
- Apakah nama ibu negeri India
- Apakah nama bandar diraja (Ada 4)
- Apakah nama saintifik 'pokok hujan-hujan'?? <- xdpt jwb!!
- Berikan 'nama-nama' kambing?? <- masa tu tak dengar dengan betul. Yakin je jawab Boer, Jamnapari dll. Sampai di rumah, mak cakap.. nama2 kambing hentam je nama apa pun. Nama kan?? Bukan jenis.. hee..


Moral of the story:
- Check tarikh interview betul2!

Kesimpulan :
- Allah sangat baik bak kata Kak Zifa! u


* Tolong tekan button DONATE di bawah boleh?




TEMUDUGA PROGRAM PENDIDIKAN SESI 2012/2013

Sunday 27 May 2012 | 1 comments




Wish me luck!!
Cuak la.. sibuk study isu-isu pendidikan sekarang ni.. hee.. :)
Kalau ada tips2 dan hint boleh lah share2 ya? hee..
Sekian


GRADUAN Aspire 2012

Thursday 24 May 2012 | 0 comments




Menjadi Bahagian Rangkaian
Menyertai pasukan graduan sebagai duta kepada rangkaian dengan remaja lain, bertemu dan berinteraksi rapat dengan majikan!


Maklumat
Tarikh acara : 29 & 30 June 2012
Tempat : KLCC
Masa : 8.00 pg – 6.00pm
Tarikh tutup pendaftaran : 29 June 2012
Jumlah sukarelawan :  30 orang
Hubungi : 03-42703270





AMALAN KETIKA ANAK SEDANG TIDUR

Wednesday 23 May 2012 | 0 comments




Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak....

♥►Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali.

♥►Membaca surah Al-fatihah 1 kali, Al-Insyirah (alam nasyrah) 1 kali. Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya.

♥►Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.

♥►Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.

# Boleh juga buat pada pasangan anda :D hee.. Kenapa? Sebab masa nak tidur, otak kita dalam keadaan separa sedar.



Sharing is caring :)

Friday 18 May 2012 | 2 comments



Nak kongsi sesuatu dari Facebook :)
-----------------------------------------------------------------------------------
Mana satu adalah korang??
(1) Tanah = anak pertama, anak kelima, anak kesembilan 
(2) Air = anak kedua, anak keenam, anak kesepuluh 
(3) Api = anak ketiga, anak ketujuh, anak kesebelas 
(4) Angin = anak keempat, anak kelapan, anak keduabelas 

TANAH 
Sifat tanah dikaitkan sebagai jenis Deria. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Orang menghargai kebendaan, keras hati, sabar,disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai oleh deria. 

(JENIS PANCAINDERA: SYAHWAT, KERING) 
Sedar mengenai hakikat diri, menilai material, sebar, tabah hati, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, efisyen, percaya hanya pada apa yang boleh dicapai oleh pancaindera, muram atau sugul, diberatkan oleh keperluan. Kepala angin, bimbang, tegas, tenang, boleh putus harapan, pendiam, tidak peramah, senyap. Badannya kurus, kurangnya tidur, tidak sabar jima', selalu sihat, banyak kerja. 

AIR 
Sifat air dikaitkan jenis Perasa. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Lemah-lembut, dalam perasaannya, mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik. 

(JENIS PERASA: FIKIRAN, BASAH)
Lemah lembut, perasaannya dalam, belas kasihan, penakut, ada angin, imaginatif, mudah terluka hatinya, berahsia, mudah memahami perasaan orang lain, tidak tamak, ada bakat seni, positif, berhati-hati, berfikiran panjang, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai, penyabar, tenteram. Tubuhnya tambun, banyak lemak, banyak tidur, sedikit malas, lambat dan agak kurang faham. 

API 
Sifat api dikaitkan sebagai jenis Intuisi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu). Ia digolongkan sebagai sifat kelelakian. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan. 

(JENIS INTUITIF: CINTA, PANAS)
Pentingkan diri, megah, semangat tinggi, kompetatif, perlukan ruang, keanakan atau lurus, menaruh harapan, cenderung untuk tidak sensitif, sentiasa sedia untuk sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, yang mana orang lain tidak terfikirkan. Perasa, gelisah, agresif, mudah teransang, mudah berusaha, pemaksa, optimis, aktif. Kerjanya segera, jalannya cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya. 

ANGIN 
Sifat angin dikaitkan dengan jenis Pemikir. la digolongkan sebagai sifat kelelakian (masculine). Lelaki ini berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura. 

(JENIS PEMIKIR: JIWA, SEJUK)
Orang teori, sukar dipengaruhi, objektif, rasional, sukar terlibat dalam hal emosi, menilai tinggi kebolehan intelektual, keperluan untuk bebas, mentaliti ambil mudah, suka pada fakta dan figura. Mudah bergaul, boros, banyak cakap, responsif, mudah berbincang, bersemangat, sikap tidak kesah, pemimpin. Tubuh nipis, kurang daging, banyak darah, kreatif, sederhana. 

** Kenyataan di atas hanyalah kajian teori ahli falsafah



Muhammad Muaddib dalam ingatan

Wednesday 16 May 2012 | 2 comments



Hijjaz (Munif Ahmad)
 Kau Sahabat Kau Teman


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Mak sangat rindu Adib!
( korus )
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

( korus ) 
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Kau sahabatku kau teman sejati


Cara mendapatkan postur badan yang baik

| 0 comments




Postur badan yang baik

  • Postur badan yang tegak
  • Jarak pandangan mata dengan skrin yang betul
  • Kedudukan lutut yang lebih rendah atau sama dengan peha
  • Kedudukan meja yang sama tinggi dengan siku
  • Kaki pun seharusnya tidak tergantung. Jika kaki tidak sampai, pastikan ada pelapik.
  • Cahaya pun dititikberatkan di dalam perkara ini iaitu dipastikan tiada silau dari tingkap yang menganggu penglihatan kita terhadap skrin komputer (mungkin ada silau dari arah belakang kita).






YOUTUBE.. I miss you all!!

Tuesday 15 May 2012 | 0 comments



Rindu semua geng YOUTUBE!!..
Moh le jumpa weh!!
Pain
Acukz
Lia
Nel
Shaggy
Mas
Naqi
Pjan
Syakilla


Norlila bt. Zachariah, Selamat Hari Ibu!

Monday 14 May 2012 | 0 comments



12 Mei 2012
10.00 malam : Baru balik kerja
11.00 malam : Singgah TESCO beli hadiah
12.00 malam : Sampai rumah balut hadiah

13 Mei 2012
1.00 pagi : Tidur
8.00 pagi : Ketuk pintu bilik mak.. bagi hadiah :)
4.00 petang : Lawat kubur arwah adik
8.00 malam : Pergi makan dua family :) (Ngan family Chu Yunos sekali!)


Norlila bt. Zachariah,
Selamat Hari Ibu!
Love u :)


Dia selalu kata..

| 0 comments





Malu saya (-_-")



Pudarnya cinta

Sunday 13 May 2012 | 2 comments



Lumrah kehidupan berpasangan apabila adanya masalah, bergaduh dan bermasam muka. Tapi, orang cakap itu semua normal. Tanda sayang katanya! hee.. Kalau tak gaduh, tak best la. Masa gaduh2 ni lah kita dapat memahami pasangan kita dengan lebih baik. Macam mana dia handle semua ni. Adakah dia panas baran (macam Muna) atau dia cool je menyelesaikan masalah (macam Idam) hee..

Jikalau perasaan kasih dan sayang tu tak dapat juga disemai walau telah dicuba berkali kali, sebenarnya adalah lebih baik untuk putus dan memberi ruang kepada diri sendiri dan pasangan. Kenapa? Sebab.. tak semua perkara kita dapat selesaikan walau macam mana usaha sekali pun. That's what we called LIFE. Inilah kehidupan.

Masih banyak yang perlu dipelajari dalam mengharungi sesuatu hubungan. Tambahan pula, lagi ramai calon di luar sana menanti apabila kita semakin matang dan semakin besar. Matrikulasi, kolej, universiti, alam pekerjaan, sebenarnya semua tu ada memberi peluang kepada kita. hee.. trust me!

Itu saja celoteh hari ini. Stay tune. Salam




Spread love

Saturday 12 May 2012 | 1 comments




Mother Teresa:
Spread love everywhere you go.
Let no one ever come to you without leaving happier!



Mahamahu.com anda mahu 2012

Friday 11 May 2012 | 1 comments




Slogan
Saya MAHU hadiah dari MAHA kerana MAHU hadiah-hadiahnya yang MAHA best, MAHA menarik dan MAHA banyak. Jom join contest MAHA MAHU untuk menang hadiah dari MAHA MAHU jika anda MAHU.

# Muna rasa macam main tongue twister plak. hee.. :)
(Cukup2 30 patah perkataan)


Nak join? Klik poster dan banner.


Cintai diri sendiri

| 0 comments



A: Aku sayangkan dia melebihi nyawa ku sendiri
B: ?? pfft!!

Petang tadi tengok tv3.. ada la satu cerita ni, seorang kawan tu sayangkan kawan dia sangat2 sampai kawan dia jadi madu dia pun dia tak tahu. Sayang punya pasal.. Pelik lah! Pernah tak korang rasa macam ni? hee.. Muna rasa Muna tak pernah. kalau bercinta, kalau kita sayang kan seseorang tu melebihi nyawa kita sendiri, bila putus.. hurm.. tu yang jadi kes bunuh diri tu! Sayang melampau kan.. meLEBIHi nyawa sendiri. Bunuh diri. Sedangkan bekas kekasih tu takde rasa apa pun kalau kau mati.. uuuppss..

Langkah mencintai diri sendiri


Terima diri anda seadanya

Sebelum anda boleh mencintai diri sendiri, anda perlu belajar menerima diri sendiri dengan seadanya. Bersyukur dengan fizikal dan paras rupa anda. Belajar untuk menerima kelemahan & kekurangan diri. Jangan mengharapkan anda sempurna kerana tiada manusia yang sempurna dalam dunia.

Keyakinan terhadap pencipta membuatkan membuatkan kita yakin bahawa Dia mengurniakan kelemahan untuk kita mempelajari bagaimana untuk menukar kelemahan itu menjadi kekuatan. Dalam masa yg sama, ianya akan menjadikan anda manusia yg lebih tabah.


Menyediakan jurnal kejayaan

Mengapa sestengah itu mmpunyai keyakinan sedangkan sesetengah lagi tidak?? Hakikatnya, Allah mengurniakan manusia kebolehan untuk memilih fokus pemikiran mereka.

Orang yang kurang keyakinan hanya akan memberi fokus kepada kekurangan yang mereka miliki. Mereka mengabaikan dalam minda mereka pencapaian-pencapaian dan kekuatan dalam diri mereka. Sebaliknya org yang berkeyakinan diri akan memberi fokus pada kejayaan & kekuatan diri, dan dalam masa yang sama melihat kekurangan diri untuk diperbaiki.

Caranya, tulis samada kecil mahupun besar dalam 'jurnal kejayaan' anda. Apabila anda berada didalam kesedihan, kemurungan, kejatuhan, teliti semula 'jurnal kejayaan', insyaAllah anda akan kembali bersemangat.

Tulis "Surat Kepada Aku"

Apa perasaan anda apabila anda diberi penghargaan oleh orang lain?? Sudah tentu anda semua gembira kan. Apa kata anda sendiri yang memberi pujian terhadap diri sendiri. Ini adalah 1 latihan yang amat berkuasa dan patik yakin ada diantaranya yang akan menitiskan air mata apabila melakukan latihan ini.

Anda hanya perlu 15 minit saja untuk menulis 'Surat Kepada Aku'. Tiada format tertentu untuk surat ini. Yang hanya adalah luahan dari lubuk hati anda. Anda juga bole cuba menggunakan perkataan seperti "Saya berbangga dengan anda kerana........" , "Terima kasih kerana......". Jika anda dihantui dengan kesilapan lampau, anda bole menggunakan ayat seperti ini "Tolong maafkan saya kerana....." . Perbaiki kesilapan tersebut & belajar untuk memaafkan diri sendiri.

Naahhh demikian lah info yang sempat patik kongsikan untuk tatapan kita bersama. Mana yang baik jadikan pengajaran & mana yang salah tu jadikan teladan.





Senyuman Ragaku :)

Thursday 10 May 2012 | 1 comments


Pujangga menyebut:
" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

Rahsia di sebalik senyuman


  1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
  2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
  3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
  4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
  5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
  6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
  7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
  8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .
  9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
  10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
  11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
  12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
  13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
  14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.




I wish I could..

Wednesday 9 May 2012 | 1 comments



I wish I could be an octopus.
So, I could hug 8 persons at one time

Ada ke orang nak jadi sotong yang ada 8 tangan semata-mata nak peluk 8 orang dalam satu masa? Siapakah dalam senarai 8 orang yang bakal dipeluk? Hurm.. Nak peluk YOUTUBE, ada 9 orang. Nak peluk siapa ni? hee.. Pening nak fikir. Apa-apa pun, Muna tak nak jadi sotong. Busuk! :p hee.. Sekian.



>>Older Post | Newer Posts<<