Result UPM Diploma Pertanian

Monday 30 April 2012 | 2 comments



Takutnya nak tunggu result exam yang bakal keluar nanti. Kalau okay, takpe.. kalau tak okay? hurm.. Padam lah angan-angan nak masuk ke UPM Serdang tu!.. pi balik ke UPM Bintulu tu!.. hahahaha :D Mr. S pula tak kisah apa.. yang penting dapat sambung belajar ngan Muna. hee.. Apa la!
Libang libu nak tunggu result ni. So, nak buat apa ni? Tunggu ke  lupa kan je? haha :D
Biar lah apa pun yang dapat. Yang penting Muna dah berusaha sehabis baik! Tapi kan, sayang lah kalau result jatuh! Penat kumpul CGPA sampai 3.45.. tiba-tiba result sem akhir jatuh! Adoyai~ Kini ni tak berapa pandai.. kena lah usaha lebih ye dak? Apa2 pun, wish me luck! Sekian. Salam :)



Manipulasi kes sihir

Saturday 28 April 2012 | 2 comments


Berdosa besar manipulasi kes sihir!



Terdapat sesetengah pihak yang mempergunakan kes-kes sihir bagi tujuan mendapatkan keuntungan. Cuba anda lihat di panggung-panggung wayang berdekatan dengan rumah, apakah cerita yang sedang rancak ditayangkan dan mendapat sambutan? Bukankah cerita yang sedang hangat itu berkisar tentang perbuatan sihir dan ilmu ghaib?

Walaupun cerita seperti itu memberi banyak pengajaran kepada masyarakat kita, tetapi ia juga mampu mempengaruhi seseorang untuk mempelajari dan mengamalkan ilmu-ilmu sihir yang syirik ini. Oleh itu, sekiranya anda bercadang untuk menonton cerita berkaitan sihir dan ilmu ghaib, tetapkan minda anda untuk menjadikan cerita itu sebagai tauladan. 


Bukan itu sahaja, terdapat juga individu yang sanggup menggunakan kes makhluk halus bagi meraih publisiti. Pada penghujung tahun 2010 yang lepas, negara kita digemparkan dengan sebuah berita yang sangat panas apabila sebuah keluarga daripada Besut,Terengganu mengatakan bahawa anak mereka, seorang remaja perempuan kerap dibawa lari oleh seekor jin yang mendakwa sebagai penjaganya. Sehinggakan pelbagai pihak daripada pelbagai agensi datang ke rumah keluarga tersebut untuk merawat gangguan yang dialami oleh remaja perempuan berkenaan. Realitinya, berita yang digembar-gemburkan itu sebenarnya adalah cerita rekaan semata-mata. Remaja perempuan itu hanya mereka-reka cerita untuk mendapatkan perhatian masyarakat setempat.Anda lihatlah betapa beraninya remaja perempuan tersebutmempermainkan alam ghaib. Tidakkah beliau sedar bahawa alam ghaib itu wujud dan seluruh penghuni alam tersebut mengetahui perbuatan beliau? Walaupun remaja perempuan itu hanya berniat untuk bergurau, tetapi gurauan seperti itu adalah dilarang dalam ajaran agama Islam kerana melibatkan unsur-unsur makhluk halus dan sihir.  


Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud, "Jauhilah tujuh perkara besar yang merosakkan". Lalu para sahabat bertanya, "Apakah tujuh perkara itu ya Rasulullah?". Jawab baginda, tujuh perkara itu adalah menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang Allah haramkan kecuali kerana hak, makan harta riba, makan harta anak yatim, lari dari peperangan dan menuduh perempuan beriman melakukan zina


Jadi, janganlah anda mendekati sihir dan berniat untuk mempelajarinya. Ini kerana, perbuatan itu hanya memberikan dosa besar dan kesan yang sangat buruk ke atas diri si penggunanya. Masalahnya sekarang, walaupun banyak firman Allah S.W.T dan hadis-hadis sahih yang menyebut bahawa perbuatan sihir itu adalah amalan syirik yang wajib dijauhi, manusia tetap terpengaruh untuk menggunakan sihir bagi mencapai sesuatu tujuan. Manusia yang terpengaruh ini sebenarnya telah terjebak dan tergoda dengan bisikan dan hasutan syaitan durjana. Sesungguhnya, syaitan tidak pernah berputus asa dalam memujuk anak Adam agar terpesong dari agama Allah. Mereka akan terus berbisik dan menghasut anak adam agar tidak mengikuti ajaran agama Islam yang sebenar. Akhirnya, manusia yang kerap dipujuk syaitan itu akan akur dengan bisikan dan hasutan syaitan tersebut. Seterusnya, manusia itu akan terjebak dengan pelbagai perkara yang memesongkan akidah termasuklah perbuatan sihir.


# Sama-sama berdoa agar kita dijauhkan dari segala macam perkara yang berkaitan dengan SIHIR ni okay? Sekian. Salam


I love food!

Thursday 26 April 2012 | 3 comments



Rutin terbaru!
- Masak
- Kerja!

Dah macam suri rumah dah! Alasan: kau dah habis belajar, dari tak buat apa duduk rumah, baik tolong ganti mak kat rumah kalau mak pergi kerja! Aaa.. Nasib Muna suka masak. Tapi, deme ni suka komplen kalau orang masak simple! ketuk pale kanG!

Busy la.. hahaha :D Tak tahu macam mana nak curi masa update entri. Balik kerja pukul 11 malam. Sampai rumah pukul 12. Adoi -_-" Kaki pula sakit-sakit sebab berdiri lama dekat kaunter cashier tu dari pukul 3.00 sampai pukul 11 malam! Sangat penat okey cari duit!





I Love YoU!

| 2 comments



Cara terbaru nak lafazkan I LOVE YOU :) Tu pun kalau boboy dan gegirl korang suka main puzzle la! hee..


Cikgu yang mengada

| 6 comments



Sangat tak puas hati dengan kerenah cikgu yang 'mengada-ngada' ni! Deqmas masuk koir sekolah, macam2 cikgu tu suruh belikan. Tahulah orang baru gaji, tapi agak-agaklah weh! Demand betul! Cuba lah fikir cara yang mudah dan simple yang tak menyusahkan orang! Ni tak, baju kemeja nak licin okay.. pinjam jela kemeja pengawas sekolah! Nak kain hitam macam skirt, tapi belah belakang.. pakai je la kain pengawas! Nak kasut kulit hitam bertutup depan.. pakai je la kasut kanvas hitam! Kalau dah demand sangat tapi tak menang, tak tahu lah nak cakap apa dah! Banyak songeh dan kerenah. Tadi adik tepon suruh datang sekolah, bawa dia keluar pergi kedai kasut sebab kawan dia salah bawa kasut yang cikgu nak. Adat meminjam la kan~ haha.. Ni semua nak jimat punya pasal. Sebab nya, confirm lepas koir tu dia tak pakai dah apa benda yang dia beli tu! kemeja tu nak suruh Muna pakai gi kuliah? Oh nO! Kemeja sekolah tu.. hehehe.. Dah la.. marah sangat kat cikgu dia -_-" Salam.



SMKA Slim River

Tuesday 24 April 2012 | 5 comments





SMKA Slim River. Siapa tahu kat mana ni? Mula-mula dapat tawaran masuk ke sini, pelik juga. Kat mana ni? Perak? Macam tak pernah dengar je.. hee.. Dari rumah nak ke sana ada lah dalam 2 jam lebih.. campur berhenti2 kat hentian sebelah Bidor yang ada jual buah2 tu. Ohsem seh! I loike buah jambu yang dijual :)

Pandangan dari depan :)

Sampai je kat SMKA Slim River rasa macam.. erm.. macam mana ya nak kata? Laa.. macam tak best je sekolah ni! Tak cantik! Hahaha.. masa tu takde cat2 baru lagi.. masa tu Shahir Zawawi AF tu pun aku tak pandang! haha.. Tapi masa dia ngaji for sure dengar! Terpegun.. sedapnya suara abang ni.. hensem plak tu! haha.. tapi takde la minat dia. Tahu2 je masuk AF! Menyesal tak kenal2 dengan dia :p hahaha.. (Ngada la kau Munie!)

Surau diri Jumaat SMKA Slim River :)

Dulu, kalau disuruh pergi solat jemaah kat surau payah sangat! Tambah-tambah lagi kalau Sabtu ahad! hahaha.. Sekarang ni? Rindu lah nak pergi solat jemaah.. al-mathurat.. waa... rindu!

Belakang surau diri jumaat SMKA Slim River :)

Dulu belakang ni tempat perhimpunan. hee.. best! Lambat duk belakang! Penuh pi la masuk line senior! Pelik tak? Pelik kan?

Dewan Makan SMKA Slim River :)

Ni ha.. warna menyerlah der! Ni la tempat makan pagi, tengah hari, minum petang, malam, supper. Ohsem seh makan kat sini! Kat sini lah berat badan naik mencanak! hahaha :D Geng kami (Geng Y.O.U.T.U.B.E) memang femes kat Dewan Makan ni.. meja belakang tu kami punya! hahaha :D Makcik2 dan Abang2 DM semua kenal kami! hahaha.. Aa.. rindu Cik Mah dan Abg Man.. (2 orang ni je yang Muna rapat.. yang lain nonsense! hahaha..)

Meja study depan makmal Sains SMKA Slim River :)

Kat sini Muna selalu study dulu. hee.. Best je! Sejuk.. tenang.. tak stress study non stop kat meja ni! erm.. rindu plak tetiba!!


Haha.. yang ni paling ohsem la!! Ice Cream Nestle~ love it! Kalau keluar outing mesti pi beli aiskrim Nestle.. nyum nyum nyum.. :)

Produk Nestle :)

Produk Nestle merupakan antara produk yang WAJIB ada dalam loker student putera dan puteri SMKA Slim River! Apa? Takde ke? Milo FUZE bungkus kecil2 tu.. nestum.. megi.. haa.. takkan takde? Tipu lah takde langsung!



#Nestle100

2012 is an incredibly special year for Nestle, as they are celebrating their 100th anniversary this year! To commemorate this special occasion, Nestle is inviting you to share your incredible stories with them. Your stories can be about any of the Nestle products you are familiar with - Milo, Nestle Bliss, Drumstick, Coffeemate, Koko Krunch, Maggi, Nescafe, Kit Kat, Nestum, Omega, or Everyday Milk.

Share your fondest Nestle stories with everyone, and you could stand the change to win amazing prizes every month. Here's to a hundred years of incredible stories, and to a hundred more to come! 


Klik SINI untuk maklumat lanjut : http://bit.ly/HMfTyw





Jom tonton cerita Korea!

| 1 comments


He is beautiful
Princess Hours
Wonderful Life
Fullhouse
Boys Before Flower

Delighful Girl

Siapa minat tengok cerita Korea, sila angkat tangan komen!hee.. Hari ni Muna nak kongsi link di mana korang dapat tengok cerita Korea secara online, dan.. kalau bernasib baik boleh download! hee.. Secara PERCUMA okay :)

So, kat mana nak tengok cerita Korea online? Kat sini:
So, pilih lah mana suka :) hee.. Ada lagi tak yang korang tahu? Boleh lah tinggalkan komen, okay? :) 



Facebook dan Game! :)

| 2 comments




Sekarang ni Muna dah jadi gila game di Facebook! hee.. Game apa? Frontier Ville. Best lah game ni. Tapi dia dah tukar jadi Pioneer Trail :) hee.. Sama je game ni. Apa-apa pun.. sangat best. Kenapa? Sebab boring dok rumah buat rutin yang sama je tiap hari.. Bangun, mandi, masak nasi, masak lauk, basuh baju, sidai baju, angkat baju, lipat baju.. haha.. dan lain-lain. Okaylah, sekian saja. Sebenarnya takde idea nak tulis entri pasal apa hari ni. Tu yang merapu ni. hee.. Okaylah, salam.

# Tengah tengok Nora Elena kat TV3. Boleh la hilangkan boring~




Rutin baru

| 0 comments



Dear dearie :)
Hari ni macam biasa, main game dari pagi.. hee.. :)
Tapi, malam pula adik bongsu Muna ajar craft felt! hee..
Cubaan pertama tak cantik!
Yela, Muna ni tangan keras.. menjahit pun tak tahu.
Cubaan kedua dah ada improvement! I loike :)
Ingat nak buat satu untuk pemenang GA aritu.
(Maaf lah sebab lambat hantar! Busy maa! Nak pergi ke pejabat pos Bintulu hantar hadiah simple tu tak berbaloi! Kenapa? Sebab RM30 sahaja untuk tambang teksi! Mahal kan? So, sila fikir dua tiga kali sebelum nak mengata saya okay! Ada sebab ya!)
Dah la, nak sambung main game! See u soon. Nite!

-muna-



Warga Perak sila baca!

Monday 23 April 2012 | 4 comments




MANJUNG: Seorang pelajar perempuan Universiti Putra Malaysia kampus Bintulu (UPMKB)  yang dipercayai mengalami kemurungan, telah dipercaya telah selamat sampai ke rumah beliau yang terletak tidak jauh dari Sekolah Kebangsaan Muhammad Saman (SEKEMAS) di Seri Manjung, pagi kelmarin.

Dalam kejadian antara jam 3.00 pagi hingga jam 3.30 pagi itu, mangsa, Muna Munie, 21,  ditemui sedang leka menjalani rutin hariannya yang 'lama' iaitu makan dan tidur. 

Ketua rumah tersebut, Mustapher Bujang, berkata insiden itu di luar kawalan pihaknya dan menyifatkan ia mungkin ada kaitan dengan unsur 'rindu'.

"Saya mewakili warga Mahligai Kasih menyampaikan salam takziah terima kasih kepada sesiapa sahaja yang sudi membaca entri merapu dari Blog Celoteh Muna". 

Sekian, terima kasih.


Iklan Churp Churp 1

Sunday 22 April 2012 | 0 comments


Here is how to get sponsored to travel London during the Olympics

Malaysian bloggers and social media junkies, here is your chance to represent Malaysia for the Samsung Global Blogger! Samsung is looking for enthusiastic personalities to explore London and to seek out the best the city has to offer during the Olympic Games. The first step to becoming a Samsung Global Blogger is to submit a 30 second video of you telling us why you should be selected. Click HERE

Got beauty & confidence? Flaunt it now with your BFF in the CLEAN & CLEAR® Top Best Friends!

It's that time of year to celebrate having a BFF in your life. Shine to fame together in CLEAN & CLEAR® Top Best Friend contest 2012! It's a once-in-lifetime experience, and stand a chance to be the new faces of CLEAN & CLEAR®! Click HERE

School leavers no matter where you are... SEGi is coming YOUR way!

The SEGi Roadshow is travelling all over Malaysia (including Sabah & Sarawak) in April! Meet counsellors and discuss your study options where YOU are located! Sign up on the spot to get special rebates & a chance to win iPad 2 or iPod Shuffle. Click HERE



Hari Belia Negara 2012

Thursday 19 April 2012 | 2 comments




Sebelum Muna teruskan penulisan Muna pasal tajuk entri kali ni, Muna nak minta maaf sangat-sangat. Kenapa? Sebab dah lama tak update blog. Mesti ramai yang kecewa, kan? Hah? Kau tak kecewa ke? Blah la.. malu nak ngaku lah tu! :p (perasan kejap). Ok, kali ni Muna nak celoteh serba sedikit pasal Hari Belia Negara yang bakal disambut bulan depan! Waa.. tak sabar nak pergi!! :)

Hari Belia Negara 2012



Sambutan Hari Belia Negara (National Youth Day) adalah untuk memberi penghormatan kepada belia negara kerana mereka telah memberi sumbangan besar kepada negara dan kerajaan. Mereka tidak harus dilihat sebagai beban tetapi bahkan mereka boleh menjadi aset berharga kepada negara kerana mereka adalah penentu ketahanan dan kekuatan sosial, politik dan ekonomi di masa hadapan.

Sebanyak 11.9 juta belia untuk dikembalikan kepada proses pembangunan negara dengan meletakkan mereka dalam arus perdana tanggungjawab nasional yang harus disokong oleh semua agensi kerajaan, sektor swasta dan NGO. Mereka perlu dididik untuk didengar dan dihargai oleh pelbagai pergerakan dan program yang sangat baik.

Konsep 1 Belia 1 Malaysia telah dapat menunjukkan potensi mereka dan mereka pula sentiasa perlu dipertingkatkan. Kejayaan Hari Belia Negara 2012 adalah titik perubahan ke arah membawa darah muda kepada aktiviti-aktiviti yang sihat dan berfaedah. Penyertaan belia dalam organisasi belia terus meningkat sebagai hasil daripada peningkatan motivasi untuk Hari Belia Negara 2012 hendaklah dikekalkan.


HARI BELIA NEGARA 2012 di Putrajaya kali ini akan di sambut dengan lebih hebat lagi!

Bermula 23 Mei hingga 27 Mei, Putrajaya akan menjadi "LAUTAN BELIA" apabila lebih DUA JUTA belia akan membanjiri Putrajaya untuk menyaksikan berbagai pertunjukan, pameran, peluang pekerjaan, mempamerkan bakat dan menyaksikan bermacam persembahan dari berbagai kumpulan muzik. 

Saksikanlah bagaimana meriahnya suasana apabila berpuluh pentas disediakan untuk persembahan termasuk persembahan sebuah kumpulan K POP dari Korea Selatan!! Bagi mengetahui berbagai peluang, kehebatan dan keriangan Hari Belia, saksikan HIMPUNAN JUTAAN BELIA dan LIKE web berikut:

Jangan lupa janji kita tau! Jumpa kat sana~ hee.. (nak jumpa KPOP tu je :p hahaha) Masa dan waktu seperti berikut:


  • Tarikh : 23 – 27 Mei 2012
  • Tempat : Dataran Putrajaya
  • Hari : Rabu – Ahad
  • Masa : 9.00pg – 5.00ptg
p/s: terkejut bila bukak dashboard td! dah baru la wei.. sori la eksaited kejap -_- dah lama tak bukak blog !


>>Older Post | Newer Posts<<