Speechless 2

Tuesday 31 January 2012 | 0 comments


Ketawa itu kadang2 boleh jadi penawar duka :)

Labels:



Jangan bawa lari hati saya!

| 2 comments


Assalammualaikum..
Hatiku adalah tempat yang paling rapuh,
tapi..
kenapa Allah selalu menguji tepat di hatiku?

..............................

Kerana di hati juga lahirnya kesedaran dan kecintaan..
Lahir juga keinginan dan kebahagiaan..
Mudahnya hatiku tersentuh :')

Labels:



Review blog super Ohsem!

| 0 comments


Blog yang super ohsem!

Assalammualaikum..
Malam ni Muna nak review satu blog yang sangat ohsem SUPER AWESOME! Cheesie’s #SloggiGirlsNight. Kenapa? Tak percaya? Tengok sendiri kat SINI. Lepas tu boleh la korang vote diorang ok?

Hostess Sloogi Girl's Night iaitu Cheesie, Tey Cindy dan Shin Yee telah menjadi host dengan tema tersendiri iaitu:
  • Playful Peppy
  • Active Zippy
  • Cosy Cuddly
Click untuk lebih jelas lagi :)
They showed everyone that you don't have to be there personally at the party to get all the fun. JUST "PARTY" WITH THEM ONLINE! The girls kept their followers updated LIVE from their party with status updates, pictures, videos and even polls, when they need opinions from their followers.

Their followers got the chance to win sloggi vouchers during the Q&A sessions on their party as well.A lot of people have been raving on and on about the girls and their sloggi Girls' Night, but what say you?

info dari : Sloggi Girl's Night

Itu saja dari Muna malam ini. Terima kasih kerana sudi membaca blog Muna. Sekian, salam.

Labels:



Excited!

| 4 comments


Senangnya dalam hati :)
Assalammualaikum..
Muna tiba2 rasa gembira hari ni.. sebab Muna dah baik semula dengan kawan Muna. Cuma dia tak unblock facebook Muna lagi la. Tak apa lah. Yang penting dia sudi memaafkan Muna dan sudi tegur Muna semula.. hee..

Ada lagi satu sebab Muna gembira. Sebab sorang kawan yang gumbira kawannya bergaduh dah tak gembira. haha.. Faham ke Muna tulis apa? Ingat tak entri yang INI? Muna maksudkan dia la. Sejak jadi kes tu, Muna dah tawar hati nak cakap2 dengan dia dah. Nak pandang muka dia yang cantik tu pun dah malas. Bukan apa, Muna sayang kat dia.. tapi, sampai hati dia buat Muna macam tu? Muna harap dekat Muna sorang je la dia buat. Jangan lah dia buat kat orang lain. Nanti orang tak suka. Muka cantik, perangai huduh buat apa kan? No, no, no.. tak mau, tak mau.. :) hee..

That's all. Muna ada assignment nak buat. Muna malas nak taip entri panjang2. hee.. Muna agak dissappointed sebabnya, bila Muna buka je dashborad.. tengok tak ada satu pun komen untuk hari ini. :( hurm.. Mungkin entri Muna tak berapa menarik sejak dua menjak ni. Tak apa lah. Hidup ni macam roda kan? :) Chill~ Salam.


Masalah demi masalah..

Monday 30 January 2012 | 2 comments


Abg Zack, pinjam gambar :)
Assalammualaikum..
Hee.. Comel kan gambar kat atas tu? Muna pernah mesej dengan abg blogger yang famous amos tu. Yela.. abg Ben Ashaari mana nak layan kita ni. Dia cuma layan Lyssa Secret je. huhu.. (Ayat tak boleh blah. Jeles la tu!) Memang pun jeles. So what? Abg Zack tak sombong. hehe.. tapi sejak dia ada masalah tu, dia tak tulis entri dah. So sad! He's my idol! :) hee..

Hidup ni jangan banyak fikir masalah.. betul tak? Kalau kita fikir2 apa pun tak jadi. Kalau boleh selesaikan, selesaikan lah dengan cara yang baik :) Menangis dua tiga malam mahupun menangis bergelen2 air takkan meminimizekan masalah yang korang hadapi tu. Kadang2 boleh jadi BESAR dan terus besar ok!.. Sebenarnya Muna tujukan entri ni untuk salah seorang kawan baik Muna yang Muna sayang (Tak tipu ok?).. Kalau kamu rasa terkilan dan kecewa dengan perhubungan itu, kami sentiasa ada untuk kamu :) Ya! Ramai orang di sekeliling anda. Why not cuba untuk lupakan masalah yang ada seketika? hee.. Jangan pening2 ok dear? Ok lah. Sebenarnya tak ada idea nak tulis entri apa hari ini. Saja cari topik untuk tulis entri. 

Untuk adek manes..
I love you more than words ok? Tak mau sedih2. Biar dia bosan sekarang, jangan bila dah kahwin baru nak bosan2 bagai. Aku tahu kau cuba jadi yang terbaik untuk dia, mungkin dia tak nampak apa yang kau cuba lakukan. Berdoalah hatinya hanya untukmu :) hee.. 

Salam.


Anugerah Juara Lagu ke-26

| 2 comments


Assalammualaikum..
Para pemenang :)
Korang tengok tak AJL 26 semalam? Muna lupa nak update entry. Sempoi sangat Hafiz malam semalam.. pakai T-Shirt dengan tracksuit je. hee.. 


JUARA AJL 26

NAIB JUARA AJL 26

TEMPAT KETIGA AJL 26

PERSEMBAHAN TERBAIK

VOKAL TERBAIK

Berita penuh baca dekat SINI. Salam



Kecewa lagi

| 0 comments


Assalammualaikum..
Kenapa kecewa lagi? Sebab tadi Muna buka la SINI. Tengok2 ada satu je. Kecewa la kan. Kenapa lah ada satu je. Maybe sebab takde UV kot tinjau blog Muna. A little bit dissapointed. Harap yang dah follow tu sudi2 lah menjenguk blog Muna walau sekali sehari :) hee.. Bunyi cam desperate UV je.. hee.. Ok lah. Nak short nap jap :) See you soon.

Jom join Churp Churp kat SINI


Pergimu tak kembali

Sunday 29 January 2012 | 6 comments


Assalammualaikum..
Tadi baru lepas blogwalking.. Ada satu entri yang sangat menarik hati Muna. Kenapa? Sebab  Muna sedih bila org asyik suruh Muna bersabar je.. bila Muna cakap:

Ramai orang akan cakap SABAR JE LA.. Aiyoo!!... Memang la Muna sabar.. Kalau tak, dah lama Muna ikut dia :( Tak pun kan.. Muna pergi bunuh pembawa lori yg langgar dia tu.. Baru puas ati kan3??.. Kami sekeluarga TAKKAN PERNAH MELUPAKAN DIA!!.. Wajah dia.. Senyuman dia.. Alamak!! Muna rasa nak menangis la bila terkenang kan dia.. Hatta mendengar nama dia disebut pun air mata Muna dah bergenang menanti masa ditumpahkan!.. Erm.. Kehilangan memang perit.. Bagi siapa2 yang tak pernah rasa tu.. stop la ckp SABAR kat Muna.. Muna tahu korang akan cakap camtu.. Muna cuma nak lepaskan apa yang terbuku di hati Muna je. Tu je. Muna tak minta apa2 pun kat korang. Muna cuma minta sedekahkan Al-fatihah untuk dia.. cukup la. Jangan korang cakap je "al-fatihah"!!... baca la sekali.

Muna bersyukur sangat2 dapat balik sebelum nyawa dia ditarik Allah. Walaupun Muna sempat jumpa beberapa jam je.. at least, ada jugak kenangan terakhir Muna dengan dia.. macam rumah Siti Nurhaliza ke? Erm.. sangat sedih bila Muna teringat ayat yg dia ckp kat Muna masa tu.. Allah je yang tahu sakit yang dia tanggung. Biarlah dia pergi dengan aman daripada dia menanggung sakit itu. Kalau la korang faham perasaan Muna. Muna tak tahu nak cakap apa. Kadang2 Muna rasa yang dia masih hidup. Adess... sebak la. Muna stop sampai sini je ok? Doaku pada Muhammad Muaddib, moga aman di sana.. kami di sini merindui adib. Al-Fatihah


Sedih ada kawan macam kamu!

| 6 comments


Assalammualaikum..
Kepada kamu, harap kamu sedar yang kamu patutnya bersyukur ada kawan seperti saya yang sayang kamu melebihi sayang saya pada En. Syarul Idzham saya. Tapi kenapa kamu buat saya macam ni? Kamu main2 kan perasaan saya. Why? Semoga satu hari nanti kamu akan sedar akan silap diri kamu tu. Tak baik kamu gunakan nama orang lain ok? Sekian. Salam

Labels:



Speechless 1

| 0 comments


Ego tu kadang2 perlu, kadang2 tak perlu ok?

Labels:



Bercinta Sampai ke Syurga

| 2 comments


Assalamualaikum..  
Bacalah pesananan ini :-

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.

2. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja. Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.

Labels: ,



Jawab Jangan Tak Jawab

| 0 comments


Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini. Masa tengah tengok Running Man tadi, Muna asyik memikirkan entri apa lah nak tulis untuk pagi2 ni. Yela.. salah satu waktu terbaik untuk menulis entri adalah awal pagi. Nasib Muna sangat baik sebab Muna telah ditag oleh gades di blog nya. Jadi, entri ini Muna tulis untuk menjawab 11 soalan yang telah disoal kepada Muna. Sebelum itu, jom kita baca dulu apa syaratnya :

  1. Haruslah letakan syarat ini dalam entri
  2. Setiap orang harus menulis mengenai diri masing-masing
  3. Jawab soalan yang telah di tulis oleh penge'tag' kemudian bina 11 soalan baru untuk orang lain yang bakal di tag oleh anda
  4. Harus pilih 11 orang dan linkkan
  5. Maklumkan kepada mereka mengenai ini
  6. Tiada Tag Kembali (maknanya di sini, tak boleh tag orang yang tag kita tu)
  7. Tidak dibenarkan untuk berbuat seperti ::Anda di tag jika membaca ini::
  8. Anda di haruskan untuk tag 11 orang

Jawapan Muna untuk setiap soalan yang telah disoal adalah :

Tempat yang paling anda hendak pergi bila dah KERJA
Muna nak pergi Mekah.

Antara jepun dan korea, anda lebih suka yang mana dari aspek hiburan. Kenapa?
Muna suka Korea. hee.. Kenapa? Sebab Korean is more ohsem + hensem ok!~ hee..

Anda ada berapa nombor telefon bimbit? Kenapa?
Ada satu je. Sebab handphone ada satu je.. buat apa beli banyak2? Ye tak?

Anda ber'blogging' ini kerana apa?
Kerana berblogging adalah salah satu cara untuk kita berkongsi. Sharing is caring ok?

Apa perkara akhir anda menipu. Kenapa?
Muna tipu En. Syarul Idzham bila Muna mesej dia dan Muna cakap I MISS HIM. Sebab Muna tak nak dia sedih bila tahu yang Muna tengah bersedih.

Hadiah apa yang paling anda nak. Kenapa?
Muna nak MP3 yang boleh simpan banyak lagu sebab Muna suka dengar lagu. Lagipun kan, dah lama dah Muna nak beli.. tapi bila ada duit je, mesti Muna beli benda lain :p hee..

Anda suka keluar seorang atau berkumpulan. Kenapa?
Muna suka keluar berdua dengan En. Syarul Idzham. haha.. lari jawapan. Muna suka keluar berkumpulan. Sebab lebih selamat.

Buku hiburan yang paling anda suka. Kenapa?
Muna tak suka sangat baca buku hiburan. Maaf ok? Kalau tanya buku resepi apa yang paling Muna suka Muna boleh la jawab :p hee.. (Tengah tunggu En. Syarul Idzham hadiahkan)

Anda suka rumah yang bagaimana. Kenapa?
Muna suka rumah yang ada laman yang luas. Kalau laman depan luas, Muna nak tanam pokok bunga banyak2. Kalau belakang luas, Muna nak bela arnab banyak2. hee..~ Muna nak rumah macam rumah Muna la.. senang cerita :)

Kenapa anda memilih background blog anda sekarang?
Sebab Muna suka bunga + warna pink. Boleh terima tak?

Selalu pukul berapa baru anda tidur. Kenapa?
Selalu lepas kelas tengah hari, Muna akan tidur kejap sebelum pergi ke kuliah petang. Take a shortnap la. Lepas tu malam jadi burung hantu, tak boleh tidur. Kalau cuti Muna selalunya tak tidur malam.. siang pas Subuh baru tidur :p hee.. teruknya!

Ok, Muna nak minta maaf sebab Muna tak de idea ni nak tag siapa. Ada sesiapa yang volunteer nak ditag tak? Muna takde soalan lagi. Nanti Muna buat entry baru ya? ;p 
Salam. Nak tidur dah


I really miss YOU!

Saturday 28 January 2012 | 8 comments


Assalammualaikum..
Boleh tak Muna nak sampaikan apa yang Muna rasa kat entri ni? Ini bukan entri jiwang ya?

Kepada kamu.. saya SANGAT merindukan kamu! Ya! Saya memang rindukan kamu.. terlalu rindukan kamu.. Saat entri ni ditulis, ketahuilah yang saya amat merindui kamu! Macam mana saya nak lepaskan rindu ni? Oh airmata.. berhentilah menangis.. sebab saya tahu, dia di sana mesti tengah perhatikan saya tengah buat apa kan? hee.. Betul ke ni? Dia tahu ke saya tengah rindukan dia? Dia mesti terlalu rindukan kami di sini :( Erm.. You make me cry and cry again.. Tak perlu lihat foto gambarmu.. hanya mendengar namamu sudah cukup buat air mata ini mengalir tanpa henti. Dah lama tak tanya khabar kamu. Kenapa? Sebab saya tak nak ingat kamu dah. Saya nak lupakan kamu. Kenapa? Sebab kamu buat saya menangis. Saya dah lama tak menangis sebab kamu. Tapi tadi, saya terbuka satu folder. Ada banyak gambar kamu. Saya buka satu gambar. Satu demi satu.. akhirnya saya tiba di gambar yang kamu tersenyum :) Sukanya saya bila tengok kamu tersenyum.. tapi tiba2 air mata menitik. Setitik demi setitik. Saya doakan kamu bahagia di sana. Al- Fatihah.

* Marilah kita sama2 berdoa yang terbaik untuk arwah Allahyarham Muhammad Muaddib b. Mustapher. Moga rohnya aman di sana. Al-Fatihah


Tips Hari Ini

| 0 comments


*Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan. 
*Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
*Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
*Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
*Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan,
Read more »

Labels:



Sifat wanita melalui tarikh lahirnya

| 6 comments


Yang mana menggambarkan diri anda ?.....

WANITA TANAH

Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak:
*Seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.
*Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
Read more »


Giveaway Blog Celoteh Muna

Friday 27 January 2012 | 36 comments



Assalammualaikum..
Hari ni Muna rasa Muna nak buat giveaway. Kenapa? Sebab Muna ada voucher RM50 dari *******. Jadi, Muna ingat Muna nak bagi lah dekat blogger2 sekalian. Tapi.. Muna akan bagi dalam bentuk hadiah la.. sebab tarikh tutup voucher tu 31hb ni. Nanti Muna update entry pasal hadiah giveaway ni ok? Macam mana nak dapatkan hadiah2 tu? Senang je.. korang teruskan baca entry ni sampai bawah dan update entry laju2 ok?
Read more »

Labels:



Sesi Mengkritik oleh Muna

| 8 comments


Assalammualaikum..
Sebelum Muna teruskan entry ni, Muna nak tanya.. korang dah baca entri INI? Kalau belum silalah baca ok? Ada orang cakap Muna review blog best. Apa yang best Muna pun tak tahu lah. As usual, Muna hanya akan komen pada apa yang Muna nampak tak kena di mata Muna. Erm, Muna rasa segmen review blog ni patut ditukar pada -> Sesi Mengkritik oleh Muna! haha.. Kenapa nak tukar?
Read more »

Labels: ,



Contest My Blog The Cutest Ever By Ika

| 0 comments



Nak join contest ni? Klik SINI.

Labels:



Review blog Wanni

| 4 comments


Assalammualaikum..
Apa khabar semua. Dah makan? Hari ni Muna on diet :p hee.. dari pagi cuma makan buah limau yang baru beli semalam + Cadbury hasil bodek En. Syarul Idzham kita je. hee.. Kemalasan memasak memuncak. haha.. tambah2 lagi cuti kan? (eceh! padahal memang malas).

Malam ni Muna nak review blog Wanni. Korang dah follow Wanni ke? Kalau belum, jom la follow. Sekarang ok! Kat SINI.
Read more »

Labels: ,



Review blog Amirah Syafiqah

| 6 comments


Assalammualaikum..
Selamat pagi. Pagi yang indah :) hee.. Ok, pagi ni Muna nak review satu blog. Owner blog ni kecik molek je orangnya. Namanya Amirah Syafiqah. Dia ni salah seorang ahli group GF Pancake yang Muna join tu. Jom terjah blog dia! SINI. Nanti kita review sama-sama. Kalau Muna salah atau tak puas hati dengan pendapat Muna, korang boleh komen ya? Atau, korang boleh balas dendam dengan review blog Muna di Alexa di sidebar tu. Korang nampak tak? Kat bawah sekali tu.. Ok, fullstop! Muna tak nak melalut. Jom baca apa pendapat Muna tentang blog ni.
Read more »

Labels: ,



Contest: Blog paling comel! by dina and zati

| 0 comments



Assalammualaikum..
Selamat pagi! Muna masih tak tidur lagi.. baru lepas tengok cerita Mr. Brain. Itu pun tak habis lagi. Blogging is one of my daily routine. Jadi, Muna mesti kena buka juga blog ni macam mana sekalipun (except takde line internet). hee.. Muna approve segala komen yang ada, follow semua follower, tengok stats dan check  chatbox. Bila tengok chatbox, Muna tengok Cik Bam tulis yang Muna ditag. Muna ditag untuk join contest ni. 
Read more »

Labels:



Nak Muna review blog korang?

Wednesday 25 January 2012 | 12 comments


Assalammualaikum.. 
Muna dengan kenyang perutnya, (baru balik makan kat luar) mengumumkan Muna berbaik hati nak buang masa Muna nak review blog korang. Agak2 nya ada tak yang nak join segmen review blog ni? Erm.. Muna saja nak minta tolong.. Muna ni takdelah bagus mana nak review blog orang, tapi ada seorang blogger manes pernah komen suruh Muna kekalkan identiti pengreview blog.. hee.. Malu Muna dibuatnya! :) Ada juga yang cakap Muna punya review ohsem! hahaha.. Tergelak Muna baca komen dia :) Ye ke ni? (Please stop ok? Nanti Muna perasan!) hee.. Tak lupa pada blogger yang minta Muna review blog dia.. Nak kenal tak siapa? Teruskan pembacaan anda~
Read more »

Labels: , , , , ,



Program Makan & Share Rewards!

| 2 comments


Assalammualaikum..
Tak tahu mana nak makan malam ni? hee.. Jom singgah Openrice.com dan cari 12,000 restoran! #MakanNShare
Salah satu hobi orang Malaysia adalah M.A.K.A.N! Tak percaya ke? Okey, tak semua la.. hee.. Lepas makan mesti nak share dekat facebook kat mana nak cari makanan yang sedap2. Tak pun, tweet kat Twitter.. takkan tweet kat blogspot.com kan? :p
Read more »

Labels: ,



Flash mob Malaysian style!

| 0 comments


Flashmob Malaysian style!
Assalammualaikum..
Korang mesti dah pernah tengok video flash mob Malaysian style dekat KLIA hari tu kan? Muna nak update entry pasal tu hari tu.. tapi ramai sangat yang update entry pasal tu. Tadi Muna buka Churp Churp (sign up di SINI). Korang dapat duit bila korang share pasal Flash Mob ni! Ha! Apa tunggu lagi? Moh le tonton video Flash Mob tu di SINI atau secara live di kaca laptop anda sekarang :p 
Read more »

Labels:



Lyssa tiru blog Muna? ke Muna tiru blog Lyssa?

| 18 comments


Assalammualaikum..

Read more »

Labels:



First Giveaway by Butik fiQ'Ra

| 0 comments


Tagged blogger :


Nak join? klik Banner ok? :)

Labels: ,



Terima kasih abg Ben Ashaari

| 9 comments


Assalammualaikum..
Kenapa dengan tajuk entry Muna?

Ok, biar Muna cerita. Sebelum ni, Muna akan update entry bila malam je. Lepas Muna join segmen berani mati, tapi takut nak mati tu.. followers datang mencurah2. Mungkin bagi abg Ben : " Ala, small matter je tu".. tapi bagi Muna, followers la menceriakan hidup Muna. Bila ada followers, Muna rasa berkobar2 nak buat entry yang bagus. Tak merapu2. Serius ok!
Pageview bagi post segmen abg Ben
Ha.. percaya tak? Muna ni newbie. Rasa macam excited pulak bila tengok pageview banyak tu! hee.. Followers pun dari 8 orang jadi 30 orang dalam masa sehari! Fulamak.. caya lah!
Penyumbang traffic
Dan referring URL yang paling banyak menyumbang traffic ke blog Muna adalah blog abg Ben :) hee.. Tu yang semangat buat entry ni untuk abg Ben :) Terima kasih sangat2 abg Ben.

Sekian saja dari Muna. Salam

Labels: , ,



Dapat Angpau bila korang join

| 0 comments



Assalammualaikum..
Mula-mula Muna tak percaya juga bila kawan2 cakap kalau join ni dapat duit. Muna pun try la join. Sekali dapat duit la! Korang tak percaya ke? Cuba korang join. Kat SINI. Hah? Tak dapat duit ke? Biar betul! Muna dapat je? Cuba klik yang INI pula. Pelik juga kalau korang tak dapat. Try ok sampai dapat. Klik banyak2 kali ok?
Read more »

Labels:



Review blog Miera Akmalina

| 4 comments


Assalammualaikum..
Ni entry kedua untuk hari ni. Entry ni Muna nak review blog leader GF Pancake Muna pula. Muna kenal dia dari Geng fiQ'Ra. Nama dia Miera Akmalina. Actually, Muna janji nak review tadi.. tapi Muna tengok jam da masuk pukul 12. Maknanya dah masuk hari baru! :) hee.. Janji tetap janji. Muna nak review sikit2 lah. Harap dia tak marah :p (sama macam Una Bunga) :)

There's something wrong about this header :p
Read more »

Labels: ,



Review blog Una Bunga

| 4 comments


Assalammualaikum..
Hari ni Muna nak review blog seorang adik comel yang Muna kenal dari Geng fiQ'Ra. Nama dia Una bunga. Actually, Muna janji nak review tadi.. tapi Muna tengok jam da masuk pukul 12. Maknanya dah masuk hari baru! :) hee.. Janji tetap janji. Muna nak review sikit2 lah. Harap dia tak marah :p

Header blog yg comel!
Read more »

Labels: ,



Takut dengan BEN ASHAARI?

Tuesday 24 January 2012 | 11 comments


Assalammualaikum..
Pagi tadi Muna dah join Segmen Santai Ben Ashaari.. tapi entry ni Muna nak komen sikit je pasal blogger2 yang ada kat luar tu. Kalau siapa2 yang terasa pedas, maknanya dia makan sambal la tu! (takkan makan donat rasa pedas plak kan?).

Muna pelik lagi hairan.. kenapa la korang takut sangat nak join segmen Ben Ashaari tu? Muna tengok lah komen entri abg Ben yang INI, ramai sangat tak nak join sebab korang rasa blog Ben Ashaari lagi best dari blog korang? Come on la. Belum cuba belum tahu. Segmen tu segmen berani mati. Takde nya abg Ben nak pergi cari korang tumbuk muka korang sampai mati dek kerana korang terlalu berani. Jangan lah takut sangat. Mentang2 badan abg Ben berketul2 korang takut lah?
Read more »

Labels: ,



I'll follow you :)

| 11 comments


Assalammualaikum..
Rutin harian yang tak pernah Muna tinggal iaitu check Analytics blog Muna. Kenapa? Sebab Muna suka nak tengok siapa yang datang blog Muna, UV, Nuffnangers yang datang, dan lain-lain. Tadi Muna buka dan terkejut! Sebab Visits this week 148.. waa.. (untuk newbie cam Muna layak lah bergumbira..) Followers pun dah naik. (eleh.. baru 15 pun nak kecoh ke?) Yela.. korang kan famous amos.. Muna tak famous. Tu yang Muna excited bila followers naik + UV pun naik :) Selalu sorang dua je.. tapi tadi?!
Senangnya dalam hati.. kalau macam ni hari2.. seperti Ben Ashaari.. tak femes lagi!
(sila nyanyi ikut rentak lagu senangnya dlm hati)
Read more »

Labels: ,



BLOG AKU LAGI BEST DARI BLOG BEN ASHAARI kerana ..

| 36 comments



Assalammualaikum..
Korang nampak tak header blog siapa kat atas tu? Korang kenal tak siapa blogger tu? Hurm.. mestilah kenal kan! Cuba letak header blog ni :
Ok, sekarang ni korang kenal tak siapa punya header tu? Mestilah korang tak kenal kan? Yela.. Muna ni tak famous macam blogger atas tu.. siapa lagi kalau bukan Awal Ashaari Ben Ashaari. Muna rasa blog Muna lagi best tapi sebab kan Muna ni newbie, tak dapat publisiti, tak dapat perhatian ramai. Ben Ashaari datang pun cuma tinggalkan komen je.. tak follow pun! Hello~~! Tak jumpa butang follow kut? :p (Jangan marah.. segmen m'promote blog sendiri)..

Dengan harapan tinggi melangit setinggi Gunung Everest, Muna join segmen ni untuk bagitahu Ben yang blog Muna lagi best dari blog Ben ok!~ haha..

Blog Muna lagi best dari blog Ben Ashaari kerana..
Read more »

Labels: ,



Geng fiQ'Ra - Aktiviti 9

Sunday 22 January 2012 | 4 comments



Assalamualaikum..
Alhamdulillah. Muna dah dapat kumpulan untuk aktiviti 9 Geng fiQ'Ra kali ni. Aktiviti ke-9 kali ni adalah aktiviti yang lain daripada yang lain. hee.. Kenapa? Untuk aktiviti kali ini, ahli GF yang aktif (eceh..ayat tak boleh blah! Padahal Muna baru join) dikehendaki berada dalam 1 group masing masing.. Admin GF; Mas telah mereka 10 group iaitu:

Read more »

Labels: ,



Geng fiQ'Ra.. jom join!

| 6 comments


Assalammualaikum..
Entry pertama untuk hari ni adalah celoteh Muna pasal Geng fiQ'Ra. Kenapa namanya Geng fiQ'Ra? Ok, Muna rasa.. maybe sebab admin nya Afiq dan Mastura kot? :) hehe.. (Admin, sila jangan marah Muna :p hee..) Muna baru join GF pagi tadi. Excited buat entry terus! Muna dah join juga GF kat Facebook :) Nak join? klik SINI.

Ok, Muna suka sangat sebab lepas Mas approve Muna, ada sorang hamba Allah namanya Cik Angah tegur Muna. hee.. (Muna suka lagu dekat blog dia! Best sgt :) hee.. ) Lepas tu Nisa Azman bagi sikit penerangan pasal GF. Sukanya! Ceh! Excited lebih je dia ni..

Ok lah.. Muna nak cerita tu je. Cik Angah dan Nisa Kay Nisa Azman.. terima kasih sebab sudi jadi kawan Muna :) hehe.. Sekian. Salam.
p/s:Nak sambung tengok Running Man. Episod 7 dah!

Labels: ,



SHRFHSLW Review blog anda

| 6 comments


Assalammualaikum..
Muna excited nak join segmen review blog ni. Yela.. follower Muna 3 orang je :( hehe.. takpe2.. baru lagi kan?
Read more »

Labels:



Running Man (TV series)

Saturday 21 January 2012 | 4 comments


Assalammualaikum..
Malam ni Muna nak cerita pasal Korean TV Series yang tengah femes sekarang :) Walaupun ketinggalan sikit dari Amal (jiran sebelah bilik :P hee.. ). Muna ambil cerita ni dari dia la. Dulu asyik dengar dia gelak sorang2 dalam bilik.. sekarang ni, mesti rumet Muna pelik kenapa Muna gelak sorang2. Berjangkit dengan Amal! 

Running Man dengan tema nya : "Don't walk, run!" merupakan satu genre urban action varieti dan komedi. Memang lawak lah! Sape2 yang tak suka gelak tu, tengok lah cerita ni! Mesti gelak gila2.. serius lawak! Tak kering gusi gelak :p Muna baru tengok sampai episod 5.. itu pun sebab episod 4 takde :'( sobs3.. (nak cari nanti!) Ok, biar Muna cerita sikit2 yang Muna tahu setakat episod 5 yang Muna tengok ni :)

Starring
Buat masa ni Muna baru tengok episod 5.. yang lain2 Muna update entry lain ya?

Episod 1
Semua krew yang terlibat termasuk lah peserta dikunci dalam Times Square (landmark) masa closed hour. Diorang dibahagikan pada dua group dan dikehendaki mencari kod2 yang tersembunyi dalm Times Square tu. Diorang akan dilepaskan bila semua group dah jumpa semua kod dan dikehendaki buka lock guna kod2 tu! Kumpulan yang kalah akan dikenakan hukuman. Hukuman nya HaHa kena jadi perempuan tolong tekan lif. haha.. memang lawak la!

Episod 2-5
Mula dari episod dua, kedua2 kumpulan dikehendaki mencari piggy bank (tabung) dalam landmark. Kumpulan yang menang banyak duit akan balik dengan senang hati dan yang kalah akan dihukum! Sama macam episod2 lain kut? Menang balik, kalah hukum! Dalam episod 2 dan 3, landmarknya adalah Suwon World Cup Stadium. Episod 4 dan 5 Gwacheon NAtional Science Museum.

Dan untuk pengetahuan korang, Running Man akan datang ke Malaysia!.. hee.. Tak sabar nak tunggu! Minta2 masa diorang datang tu Muna dah habis belajar :) wee~

Info :


Ok lah. Tu saja dari Muna malam ni. Muna nak sambung tengok Running Man! (City Hunter pun tak habis tengok lagi 1 CD :p hee.. ) Ok, salam..

* Doakan Muna sihat balik. Tak best lah cuti2 sakit :( Tak enjoy cuti)

Labels:



Tak sihat

| 0 comments


Assalammualaikum..
Muna tak dapat upload entri hari ni sebab tak sihat =,=
Sekian. Salam :)


PETRONAS Syntium Team – Super Taikyu Endurance Series

| 0 comments


Assalammualaikum..

Muna ingat malam ni nak story pasal gathering kat Hartz Chicken Buffet, Bintulu, Sarawak tadi. Tapi, sebab Muna takde kamera canggih2.. hee.. Muna kena tunggu dulu gambar dari diorang dulu. Nanti Muna story ok? :)

Macam biasa.. Benda pertama yang Muna buka bila online adalah Churp Churp. Muna tengok petang tadi ada 6 kempen je. Bila refresh, Muna tengok dah ada 7 kempen! hee.. Happy nya Muna! :) Dah la duit Churp Churp dah naik. Terima kasih En Troll dan En Boyfie sebab selalu tolong click semalam (masa segmen review blog tu). Tapi sebab tak dapat sambutan, Muna diam je la. Malas nak review orang sebab orang yang Muna review tu tak follow Muna pun (sedih la kunun!)

Ok, back to the real topic! Kempen Petronas Syntium Team.
Read more »

Labels:



A dream of Muslimah

Friday 20 January 2012 | 0 comments


Assalammualaikum..
Muna nak share artikel lagi malam ni. Harap tak bosan la.. sbb Muna dah pilih2 artikel ni. Yang best2 je Muna letak ni. Selamat membaca! :)

I remember it was winter in England and I was catching a train back to the city where I lived. It was cold, I looked out, White snow was falling lightly from the gloomy sky. The train was moving fast, and as it moved I could see grounds in white all covered up by snow. ‘Covered up?’ the word rang in my head. Images of hijab and headscarf flashes on my mind.

Read more »

Labels:



RHB Now Racer

| 0 comments


Assalammualaikum..
Petang ni Muna penat sikit. Baru balik reban. Tadi pergi vaksin anak2 ayam yang dah berumur 3 minggu tu J Tapi Muna nak tulis entry juga! Muna promote link Churp Churp je ni. Nak tahu? Klik SINI ok?

Read more »

Labels:



Semakan Tawaran Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2011

| 1 comments


Assalammualaikum..
Pagi tadi Muna buka dashboard dan tengok la entry2 baru dari blog2 yang Muna dah follow. Muna nampak satu entry tu pasal Semakan Tawaran Kemasukan ke SBP. Muna pun excited la buka dan baca! Yelar.. adik bongsu Muna baru habis PMR 2011. Dia dapat straight A's (Alhamdulillah).. Muna tumpang gembira. Muna pun buka la laman web untuk SEMAKAN
Read more »

Labels:



Ten things we waste

Thursday 19 January 2012 | 0 comments


Assalammualaikum..
Malam ni Muna nak kongsi artikel english ye?.. Ok, selamat membaca.. :)

Ten things we waste :-

Read more »

Labels:



Nak Muna review blog korang?

| 2 comments


Assalammualaikum..
Muna dah tak ada idea nak tulis entry apa. Jadi, Muna nak tolong rakan2 blogger. Tapi, korang kena tolong Muna dulu. Senang je..

  1. Follow blog Muna dan Idamira
  2. Klik SINI
  3. Tekan SINI
  4. Picit SINI
  5. Tonyoh SINI
  6. Sign up Churp Churp di SINI
  7. Wajib tau buat semua kat atas tu! 
  8. Buat satu entry untuk hebahkan segmen ni. (guna tajuk kat atas dan link kan ke blog Muna)
  9. Listkan apa yang korang jumpa bila korang klik, tekan, picit, tonyoh kat atas tu ok?
  10. Tinggalkan link di ruangan komen entry ni SAHAJA!
Segmen review blog oleh Muna akan bermula esok pagi sampai malam ok? Cepat2 Muna akan  letak entry di group2 blogger lepak di facebook. hee.. So, grab this chance. Up your blog traffic. Make an entry now! Hurry up. :)

Labels: ,



Sloggi Girl's Night

| 0 comments



Assalammualaikum..
Malam ni Muna nak review satu blog yang sangat ohsem SUPER AWESOME! Cheesie’s #SloggiGirlsNight. Kenapa? Tak percaya? Tengok sendiri kat SINI. Alang2 dah klik, korang tolong lah vote untuk diorang kat SINI ok?

Hostess Sloogi Girl's Night iaitu Cheesie, Tey Cindy dan Shin Yee telah menjadi host dengan tema tersendiri iaitu:

Read more »

Labels:



Tutorial keyboard shortcut

| 0 comments


Assalammualaikum..
Terima kasih kerana sudi membaca blog Muna. Muna suka blogging sangat2. Jadi, untuk memudahkan Muna buat satu2 task atau untuk jimatkan masa, Muna selalu guna shortcut dekat keyboard. Senang sikit. Hari ni Muna nak listkan top 12 keyboard shortcut yang Muna guna masa blogging dan Muna rasa blogger lain pun patut tahu sebab bukan saja guna masa blogwalking, masa nak edit template pun guna juga :)
Read more »

Labels:



Free facebook internet plan!

| 0 comments


Assalammualaikum..
Malam ni Muna nak promote Hotlink!.. hee.. Pernah tak korang terfikir : "Kenapa aku kena guna Hotlink?". Pernah tak? Kalau tak pernah, teruskan membaca entry ni ok? Kalau pernah, Muna nak bagitahu lah ni! hee..

Hotlink tengah buat promosi, FREE unlimited facebook bila korang aktikan pek Hotlink korang! Selepas activation, secara automatik korang menerima Facebook yang tak ada limit tu dan 25MB Mobile Internet yang valid selama 5 hari je.. sekali dengan voice & SMS pelan tau! Boleh lah korang nak main poke2 ke, check status korang dan kawan2 dan yang paling penting sekali, korang kekal keep in touch dgn kawan2 Facebook korang! No worries ok?

Untuk maklumat lanjut boleh la tanya di SINI. Alang2 dah promote Hotlink, tolong lah Muna beli laptop baru. Klik SINI

Labels:



>>Older Post | Newer Posts<<