Baiknya Akhlak Suamiku

Ayah mengajar saya erti kegigihan. 
Setiap pencapaian diberi ganjaran yang begitu teliti.

Hee.. Teringat satu kisah. Masa PMR, keputusan Muna tak berapa bagus, tapi Alhamdulillah, bersyukur ^^ Ayah bagi hadiah pen. Muna waktu tu nak sangat handphone. Yela, dari darjah 6 lagi, kawan2 dah pakai hp, tp Muna still pinjam hp abang, hp ayah Muna kalau nak tepon atau mesej kawan2. So, hadiah pen tu Muna campak je dalam laci Muna. Sampai lah Muna nak masuk UPM sambung belajar lepas SPM tu. Muna kemas barang, then terjumpa balik pen tu. Muna bukak bekas tu (selama ni tertutup tak pernah bukak!) Bila diteliti ada tulisan terukir kat atas pen tu. 

MUNIRA NABILA BT MUSTAPHER
PMR 8A1B

Noktah! Menangis masa tu. Sebab bodoh sangat tak tahu hargai! Nasib boleh guna lagi! Hadiah dari mak pun lebih kurang macam tu. Hadiah sebab habis belajar diploma. Nak sambung bacelor. Mak tulis WITH LOVE, Mak. :)


Tak tahu nak taip apa dah. Layan video kat bawah. Miss my dad! and my mom!


Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Blog Celoteh Muna | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO