Muhammad Muaddib b. Mustapher

Friday 4 May 2012 | 1 comments


Bagi guru-guru di seluruh Malaysia, tarikh 16 Mei mungkin menjadi hari yang paling menggembirakan mereka kerana mereka diraikan oleh anak murid mereka pada hari tersebut. Tapi tidak bagi Puan Norlila bt. Zachariah dan sekeluarga kerana pada tarikh tersebut juga dia menerima satu ujian berbentuk musibah dari Allah s.w.t di mana salah seorang anaknya yang telah ditimpa kemalangan jalan raya. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk adik Muhammad Muaddib b. Mustapher. -AL-FATIHAH-

Pergi tak kembali

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi


Sudah setahun arwah tinggalkan kami

Sedih sebenarnya masa taip entri ni. Tiba2 rasa nak taip entri ni. Rindu sangat! Tak tahu nak cakap macam mana. Memang rindu! Muna tak boleh nak sedih2. Nanti mak lagi sedih. So, Muna kena lagi kuat dari mak.

Patah tumbuh hilang berganti. Tiada apa dapat ganti Adib!.. Kawan perempuan arwah pun dah ganti pakwe baru. Di mana, adik aku lagi hensem! hee.. (sempat plak kau buat lawak!)  Tapi, adik aku takkan diganti. Erm.. dah la.. cukup sampai di sini saja. Muna ada kerja nak buat. Sekian, salam.

* Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman




>>Older Post | Newer Posts<<