Lillahi dan Fillahi. Apa bezanya?

Tuesday 3 April 2012 | 3 comments



Assalammualaikum..
Semalam tengok cerita Korea tajuk "Hot for teacher". Ada sorang student dia(HaHa) suka dekat dia. Ada ke patut dia paksa cikgu dia suka dekat dia!

✿ Saya mencintai awak sepenuh hati. Suka atau tak, awak kena balas cinta saya juga!

Siapa pernah kena macam ni? hee.. Tak pernah ada peraturan dalam dunia ni kalau kita suka pada seseorang, seseorang itu KENA suka pada kita balik. Kenapa macam tu? Ada jodoh, adalah. Kalau tak ada? Berkawan je lah. Allah dah janjikan bahagia untuk semua orang. Trust me! hee.. 

Takkan lah kita nak letakkan seseorang itu HAK MILIK kita selagi tiada ikatan AKAD NIKAH belum terpatri dalam hubungan yang sedang dibina. Semuanya terletak pada KETENTUAN Allah. Banyakkan berdoa padaNya jika benar-benar MENGHARAP.

Dalam perjalanan singkat hidup kita sebagai pengembara di muka bumi ini, Allah telah menyediakan kita dengan DUA CINTA. Kedua-duanya tidak menyakitkan dan tidak akan pernah mengecewakan, ianya adalah:

♥ Lillahi (untuk Allah)
♥ Fillahi (kerana Allah)..

Dan kita tidak akan menemukan keduanya, selagi mana kita tidak berjumpa dengan Sang Pencipta.

✿ Saya cintakan awak kerana Allah✿ 

Okay, korang pernah dengar tak ayat kat atas tu? Semua niat kerana Allah JANGAN DIKEJI tapi DIPIMPIN ke jalan yang DIREDHAI. Kalau ada yang pernah cakap macam tu dekat korang, sebutlah: "ALHAMDULILLAH". Kenapa? Sebab bukan mudah diri kita nak buat orang mengingati Allah. 

Apabila "Allah" disebut, maka gementarlah hati orang beriman. Moga cinta kerana Allah akan membuatkan kita makin KUAT IBADAH, makin KUAT IMAN. Tapi kalau cinta kerana Allah buat kita MAKIN LAYU dan ANGAU SENTIASA, maka ketahuilah kita sedang MEMPERMAINKAN NAMA Allah. Ingat tU! Jangan main2 dengan nama Allah. Muna bukanlah orang yang baik dan sempurna. Tapi, Muna cukup pantang kalau orang main2 dengan nama Allah ni.

p/s: Cintalah seseorang kerana Allah, bukan kerana dirinya MEMBANGKIT NAFSU kita.. bukan kerana kita mahu dapatkan KEPUASAN HATI.. bukan juga kerana kita ada UDANG DISEBALIK BATU. Cintalah seseorang kerana Allah bermaksud orang itu sifat-sifatnya DICINTAI Allah atau Allah sendiri memerintahkan kita mencintainya kerana cinta seseorang kerana Allah adalah sifat cinta kedua selepas tiada yang lebih dicintai SELAIN Allah dan Rasul (sifat cinta pertama) ♥♥



>>Older Post | Newer Posts<<